Pengguna:Ciri- ciri Tradisional Perlembagaan Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ciri- ciri Tradisional Perlembagaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

1.0 Pengenalan Perlembagaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perlembagaan boleh didefinisikan sebagai dasar pemerintah negeri.[1] Dari segi istilah pula, tokoh bagi konsep perlembagaan, KC.Wheare dalam bukunya, “Modern Constitution” menyatakan bahawa perlembagaan ialah suatu kumpulan undang- undang yang tertinggi atau koleksi kaedah- kaedah yang menubuh dan mengawal atau menguasai kerajaan itu.[2] Secara amnya, undang- undang perlembagaan merujuk kepada undang- undang yang berkaitan dengan keseluruhan sistem dan struktur rangka kerajaan sesebuah kerajaan. Justeru itu, tujuan utama undang- undang perlembagaan adalah untuk mewujudkan struktur bagi sesebuah kerajaan dan lebih penting sekali adalah untuk mengawal fungsi- fungsi dan kuasa baan- badan utama sesebuah kerajaan.

Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi[3], kewarganegaraan[4], kerajaan persekutuan[5], kerajaan negeri[6], perhubungan antara persekutuan dengan negeri[7], peruntukan kewangan[8], pilihan raya[9], kehakiman[10], perkhidmatan awam[11] dan lain- lain yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid[12] yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya ini mempunyai anggota- anggota lain iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Hakim Abdul (Pakistan), Sir William McKell (Australia) dan B.Malik (India). Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama negara dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun 1957. Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Secara ringkasnya, perlembagaan ialah undang- undang yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan serta panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Selain itu, bagi menjamin pentadbiran yang cekap, ikhlas, telus, jujur dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

2.0 Ciri- ciri Tradisional Perlembagaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

2.0.1 Unsur- unsur Tradisi dalam Perlembagaan[sunting | sunting sumber]

Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Ia merupakan adunan unsur- unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris. Antara kesan peninggalan Inggeris ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen dan kewarganegaraan. Unsur- unsur baru bagi orang Melayu ini dikenali sebagai unsur- unsur moden dalam perlembagaan.

Manakala, unsur- unsur lama yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah 3.0 Islam Agama Persekutuan4.0 Penerusan Sistem Beraja yang diwarisi; 5.0 Pengekalan Istitusi Majlis Raja- raja ; dan 6.0 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi. Semua ini merupakan amalan pra- British. Empat unsur lama ini adalah pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama dan ia dikekalkan di dalam Perlembagaan negara sehingga hari ini. Justeru, unsur- unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan ini digolongkan sebagai unsur- unsur tradisi.

Unsur- unsur tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum dan kestabilan politik sebagai syarat yang memajukan negara. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur- unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu- isu sensitive yang dilarang daripada menjadikannya sebagai isu perbincangan awam. Ia merupakan satu pra- syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan orang bukan Melayu. Hal ini memberikan makna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra- syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh orang bukan Melayu.

Dapat dilihatlah bahawa pra- syarat ini menunjukkan pemimpin dahulu telah pun menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud di hidup tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah melayu pada masa itu.

2.0.2 Kenapa Ciri- ciri Tradisional Perlu Dikekalkan[sunting | sunting sumber]

Antara sebab ciri- ciri Tradisional perlu dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga hari ini adalah untuk memastikan susun atur yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan diterima oleh semua pihak yang berkepentingan.

Di samping itu, ciri- ciri tradisional ini boleh menunjukkan identiti dan jati diri

masyarakat Malaysia tersendiri yang unik dan istimewa.

3.0 Islam Agama Persekutuan[sunting | sunting sumber]

3.0.1 Agama Islam[sunting | sunting sumber]

Dalam Perlembagaan Persekutuan, orang melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam Bahasa Melayu.

Sebenarnya, secara tidak langsung, orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang melayu yang terkenal sifat mereka dengan taat dan pantang derhaka terhadap Sultan begitu mudah menerima agama Islam sebagai agama baru mereka, lebih- lebih lagi  dikatakan sultan sebagai ketua agama.

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, Undang- undang Islam merupakan undang yang terutama digunakan dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, penggunaan undang- undang Inggeris tidaklah secara mendadak di Negeri- negeri Melayu. Hal ini dapat dilihat dari kes- kes yang telah diptuskan bahawa undang- undang Islam telah diterima sebagai undang- undang negeri. Dalam kes Shaik Abdul Laatif v Shaik Elias Bux[13], Edmonds JC mengakui bahawa undang undang yang terpakai kepada orang- orang Melayu adalah undang- undang Islam.

