Pengguna:Bahagian Sumber Manusia Suk Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

''Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (BPSM)'' merupakan satu bahagian utama yang terdapat dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Bahagian ini berperanan dalam menguruskan hal-hal perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia sektor awam negeri Kelantan. Secara umumnya, BPSM mempunyai lima unit khusus yang bertanggungjawab kepada peranan tertentu. Lima unit berkenaan merupakan Unit ''Pembangunan Organisasi, Unit Latihan dan Kompetensi, Unit Perkhidmatan, Unit Pengurusan Prestasi dan Kaunseling serta Unit Khidmat Pengurusan''.Unit-unit ini bertanggungjawab kepada bidang-bidang tugas teras yang utama meliputi hal-hal ''perjawatan, kursus, latihan dan kompetensi, perkhidmatan'', urusan kenaikan pangkat dan tatatertib.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh ''"Semian" (Tok Semian)''. Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna ''"jurutulis"'' .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai ''"Opis Panjang"'' yang dibina pada awal pemerintahan [[Sultan Mansor(1891—1899)]]. Di awal pemerintahan ''Sultan Muhammad IV (1899—1920'') telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan

Objectif[sunting | sunting sumber]

"Menyedia dan memberi perkhidmatan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam negeri yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berlandaskan Islam sebagai Addin "

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

  1. Urusan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan
  2. Urusan permohonan cuti anggota perkhidmatan awam negeri (Separuh Gaji/ Tanpa Gaji) dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh
    permohonan diterima.
  3. Urusan permohonan ke luar negara / Cuti Haji dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  4. Urusan perakuan tanggung kerja dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh perakuan diterima.
  5. Urusan kes-kes tatatertib dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan (dokumen lengkap) bagi kes-kes biasa dari tarikh
    permohonan diterima.
  6. Urusan kenaikan pangkat 2 bulan dari tarikh penerimaan (tertakluk kepada keputusan tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan
    Rasuah Malaysia) permohonan diterima.
  7. Urusan tuntutan bayaran balik rawatan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  8. Urusan pencen 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  9. Pengeluaran keputusan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peperiksaan.
  10. Pengeluaran keputusan Kursus Induksi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan diterima.
  11. Mengeluarkan surat kebenaran menghadiri mesyuarat/ taklimat dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  12. Memproses permohonan pengecualian menghadiri Kurusus Induksi dan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari
    tarikh permohonan diterima.

Maklumat Bahagian[sunting | sunting sumber]

Unit Latihan dan Kompetensi Unit Latihan dan Kompetensi mempunyai 13 perjawatan dengan diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred N44. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir gred N27 dan Ketua Pembantu Tadbir gred N22. Terdapat 8 perjawatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) gred N17 dan 2 Pembantu Am Pejabat gred N1.

''Bidang tugas unit ini merangkumi:''

  • merancang, mengenalpasti dan meyelaras aktiviti-aktiviti latihan dalam dan luar negeri yang bersesuaian
  • membangun kurikulum dan program latihan
  • mengendalikan kursus-kursus induksi umum dan khusus
  • mengendali, menyelaras, dan meyelia peperiksaan perkhidmatan dan jabatan


penilaian kompetensi

  • merangka kemajuan kerjaya dan menyediakan 'succession planning' bagi skim-skim perkhidmatan pentadbiran kerajaan negeri

Unit Pengurusan Prestasi dan Kaunseling Unit Pengurusan Prestasi dan Kaunseling mempunyai 7 perjawatan dengan diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred N44. Beliau dibantu oleh seorang Kaunselor gred S41 dan Penolong Pegawai Tadbir gred N27. Terdapat 1 perjawatan bagi Ketua Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) gred N22 dan 3 perjawatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) gred N17 .

''Bidang tugas unit ini merangkumi:''

  • pengurusan tatatertib
  • urus setia Jawatankuasa Keutuhan
  • urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia
  • kaunseling
  • pengurusan prestasi
  • merancang, melaksana dan menyelaras urusan kenaikan pangkat
  • Biro Pengaduan Awam (BPA)
  • Ahli Jawatankuasa Naziran Negeri Kelantan

Unit Perkhidmatan Unit Perkhidmatan mempunyai 10 perjawatan dengan diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred N44. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir gred N27. Terdapat 8 perjawatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) gred N17.

''Bidang tugas unit ini merangkumi:''

  • menguruskan pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen
  • menguruskan permohonan keluar negeri
  • urusan cuti berdasarkan Perintah Am bab C
  • urusan pencen dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan
  • penyelarasan gaji/ elaun-elaun
  • pinjaman, tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara
  • menyelaras urusan tanggungkerja
  • menjalankan aktiviti termasuk mengurus pegawai/ kakitangan yang akan meninggalkan perkhidmatan awam (separation)
  • Urus setia Majlis Bersama Jabatan Negeri
  • Urus setia Penghulu Mukim/ Tanpa Mukim

Unit Pembangunan Organisasi Unit Pembangunan Organisasi mempunyai 8 perjawatan dengan diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred N48. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir gred N32 dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat gred F29. Terdapat 4 perjawatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) gred N17 dan 1 Juruteknik Komputer gred FT17.

''Bidang tugas unit ini merangkumi:''

  • mengkaji program dan aktiviti Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan dan agensi di bawahnya supaya tidak berlaku pertindanan
    fungsi
  • pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
  • mengkaji keperluan dan pewujudan jawatan baru
  • merancang pembangunan organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan
  • mengkaji pemansuhan jawatan
  • penggredan semula jawatan
  • menguruskan pengambilan jawatan di bawah perwakilan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN)
  • merancang dan menguruskan penempatan pegawai dan kakitangan pengauditan sumber manusia