Pengguna:Holyorder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Salam sejahtera semua,

Saya sudah menyertai Wikipedia sejak daripada tahun 2012. Cuma pada tahun ini saja saya mula ingin menumpukan perhatian terhadap penyumbangan rencana di Wikipedia. Oleh kerana saya memegang sebuah profesion di dalam industri peranti perubatan, Insya Allah saya akan cuba memenuhi wikipedia Bahasa Melayu dengan artikel dan rencana berkaitan.

Saya juga meminati konsep-konsep sains dan kejuruteraan, gadget, komik manga One Piece , dan permainan video. Saya berharap agar minat yang mendalam saya terhadap perkara-perkara ini dapat saya terjemahkan dalam penulisan rencana di Wikipedia Bahasa Melayu. Sebagaimana saudara-saudara sekalian, saya berniat untuk menambahkan kolektif ilmu dan informasi di dalam Bahasa Melayu. Saya gembira dapat bersama-sama saudara-saudara sekalian terlibat di dalam inisiatif sebegini.

Sekian, terima kasih