Pengguna:Ustad abu gosok/kotak perkakas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini digunakan untuk panduan penulisan supaya sesuai dengan kaedah-kaedah gramatikal yang sesuai dan piawai

Adalah v.s. ialah v.s. merupakan[sunting | sunting sumber]

Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Dengan kata lain, frasa yang hadir sebelum kata pemeri ialah subjek ayat sementara frasa yang hadir selepas kata pemeri ialah predikat ayat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

Penggunaan kata pemeri[sunting | sunting sumber]

Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.

Perkataan "ialah" itu terdiri daripada "ya" dan "lah", bukannya "ia" orang ketiga. "Ya" menyatakan kebenaran. "Ialah" hanya diguna apabila ayat memberi definisi.

  • "Perlembagaan sesebuah negara itu IALAH undang-undang tubuh badan negara tersebut."

"Adalah" pula bagi membuat penerangan kepada sesuatu sifat atau adjektif.

  • Pedati itu ADALAH terlalu buruk untuk kereta lembu.
  • Bapa saya ADALAH paling tua.

Manakala menggunakan perkataan "merupakan" perlu dielakkan. Pembentukan perkataan ini tidak dapat difahami. Dan sesuatu yang tidak difahami, elok tidak digunakan.

Perkataan yang mempunyai awalan "me-" dan akhiran "-kan" lazimnya menunjukkan perbuatan transitif seperti berikut:

  • Aktif: Tukang kebun itu mencantikkan taman sekolah.
  • Pasif: Taman sekolah dicantikkan oleh Tukang kebun itu.

Perkataan "merupakan" tidak jatuh ke dalam pola ini.

  • Kakak saya *merupakan seorang guru cemerlang.
  • Seorang guru cemerlang *dirupakan oleh kakak saya (salah)

Ada sesuatu yang tidak kena pada ayat yang menggunakan perkataan "merupakan" di atas. Oleh sebab itu, penggunaan perkataan seperti ini tidak digalakkan. Lebih baik ayat di atas ditulis seperti berikut:

  • Kakak saya IALAH seorang guru cemerlang.

Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]