Selain itu,  dapatlah dilihat dalam kes Ramah v Laton[14], di mana mahkamah mengatakan bahawa undang- undang Islam bukanlah undang- undang asing tetapi undang- undang tempatan dan undang- undang negara. Mahkamah mesti mengambil perhatian kepada undang- undang ini dan mengisytiharkannya.

Kedudukan sultan sebagai seorang ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila British campur tangan di negeri- negeri melayu pada 1870-an. Namun, kuasa sultan dalam mengendalikan hal- hal ehwal kerajaan telah diambil alih oleh penasihat British. Pada permulaannya dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja- raja Melayu telah dihadkan dalam adat istidat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, sultan hendaklah menerima nasihat daripada penasihat British.  

Dalam kes Ainan bin Mahmud v Syed Abu Bakar bin Habib Yusof and Orthers[15], telah dipersoalkan kesahterafan seorang anak. Mahkamah Sivil telah menggunakan Akta Keterangan 1950 terhadap anak yang beragama Islam itu walaupun jelaslah dikatakan  peruntukan itu bercanggah dengan hukum syarak.

Bukan itu sahaja, dalam kes Myriam v Mohamed Ariff[16], seorang ibu telah menuntut hak jagaan anak perempuannya yang berumur lapan tahun dan seorang anak lelaki yang berumur tiga tahun. Hal ini kerana hak penjagaan anak telah diberi kepada bapa anak dengan persetujuan ibunya oleh Kadi. Ibu tersebut kemudiannya berkahwin baru dengan orang lain. Dia memohon hak penjagaan anak- anak tersebut dari Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa di bawah undang- undang sivil dan Islam, pertimbangan utama hendaklah diberi kepada kebajikan anak. Justeru, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi hak penjagaan anak lelaki yang berumur tiga tahun itu kepada ibunya.     

Dengan itu, Islam boleh dikatakan hanya mempunyai kuasa dalam perkara syariah dan tidak boleh mengikat dengan isu- isu sivil. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokratik, pengiktirafan Islam sebagai agama Persekutuan hendaklah selari dengan pemeliharaan hak sivil orang- orang bukan Islam.

Menurut dengan Per.3(1) Perlembagaan Perkutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana Bahagian Persekutuan. Agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebar kepada penganut Islam.

3.0.2 Implikasi Islam Sebagai Agama Persekutuan

Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, melalui Rang Undang- undang Perbekalan, kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pentadbiran, pembangunan dan kemajuan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid dan sekolah agama.

Selain itu, menurut kepada Per.12(2), kerajaan Negeri atau Persekutuan berhak untuk membina atau menyelenggara institusi agama Islam seperti sekolah agama.

4.0 Penerusan Sistem Beraja[sunting | sunting sumber]

4.0.1 Sistem Beraja[sunting | sunting sumber]

Mengikut sejarah dan tradisi Melayu bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka, raja bertanggungjawab untuk mentadbir dan memerintah negara. Raja berada di puncak hieraki dan mempunyai kuasa mutlak dalam semua perkara berkaitan pentadbiran negeri. Mereka dianggap bayangan kepada tuhan.[17] Malangnya, kehadiran British yang telah memperkenalkan sistem Residen dan Pesuruhjaya Tinggi telah menghakis kuasa mutlak yang pernah dipegang oleh raja di negeri-negeri di Tanah Melayu.[18] Kehadiran British yang membawa undang-undang mereka dapat dilihat apabila Piagam Keadilan Kedua pada tahun 1826 dipakai di Penang, Melaka, dan Singapura.[19] Namun, seiring dengan peredaran zaman dan peristiwa yang berlaku dalam sejarah pembentukan negara, sistem raja berkuasa mutlak ini telah pun diubah menjadi Raja Berpelembagaan. Raja Berpelembagaan adalah sistem pemerintahan beraja yang digubal berlandaskan peruntukan Perlembagaan Malaysia. Perkembangan negara sebagai negara yang demokratik telah menukar sistem beraja yang digunakan oleh para sultan kepada sistem raja berpelembagaan pada masa kini sebagai penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa dan satu lambang kedaulatan iaitu payung mahkota negara.

