Pengguna:Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN (DPMMNK)

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Bermula dengan penubuhan “Dewan Perniagaan Melayu Kelantan (DPMK)”, dalam tahun 1938.  DPMK telah dipelopori penubuhannya oleh sekumpulan peniaga-peniaga Melayu Kelantan, yang menjadi perintis kepada penubuhan Dewan-Dewan Perniagaan bagi negeri-negeri lain, seperti Perak (1951); Johor (1952); Selangor (1953); Terengganu (1953); Kedah (1956); Pulau Pinang dan Seberang Perai (1959); Negeri Sembilan (1960); Perlis (1963); Melaka (1963); Pahang (1972); dan Wilayah Persekutuan (1975).

DPMK merupakan salah satu daripada enam buah Dewan-Dewan Negeri yang telah telah bergabung menubuhkan “Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se Malaya (GDPMM)”, pada tahun 1956.  Walau bagaimanapun, DPMK dan lain-lain Dewan Negeri yang membentuk pergabungan tersebut telah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri masing-masing.  GDPMM merupakan badan induk yang bertujuan mewujudkan satu pertubuhan di peringkat kebangsaan yang lebih kukuh bagi menyatukan Dewan-Dewan Negeri.  Semasa diwujudkan pergabungan tersebut, DPMK telah dipengerusikan oleh Haji Nik Hassan bin Haji Nik Yahya (kini Dato’).

Seawal penubuhannya, DPMK yang telah dipelopori oleh sekumpulan peniaga Melayu telah bergerak aktif bagi menjamin kepentingan dan hak ahlinya, sehingga mereka mempunyai bangunan pejabat dan beberapa unit hartanah sendiri, di Jalan Tengku Chik, Kota Bharu, Kelantan.

DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU CAWANGAN KELANTAN (DPPMMCK) 1974 

Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dalam tahun 1971, yang menekankan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama, melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, khususnya bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan, maka struktur organisasi Dewan juga turut berubah.  Perlembagaan GDPMM telah disusun semula telah membawa perubahan kepada nama dan struktur pentadbirannya.  GDPMM telah ditukar kepada ‘Dewan Perniagaan  Dan  Perusahaan Melayu (DPPMM)’ dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 11 Februari, 1974.

Perubahan tersebut bertujuan bagi menjadikan ‘Dewan’ sebuah badan yang lebih kukuh.  Penukaran nama dari ‘Gabongan’ kepada ‘Dewan’ telah dibuat untuk menunjukkan, bahawa, ‘DPPMM’ kini bukan lagi merupakan satu gabongan yang terdiri dari ‘Dewan-Dewan Negeri’, tetapi ia adalah sebuah ‘Dewan Pusat’, yang mempunyai cawangan di tiap-tiap negeri. Perubahan ini telah membawa kepada penubuhan cawangan di peringkat Negeri Kelantan, iaitu “Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu Malaysia Cawangan Kelantan (DPPMMCK)”, yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Ogos, 1974, dialamat No. 1856, Jalan Pendek, Kota Bharu, Kelantan.

Mengikut Perlembagaan baru ini ‘DPPMMCK’ adalah merupakan cawangan kepada ‘DPPMM’.  Lantaran itu, melalui kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada Jawatankuasa Agung, DPPMM, mempunyai hak untuk campurtangan dalam hal-ehwal DPPMMCK.

Perubahan Perlembagaan tersebut berlaku semasa era Tengku Razaleigh Hamzah selaku Yang DiPertua GDPMM.  Beliau inginkan sebuah badan yang benar-benar kukuh dan dapat mewakili peniaga-peniaga Melayu dalam menghadapi persaingan yang hebat dengan peniaga-peniaga asing. Tengku Razaleigh berpendapat, walaupun tiap-tiap negeri telahpun mempunyai Dewan Perniagaan Melayu masing-masing, tetapi tidak ada perkembangan dan perhubungan yang erat di antara satu negeri dengan negeri yang lain.

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN (DPMMNK)1994

DPPMMCK sekali lagi mengalami perubahan apabila DPPMM menjalani perubahan struktur pada tahun 1994 di bawah teraju tokoh korporat yang pertama dipilih, iaitu Tan Sri Azmi Wan Hamzah, yang membabitkan pindaan nama dan Perlembagaannya, berserta Perintah Peraturan, yang telah diterima sebulat suara oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), yang telah diadakan pada 31 Mac, 1994.  Perkara tersebut telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Mei, 1994, dan telah mula berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Di bawah Perlembagaan baru ini nama DPPMM sekali lagi bertukar kepada “Dewan Perniagaan Melayu (DPMM)”.   Perkataan  ‘perusahaan’   telah digugurkan  kerana perkataan ‘perniagaan’ itu sendiri sudah meliputi ‘perdagangan dan perindustrian’. Tempoh  penggal  pemilihan dan perlantikan jawatan di dalam Dewan-Dewan Negeri telah diselaras dengan Dewan Pusat, iaitu semua jawatan yang dipilih dan dilantik untuk dipegang selama tempoh satu penggal, iaitu tiga (3) tahun berturut-turut, berbanding tempoh penggal selama dua (2) tahun yang telah diamalkan di negeri-negeri sebelumnya. Penyelarasan ini bertujuan menyeragamkan pentadbiran di antara Pusat dan Negeri-Negeri, terutamanya yang melibatkan kepemimpinan Dewan.

