Pengguna:Fandi89/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siti Roziana Zain (lahir 2 Mei 1968) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia. Dilahirkan di Merlimau, Melaka, bakatnya dalam bidang muzik dikesan oleh penerbit muzik yang tertarik dengan kelunakan suaranya, kemudian mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1990. Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music dan muncul bersama album sulungnya Madah Berhelah (1991) dengan lagu berjudul sama dikeluarkan sebagai single, sekaligus menjulangnya sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Malaysia[1] di Asia Tenggara.[2][3][4] Ini kemudian diikuti dengan lima album berikut yang dikeluarkan setiap dua tahun.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama televisyen. Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan beliau menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records. Selain itu, Ziana juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Selain Ziana, artis lain yang menerima bayaran tertinggi ialah Sharifah Aini, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ella, Erra Fazira, Ning Baizura dan Siti Nurhaliza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Myartis. "Nostalgia Ziana Zain", MyArtis, Kuala Lumpur, 23 Oktober 2011. Retrieved on 17 Februari 2013.
  2. ^ "Ziana tak hilang trademark". Harian Metro. 5 April 2008. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  3. ^ "Return of the Voice". Malay Mail. 12 Mac 2007. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  4. ^ "Amazed by Anis". Malay Mail. 20 Ogos 2005. Dicapai pada 10 Disember 2010.