Perlembagaan Persekutuan menjaga dan memastikan penerusan sistem beraja di Malaysia terjamin dan membentangkan segala perkara berbangkit tentang kuasa dan penglibatan raja dalam pemerintahan negara. Raja Berpelembagaan adalah di bawah sistem berpelembagaan yang mengiktirafkan raja sebagai ketua negara. Di Malaysia, ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).[20] Segala perkara berkaitan dengan YDPA dibentangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.[21] Seperti negara-negara lain yang menggunakan sistem raja berpelembagaan moden, konsep trias politika digunakan. Ini bermaksud raja hanya berfungsi sebagai ketua simbolik dalam rangkaian eksekutif dan kuasanya adalah terhad mengikut peruntukan yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.[22]

Pada hari ini, Raja Berpelembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Hal ini menyebabkan kerajaan berkuasa dan raja hanya mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara kerana pada hakikatnya, Perdana Menteri adalah jawatan yang berkuasa di dalam sesebuah negara dan bukannya raja. Perkara ini dapat dilihat dalam perkara 40 Perlembagaan Persekutuan dimana Yang di-Pertua Agung perlu bertindak atas nasihat Perdana menteri.[23]

4.0.2 Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

YDPA dipilih setiap lima tahun sekali mengikut giliran yang telah ditetapkan[24]. Namun begitu, Majlis Raja-raja akan bersidang dan mengundi untuk mengiktiraf sultan yang akan dipilih ataupun untuk memilih sultan yang lain sekiranya sultan yang sepatutnya ditabalkan tidak dapat menjadi Yang Di-Pertuan Agong atas sebab-sebab tertentu seperti sultan tersebut didapati tidak dapat menjalan tanggungjawabnya atas sebab-sebab kesihatan, sultan tersebut merupakan seorang minor iaitu berusia di bawah 18 tahun ataupun baginda enggan menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.[25]

Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan dalam memastikan Raja Berperlembagaan kekal menjadi tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini dengan membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di samping memberikan keseimbangan kepada konsep raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja seperti yang dipegang semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu raja ibarat pokok dan rakyat ibarat akar, tanpa rakyat jatuhlah dan tanpa raja hilanglah tempat bergantung rakyat yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

5.0 Pengekalan Institusi Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

5.0.1 Majlis Raja- Raja[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Persekutuan selain daripada mengekalkan sistem beraja, juga turut memainkan peranan dalam menjaga dan memelihara kedaulatan institusi Majlis Raja-raja.[26] Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai berberapa raja atau sultan di dalam satu Negara kerana setiap negeri mempunyai sultan atau rajanya yang tersendiri, sistem Majlis Raja-raja telah ditubuhkan bagi memelihara kedudukan kesemua raja-raja ini. Majlis Raja-raja juga memainkan peranan dalam pemerintahan negara tertakluk kepada perkara yang telah digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai sebuah tempat bagi sultan dan Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang mengenai masalah agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja.[27] Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu di Malaysia.

5.0.2 Ciri-ciri Institusi Majlis Raja-Raja[sunting | sunting sumber]

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

6.0 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

6.0.1 Penggunaan Bahasa Melayu dalam Hal Ehwal Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pengguanaan Bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar utama penduduk orang melayu. Bahasa Melayu di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduknya, ia juga menjadi lingua franca (perantaraan) kepada pedagang yang datang berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Pada Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu pula, negeri- negeri ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Selain itu, segala minit mesyuarat juga telah ditulis dalam tulisan Jawi.

Namun begitu, selepas kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu dan seterusnya penggunaan British Common Law serta sistem kerajaan yang berdasarkan negara British, pengguanaan Bahasa Inggeris telah pun disetujui sebagai bahasa pengantaran dalam kes pengurusan hal ehwal kerajaan. Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa penggunaan dalam sistem aktiviti kerajaan tertentu.    

Sebagai contoh, bermula pada tahun 1946, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam  mesyuarat tetapi tulisan minit mesyuarat itu mestilah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Menurut Per.152(1) Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Tidak ada peruntukan yang dapat dicari menyatakan bahawa Bahasa Melayu boleh digunakan sebagai maksud rasmi. “Maksud Rasmi” boleh didefinisikan dalam Per.152(6) Perlembagaan Persekutuan, ertinya apa- apa maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa- apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, juga mempunyai peruntukan- peruntukan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.[28] 

Justeru, boleh dikatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bukan bahasa rasmi di negara Malaysia. Dengan adanya satu bahasa kebangsaan, rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia dapat hidup dengan bersatu padu dan mempunyai bahasa Melayu sebagai perlambangan bahasa kebangsaan negara sendiri. 

