Pengguna:Jimmarvel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hai, saya sangat meminati Wikipedia terutamanya kepada artikel-artikel yang berkaitan dengan Penerbangan. Sayangnya, tidak banyak artikel-artikel penerbangan Malaysia yang terdapat di dalam Wikipedia, jadi saya ingin memulakan terjemahan artikel-artikel bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu bermula dangan artikel KLIA.

Saya tidak setuju dengan beberapa artikel yang menggunakan direct translation. Justeru saya ingin memperbetulkan beberapa artikel dan saya meminta maaf sekiranya saya telah memadam mana-mana hasil karya para penulis Melayu yang lain.

Saya menghadapi masalah mendapatkan gambar untuk artikel-artikel yang akan saya terjemah di masa hadapan, jadi saya berharap agar penulis-penulis Melayu lain dapat membantu saya dalam meletakkan gambar-gambar dan saya menegaskan anda semua supaya jangan segan silu memadam artikel saya yang dirasakan tidak betul tatabahasanya.

Saya juga ingin menyeru kepada semua penulis-penulis melayu supaya mula menterjemahkan artikel-artikel wikipedia lain kepada bahasa Melayu. Pilih sahaja mana-mana artikel yang anda minat seperti saya, dan menterjemah bukanlah satu tugas yang sukar. Jika anda benar-benar sayangkan bahasa ibunda kita, marilah kita sama-sama menyumbangkan sedikit tenaga kita untuk memperkayakan wikipedia Bahasa Melayu ini untuk kebaikan anak bangsa kita di kemudian hari.

-Jim Marvel-