Pengguna:Fab1442006/Kotak pasir/Rusuhan George Floyd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rusuhan George Floyd adalah beberapa siri rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat ekoran pembunuhan George Floyd yang berlaku pada 25 Mei 2020. Rusuhan mula berlaku pada 26 Mei dan telah merebak ke seluruh negara pada 29 Mei. Awalnya ia diadakan secara aman tetapi lama-kelamaan menjadi buruk selepas tindak balas polis yang keras.

Rusuhan[sunting | sunting sumber]

Georgia[sunting | sunting sumber]

Di Atlanta, ibu negeri Georgia, rusuhan berlaku di ibu pejabat CNN. Perusuh membaling objek serta memecahkan tingkap bangunan. [1]

Pada 30 Mei 2020, Gabenor Georgia Brian P. Kemp mengisytiharkan perintah darurat di daerah Fulton ekoran keadaan yang memburuk. [2]

Minnesota[sunting | sunting sumber]

Di Minneapolis, demonstrasi berlaku pada 26 Mei, sehari selepas kematian George Floyd.

Pada 28 Mei 2020, Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey, mengisytiharkan perintah darurat di bandar itu ekoran keadaan yang semakin buruk.[3]