Penggulaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penggulaan adalah satu kaedah pengawetan makanan serupa dengan penjerukan. Sugaring adalah proses mengeringkan makanan terlebih dahulu dengan nyahhidrat, kemudian dibungkus dengan gula tulen. Gula ini boleh menjadi hablur dalam bentuk gula mentah atau gula meja, atau ia boleh menjadi cecair gula yang tinggi ketumpatan seperti madu, sirap atau molases.

Tujuan penggulaan adalah untuk mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai kepada kehidupan mikrob dan mencegah kerosakan makanan. Penggulaan biasanya digunakan untuk memelihara buah-buahan serta sayur-sayuran seperti halia. Dari semasa ke semasa, penggulaan juga telah digunakan untuk bahan pengawet bukan makanan. Sebagai contoh, madu telah digunakan sebagai sebahagian daripada proses membuat mumia dalam beberapa upacara Mesir purba.

Risiko dalam penggulaan adalah bahawa gula itu sendiri menarik kelembapan. Sebaik sahaja tahap kelembapan yang mencukupi dicapai, yis asli di persekitaran akan mula aktif dan menapai gula menjadi alkohol dan karbon dioksida. Ini membawa kepada proses penapaian. Walaupun penapaian boleh digunakan sebagai kaedah pengawetan makanan, ia mesti dikawal, atau hasilnya akan cenderung untuk menjadi tidak menyenangkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]