Pengguguran di Azerbaijan
Pengguguran di Azerbaijan adalah sah berdasarkan permintaan sehingga 12 minggu kehamilan, dan dalam keadaan tertentu antara 12 dan 28 minggu.[1] Undang-undang pengguguran dari Azerbaijan adalah berdasarkan kepada undang-undang pengguguran daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1955, Azerbaijan merupakan Republik Kesatuan Soviet (sebagai Republik Sosialis Soviet Azerbaijan), dan tiada perubahan dibuat selepas Azerbaijan merdeka pada tahun 1991.[2] Diantara tahun 1965 dan 1987 kadar pengguguran menjadi sangat tinggi (antara 20 dan 28%).[3]
Sejak merdeka, kadar pengguguran hampir separuh dan relatif stabil setelah tahun 2000 (antara 12 dan 14%).[3] Pada tahun 2014, 13.8% kehamilan di Azerbaijan berakhir dengan pengguguran, sedikit kenaikan dari tahap rendah sepanjang masa yang dicatatkan pada tahun 2005 (12.1%).[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Azerbaijan abortion law. Womenonwaves.org. Dicapai pada 1 December 2015.
- ^ Abortion – Azerbaijan. United Nations Publications. 2001. Dicapai pada 1 December 2014.
- ^ a b c "Historical abortion statistics, Azerbaijan". Johnstonsarchive.net. 12 September 2015. Dicapai pada 1 December 2015.