ARAHALA PERJUANGAN DAN OBJETIF DEWAN PERNIAGAAN MELAYU KELANTAN 
  • Sebagai sebuah persatuan di peringkat Negeri Kelantan yang telah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri;
  • Arahala perjuangannya lebih terhad dan tertumpu kepada sebilangan kecil ahli yang berdaftar dengan persatuan tersebut;
  • Gerakannya meliputi hal-hal yang berkaitan dengan keperluan dan kepentingan ahli di peringkat negeri, dengan pihak Penguasa-Penguasa Tempatan, seperti menyokong permohonan ahli untuk mendapat permit, lesen perniagaan, dan seumpamanya;
  • Apabila bergabung di bawah GDPMM, skop perkhidmatannya telah diperluaskan ke peringkat kebangsaan, termasuk menyokong permohonan-permohonan ahli melalui GDPMM, bagi mendapat kerja-kerja kontrak; pinjaman kewangan; pelesenan dan seumpamanya di peringkat kebangsaan;
  • Bekerjasama dengan GDPMM menganjur Kongres Ekonomi Bumiputera 1965, di Kuala Lumpur, dengan menyalurkan beberapa usul untuk kepentingan peniaga Melayu, termasuk persetujuan Kerajaan menubuhkan MARA bagi menggantikan RIDA yang didapati mempunyai beberapa kelemahan, termasuk aktivitinya lebih tertumpu kepada pembangunan untuk orang-orang Melayu di luar bandar sahaja
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU CAWANGAN KELANTAN(DPPMCK)
  • Bekerjasama dengan DPPMM meneruskan usaha-usaha ke arah memaju dan meningkatkan penyertaan ahli-ahli/usahawan    Melayu   dalam   perniagaan   dan perindustrian (selaras dengan matlamat DEB), dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Majlis Perjumpaan; dialog; ceramah; kursus; seminar dan aktiviti lain yang berkaitan dengan aspek perniagaan;
  • Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil bagi mengadakan hubungan dan kerjasama dengan badan-badan dan agensi Kerajaan serta swasta, untuk kepentingan dan kebajikan ahli-ahli/usahawan Melayu yang bernaung di bawahnya;
  • Bekerjasama dengan DPPMM mendesak Kerajaan, melalui UMNO, mengada dan menjayakan Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua (KEB 2), bagi menilai prestasi dan pencapaian DEB yang pada waktu itu (1980) telahpun sampai ke peringkat pertengahan jalan;
  • Menyelaras dan menjayakan perlaksanaan Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk ahli-ahli yang terjejas dan menghadapi masalah akibat kemelesetan ekonomi 1984 – 1986.
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN(DPMMNK)
  • Bekerjasama dengan DPMM bagi menjayakan perjuangan tokoh-tokoh korporat Melayu ke arah mengangkat maruah dan martabat bangsa Melayu dalam ekonomi negara dan antarabangsa;
  • Penubuhan Biro-Biro dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Petugas/Perunding bagi mengenalpasti dan mengkaji setiap isu/masalah/cabaran yang dihadapi oleh sektor/ahli, kemudian berusaha menangani/mengatasi melalui penyerahan usul/memorandum, atau surat-surat sokongan kepada pihak Kementerian - Kementerian/agensi - agensi/Jabatan - Jabatan/ Institusi-Institusi yang berkaitan;
  • Meneruskan pelaksanaan TPU di bawah Skim Runding Terus (SRT);
  • Mencetuskan peluang-peluang kepada ahli-ahli melalui Projek TPU/SRT, dan ‘Design & Build’, sebagai kontraktor/sub-kontraktor; pembekalan bahan-bahan binaan; perlindungan insuran; dan sebagai Pengurus/Perunding Projek;
  • Melaksanakan berbagai program pendidikan; pengurusan; motivasi keusahawanan, dalam bentuk kursus/bengkel; ceramah dan seminar bagi mendedahkan ahli-ahli/usahawan Melayu kepada ilmu-pengetahuan semasa; kemahiran; maklumat berhubung tabung-tabung pembiayaan dan peluang-peluang n menghadapi masalah akibat kemelesetan ekonomi 1984 – 1986.
PENUBUHAN SYARIKAT-SYARIKAT DAN YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 
  • Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad bagi mencetus pluang perniagaan kepada ahli – ahli
KEPEMIMPINAN
  1. Dato’ Dr.Hj.Abdul Aziz B.Omar(1974-1984),
  2. Dato’ Hj.Abdul Rahim B. Hj.Abdul Rahman(1984-1986)
  3. Dato’ Dr.Hj.Mohd Adam B. Hj. Harun (1986-1998)
  4. Tuan Haji Nik Abd Rahman Bin Haji Nik Taib (1998-2008)
  5. Tuan Haji Mohd Rosli Bin Ismail (2009-2017)
  6. En.Mohd Ali Amin Bin Ab.Latif (Terkini)
PENUBUHAN BIRO-BIRO
  1. Biro Pertanian  , Perlombongan ,Agropolitan dan Bio Teknologi
  2. Biro Hubungan Perhotelan dan Pelancongan
  3. Biro Pendidikan dan Teknologi Pendidikan
  4. Biro Pembinaan dan Hartanah    
  5. Biro Peruncitan, Perdagangan &b Perkilangan
  6. Biro Pembangunan Kemahiran & Modal Insan
  7. Biro Pelaburan Domestik & Antarabangsa
  8. Biro Professional ,"Artificial Intelligence dan Tenaga
  9. Biro Keahlian   
  10. Biro Ekonomi Digital

DPMMNK sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan peniaga-peniaga Melayu, perlu terus diperkukuh dan dimantapkan. Terjayanya kelak strategi dan program DPMMNK, dalam usahanya bagi membantu ahli dan seterusnya memartabatkan ekonomi bangsa Melayu dalam arus ekonomi perdana, amat bergantung kepada kerjasama rapat dan mantap di antara kepemimpinannya, dan kerjasama rapat dan mantap di antara kepemimpinan dan keahliannya; di samping mempunyai satu barisan Kakitangan Sekretariat yang cekap, bermutu dan berdisiplin.