6.0.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pelajaran[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1956, Bahasa Melayu telah disyorkan oleh Penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. Pada tahun 1957, kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Bermula pada tahun 1961, seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan.[29] yang menekankan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan Akta Pelajaran 1961 telah melaksanakan dasar tersebut. Hal ini kerana melalui sistem pendidikan, pemupukan negara bangsa merdeka akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyat dapat dilahirkan dengan lebih mudah.  

Kesimpulannya, sebaiknya rakyat Malaysia haruslah mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

7.0 Kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Persekutuan juga mempunyai satu cirri iaitu berperanan menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak di mana perkara ini sangat dititikberatkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.[30] Hal ini demikian kerana untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu dan bumiputera serta untuk menjadikan negara Malaysia lebih aman dan harmoni. Sesungguhnya, hak-hak istimewa orang Melayu bukan suatu perkara baru yang hanya muncul selepas kemerdekaan (31 Ogos 1957); sebaliknya sudah sedia tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.[31] Dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu kekal terpelihara.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai bumiputera. Perkara menerangkan dengan spesifik bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mengadakan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam di mana ia juga dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

8.0 Penutup[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Persekutuan boleh digambarkan sebagai satu perlembagaan yang tersendiri yang berciri moden. Namun, ia masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang unik yang dimiliki oleh negara ini seperti Islam diangkat sebagai agama rasmi persekutuan, sistem beraja berwaris yang masih diteruskan, pengekalan institusi Majlis Raja- raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan orang peribumi yang telah dijamin kedudukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dibincangkan di atas. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia yang mencintai tanah tumpah darah kita ini haruslah memastikan bahawa ciri-ciri tradisional ini terus dipelihara agar sejarah dan tradisi negara kekal sepanjang masa.

9.0 Rujukan[sunting | sunting sumber]

1.     http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf

2.     http://jamalit.tripod.com/akta_pendidikan.htm

3.    Padmanabha Rau & Dr. T. Johnson Sampathkumar. 2006. General Priciples of The Malaysian Legal System. Petaling Jaya: International Law Books Service.

4.    Dr. Siva K Ananthan & Zanur Zakaria. 1995. The Legal System of Malaysia. dlm Asean Legal System. Kuala Lumpur: Butterworths.

5.    Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

6.    In the Goods of Abdullah (1835) 2 ky Ecc 8

7.    Reg v Willans (1958) 3 ky 16

8.    Ong Cheng Noe v Yeap Cheah Neoh (1872) 1 ky 326

9.     https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_Tanah_Melayu_1948

10.  (www.majlisraja-raja.gov.my, 2010)


  1. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perlembagaan
  2. ^ https://www.scribd.com/doc/218378889/KC-Wheare-Modern-Constitutions
  3. ^ Per 5-13 Perlembagaan Persekutuan 
  4. ^ Per 14-31 Perlembagaan Persekutuan
  5. ^ Per 32-69 Perlembagaan Persekutuan
  6. ^ Per 70-72 Perlembagaan Persekutuan
  7. ^ Per 70-72 Perlembagaan Persekutuan
  8. ^ Per 96-112 Perlembagaan Persekutuan
  9. ^ Per 113-120 Perlembagaan Persekutuan
  10. ^ Per 121-131 Perlembagaan Persekutuan
  11. ^ Per 132-148 Perlembagaan Persekutuan
  12. ^ https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid
  13. ^ [1915] 1 FMSLR 204
  14. ^ [1927] 6 FMSLR 128
  15. ^ [1939] MLJ 209
  16. ^ [1971] 1 MLJ 265
  17. ^ Kumar, 2006, p. 19
  18. ^ Kumar, 2006, p. 12
  19. ^ In the Goods of Abdullah (1835) 2 Ky Ecc 8; Reg v Willans (1958) 3 Ky 16 and One Cheng Noe v Yeap Cheah Neoh (1872) 1 Ky 326
  20. ^ Per 32 Perlembagaan Persekutuan
  21. ^ Per 32-37Perlembag,aan Persekutuan
  22. ^ Per 34 & Per 40Perlembagaan Persekutuan
  23. ^ Per 40 Perlembagaan Persekutuan
  24. ^ Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan
  25. ^ www.majlisraja-raja.gov.my, 2010    
  26. ^ Per 38 Perlembagaan Persekutuan
  27. ^ Per 38 Perlembagaan Persekutuan
  28. ^ http://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/akta_bahasa_kebangsaan_1963.pdf
  29. ^ Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956
  30. ^ Per 153 Perlembagaan Persekutuan
  31. ^ https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_Tanah_Melayu_1948