Pergi ke kandungan

Pengguna:Atielia De Sams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Atielia De Sams

[sunting | sunting sumber]

Hasmawatie binti Samsudin (lahir 5 Disember 1979) dikenali sebagai Atielia De Sams, iaitu seorang ahli perniagaan. Beliau sebelum ini Pengarah di Vega Hermosa International Sdn. Bhd. bermula tahun 2016.

Hasmawatie Samsudin

Gelaran : Atielia De Sams (Atielia @ KakTie)

Kelahiran  : 5 Disember 1979 (Umur 43 tahun)

Pekerjaan  : Usahawan

Pasangan : Mohd Nazri Khan bin Adam (Dato’ Dr. Nazri Khan) (DDNK) (Bekas Suami)

Anak-anak : 1 (Muhammad Aliff Haykal Khan bin Mohd Nazri Khan)

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Guar Chempedak, Kedah pada 5 Disember 1979. Atielia kehilangan bapanya pada 18 November 2016 ketika usia beliau 37 tahun, dan ibunya pula pergi menghadap Allah SWT pada 26 Mei 2006 ketika usia beliau 27 tahun.

Atielia mempunyai 6 orang adik beradik dan beliau ialah anak yang kelima.

Atielia melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada tahun 2004 dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010.

Atielia pernah berkahwin dengan Dato’ Dr. Nazri Khan yang mana lebih dikenali sebagai DDNK. DDNK terkenal dengan tagline “Tak Handsome Takpe, Janji Kaya”. Ketika perkahwinan beliau bersama DDNK, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Muhammad Aliff Haykal Khan bin Mohd Nazri Khan. Sepanjang perkahwinan beliau bersama DDNK, beliau menjadi tulang belakang kepada kejayaan peribadi DDNK dan pencapaian Vega Hermosa International Sdn. Bhd.

Perkahwinan beliau bersama DDNK yang diijab kabul pada tahun 2002 hanya bertahan selama 20 tahun selepas DDNK menceraikan beliau dan DDNK mengahwini gadis pilihan hati, iaitu Tuan Nor Erni Rossmerie Tuan Zahari. Ketika majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Atielia sedang bercuti di luar negara.

Perkahwinan bekas suami beliau, DDNK bersama Tuan Nor Erni Rossmerie Tuan Zahari yang berkonsepkan “Beauty & The Beast” telah dihadiri beberapa orang artis terkenal seperti Ziana Zain, Zahirah McWilson, Aiman Hakim, Emma Maembong, Zain Saidin, Che Ta, Erra Fazira, dan ramai lagi.

Perkahwinan tersebut juga telah mendapat liputan meluas daripada banyak media termasuk Pesona Pengantin, ohmedia.my, Roti Kaya, Astro Gempak, Harian Metro, ohmymedia, Malaysia post, Malaysia Gazette, Beautifulnara, Nona, TheVocket, Lobak Merah, the reporter, Mstar, Xtra.com.my dan banyak lagi. Cerita perkahwinan ini menjadi semakin viral video perbualan beliau bersama Caprice telah diparodikan di YouTube dan beberapa media sosial termasuk parodi yang dibuat oleh DD Chronicle.

Kehidupan Atielia kini lebih tertumpu kepada masa depan anak kesayangannya, iaitu Muhammad Aliff Haykal Khan bin Mohd Nazri Khan. Pada masa yang sama, beliau kini kelihatan mula kembali bangkit membina masa depan apabila dalam beberapa posting beliau di media sosial mempunyai tagline “bangkit demi bahagia” dan #bangkitdemibahagia

Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di UKM, kerjaya Atielia bermula sebagai telesales di Maybank.

Kemudian, Atielia meneruskan kerjaya beliau dalam bidang perbankan di UOB Bank bermula sebagai pelatih pengurusan (management trainee) dan diserap masuk sebagai senior executive di Credit Administration Department (Release Unit) yang berperanan menguruskan bahagian pelanggan dan pinjaman komersial di beberapa buah cawangan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2006, detik hiba telah melanda apabila ibu kesayangan beliau jatuh sakit dan menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menjaga dan menguruskan ibu beliau sehingga ibu kesayangan menghembuskan nafas terakhir.

Beliau kembali ke dunia pekerjaan sebagai Eksekutif di Webvision Network Sdn. Bhd yang berpangkalan di Singapura.

Setelah itu, beliau kembali menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UKM

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Dunia perniagaan beliau bermula dengan penubuhan beberapa buah syarikat sebagai Director.

Kini beliau berperanan sebagai Director di Vega Hermosa International Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti latihan pelaburan saham, dan Marketing Representative (Sebelum ini pernah menjalankan tanggungjawab sebagai Marketing Representative bagi pihak Philip Capital Malaysia dan Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd.).

  1. https://www.rotikaya.com/isteri-ddnk-nafi-kahwin-dengan-suami-sebab-duit/#:~:text=Baru%2Dbaru%20ini%20berlangsungnya%20majlis,usia%20kedua%20mereka%2022%20tahun
  2. https://gempak.com/berita-terkini/dulu-prof-kini-abang-ernie-kahwin-ddnk-bukan-sebab-duit-banyak-kali-tolak-pun-dia-tak-putus-asa-cuba-74909
  3. https://ohbulan.com/ddnk-tak-hensem-takpa-janji-kaya-selamat-nikah-bekas-isteri-ucap-tahniah-jadilah-diri-sendiri
  4. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/880780/perkenalan-ketika-mengajar-akhirnya-ke-jenjang-pelamin
  5. https://www.thevocket.com/dilabel-pisau-cukur-isteri-pakar-saham-nafi-kahwin-sebab-duit/
  6. https://suaramerdeka.com.my/kononnya-duda-tak-sampai-sebulan-ddnk-kahwin-dengan-pelajar-25-tahun/
  7. https://www.gemilangdaily.com/pesan-bekas-isteri-kepada-ddnk-lepas-nikah-baru-buat-semua-terkejut/
  8. https://www.mediahiburan.my/ddnk-tak-hensem-takpa-tapi-kaya-selamat-nikah-kehadiran-rakan-artis-di-majlis-resepsi-serba-mewah-pancing-perhatian/
  9. https://ohmedia.my/ohtidak/ddnk-akui-bahagia-kahwini-pelajar-sendiri-bekas-isteri-ucap-tahniah/
  10. https://www.thevocket.com/dilabel-pisau-cukur-isteri-pakar-saham-nafi-kahwin-sebab-duit/
  11. https://malaysiagazette.com/2022/09/13/kenal-nor-ernie-selepas-setahun-berpisah-dengan-bekas-isteri-ddnk/
  12. https://beautifulnara.com/nafkah-anak-jangan-lupa-ddnk-dan-isteri-honeymoon-di-langkawi-netizen-tinggal-komen-perlian-di-ig/
  13. https://www.pnonline.net/post/isteri-ddnk-nafi-kahwin-dengan-suami-sebab-duit
  14. https://lnewslive.com/2022/09/15/isteri-ddnk/
  15. https://www.facebook.com/watch/?v=386573583515644&extid=CL-UNK-UNK-UNK-AN_GK0T-GK1C&mibextid=c059er&ref=sharing
  16. https://www.pesonapengantin.my/dia-playful-cantik-ini-buat-dato-dr-nazri-khan-tertarik-dengan-datin-tuan-ernie-rossmerie/
  17. http://belumbalik.com/buat-tema-dalam-pkwenan-ddnk/100189/

https://atielia.com

https://prediktable.my