Pengguna:60.49.224.165/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

HARI TERKEJUT SEMALAYSIA



Pada 3 Sepetember 2018 yang lalu merupakan detik bersejarah dalam kerajaan Pakatan Harapan kerana ramai dari kalangan menteri dan ahli politik rasa terkejut dengan pembebasan LGE dari tuduhan rasuah. Rata-rata rakyat tidak berapa terkejut dengan keputusan itu, ini disebabkan LGE adalah sebahagian dari anggota kerajaan. Ramai yang mengatakan bahawa 3 September 2018 bolehlah diistiharkan sebagai "Hari Terkejut Satu Malaysia".

BH Online - Isnin, 3 September 2018 melaporkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terkejut dengan penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran semasa ketika masih menjadi Ketua Menteri Pulang Pinang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan keputusan mahkamah sudah dibuat dan semua pihak perlu menghormati perkara itu.

“Itu keputusan mahkamah dan saya tidak pernah mempersoalkan keputusan mahkamah. Mahkamah yang buat keputusan, kita kena terima.

“Jika ada yang tidak boleh terima (keputusan itu), mereka boleh buat rayuan (untuk pendakwaan semula),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada sidang media di Istana Qashr Munee, di sini sebentar tadi sebelum berlepas pulang ke ibu negara, sekali gus mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Brunei Darussalam.

Ditanya mengenai reaksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut terkejut dengan keputusan itu, Dr Mahathir berkata semua pihak berhak untuk merasa terkejut.

“Sesiapa sahaja berhak untuk merasa terkejut...saya pun terkejut,” katanya (sumber -https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/469438/saya-pun-terkejut-pm).

Selain Tun Dr Mahathir, peguam kepada LGE iaitu Ramkarpal Singh juga turut terkejut, seperti yang disiarkan myMetro. Menurut Ramkarpal Singh, beliau terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menegaskan keputusan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada tuduhan rasuah diputuskan Pejabat Peguam Negara.

Ahli Parlimen Gelugor dan Pengerusi Biro Perundangan DAP itu berkata, adalah tidak masuk akal bagi SPRM bersikap lepas tangan dalam isu penarikan balik kes rasuah Guan Eng.

"Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM, Mohd Masri Daud memaklumkan kepada mahkamah beliau telah menarik balik tuduhan itu.

"Saya bersama peguam lain turut berada di mahkamah pagi ini untuk mendengar pertuduhan dan tidak ada bantahan daripada Masri atau pasukannya yang mencerminkan tuntutan SPRM," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Ramkarpal mendakwa Masri tidak menyedari keputusan Peguam Negara untuk menarik balik tuduhan itu perlu tampil membuat kenyataan.

"Masri perlu menjelaskan perkara ini. Tiada elemen yang mengejutkan dalam pembebasan hari ini kerana tidak ada seorang pun yang perlu digantung dengan pendakwaan yang akan menjejaskan beliau pada masa akan datang.

"Khususnya, dengan perintah pembebasan tanpa syarat terutama apabila ada arahan jelas pihak pendakwaan ingin menarik balik pertuduhan terhadap Guan Eng.

"Kegagalan SPRM memahami perkara ini sangat dikesali," katanya.

Ramkarpal berkata, hakim mempunyai hak untuk membebaskan Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon, hari ini yang didakwa konsisten dengan aliran membebaskan kes tuduhan pecah amanah seperti sebelum ini.

Katanya, pada 2015, Pengerusi Eksekutif Feedlot Corporation, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami bekas ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil, dibebaskan daripada dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah untuk tidak meneruskan pendakwaan.

"Dalam kes ini, kedua-dua tertuduh telah mengemukakan bukti terperinci kepada Peguam Negara berhubung menarik balik tuduhan yang dipertimbangkan sebelum keputusan hari ini.

"Hakim memutuskan hukuman bebas mengikut kuasa dan lunas undang-undang. Tiada kesilapan untuk hakim berbuat demikian, terutama apabila pihak pendakwaan enggan meneruskan kes," katanya.

Hari ini, SPRM dilaporkan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM (Sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/373961/peguam-guan-eng-pula-terkejut).