Pengguna:KLITE789/Thailand (bahagian 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Banjaran Luang Prabang Range yang merentangi sempadan Thai-Lao di Wilayah Nan, Thailand Utara
Pulau batu kapur tipikal di Thailand
Kepulauan Phi Phi

Dengan jumlah keluasan 513,120 km², Thailand merupakan negara ke-50th terbesar dari segi keluasan, sedikit kecil sedikit Yaman dan sedikit besar daripada Sepanyol.

Thailand terdiri daripada pelbagai rantau geografi yang sedikit sebanyak berpadanan dengan pembahagian wilayah. Rantau utara merupakan kawasan tanah tinggi Thai, dengan puncak tertinggi di Doi Inthanon di Banjaran Thanon Thong Chai pada 2,565 meter di atas paras laut. Rantau timur laut atau Isan terdiri daripada Banjaran Khorat Plateau yang bersebelahan dengan Sungai Mekong di timur. Rantau tengah negara dikuasai oleh lembah rata Sungai Chao Phraya yang mengalir hingga Teluk Thailand. Thailand Selatan terdiri daripada Segenting Kra yang sempit tetapi melebar hingga Semenanjung Tanah Melayu. Secara politik, terdapat enam kawasan geografi yang berbeza dengan satu sama lain dari segi populasi, sumber asas, ciri-ciri alam, dan tahap pembangunan sosial dan ekonomi. Kepelbagaian rantau-rantau merupakan ciri latar fizikal yang paling menonjol di Thailand.

Sungai Chao Phraya dan Mekong River merupakan nadi kehidupan kawasan luar bandar Thailand. Pengeluaran tanaman secara industri menggunakan kedua-dua sungai tersebut serta cawang-cawangnya. Teluk Thailand luasnya 320,000 kilometer persegi dan disuap oleh sungai-sungai Chao Phraya, Mae Klong, Bang Pakong, dan Tapi. Air yang cetek di sepanjang pinggir-pinggir selatan dan Semenanjung Kra menyumbang kepada sektor pelancongan. Pesisir timur Teluk Thailand merupakan pusat perindustrian Thailand dengan pelabuhan air utama negara di Sattahip pelabuhan perdagangan yang tersibukk, Laem Chabang.

Laut Andaman merupakan sumber alam berharga dengan bertempatnya antara pusat peranginan paling popular dan mewah di Asia. Wilayah Phuket, Krabi, Ranong, Phang Nga dan Trang, dan pulau-pulaunya semua terletak di sepanjang pesisir Laut Andaman. Biarpun dilanda tsunami 2004, semuanya merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Bangkitnya usul untuk sebuah terusan yang dijangka dapat menghubungkan Laut Andaman dengan Teluk Thailand, seumpama Terusan Suez dan Panama. Usul ini disambut baik oleh pembesar Thai kerana ini boleh mengurangkan yuran yang dikenakan oleh Pelabuhan Singapura, mengeratkan hubungan dengan China dan India, menyingkatkan perjalanan kapal, dan menghapuskan ancaman lanun di Selat Melaka, di samping menyokong dasar kerajaan Thai untuk menjadi hab logistik Asia Tenggara. Didakwa bahawa terusan ini akan memperbaiki keadaan ekonomi di Thailand selatan yang amat bergantung rezeki pada pelancongan. Jika dijalankan, terusan ini akan menjadi projek kejuruteraan raya dengan jangkaan belanja AS$20–30 bilion.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Peta pengelasan iklim Köppen bagi Thailand

Iklim Thailand dipengaruhi oleh angin monsun bermusim iaitu monsun barat daya dan timur laut.[1]:2 Monsun barat daya dari Mei hingga Oktober bercirikan aliran udara hangat dan lembap dari Lautan Hindi ke Thailand, menyebabkan hujan lebat di seluruh negara.[1] Monsun timur laut dari Oktober hingga Februari pula membawa udara sejuk dan kering dari China ke kebanyakan kawasan Thailand. Di Thailand selatan, monsun timur laut membawakan cuaca sederhana serta hujan lebat di pantai timur rantau berkenaan.[1]:2 Kebanyakan wilayah Thailand beriklim "lembap kering tropika atau savana" (Iklim savana tropika menurut Köppen).[2] Hujung selatan dan timur rantau timur pula beriklim monsun tropika.

Iklim Thailand ada tiga musim.[1]:2 Musim pertama ialah musim tengkujuh atau monsun barat daya (pertengahan Mei hingga pertengahan Oktober) yang melanda serata negara.[1]:2 Musim ini bercirikan hujan lebat terutama sekali pada bulan Ogos dan September.[1]:2 Ada kalanya timbul banjir.[1]:4 Selain daripada hujan monsun barat daya, Zon Pertembungan Antara Tropika (ITCZ) dan siklon-siklon tropika turut menyumbang kepada hujan lebat pada musim tengkujuh.[1]:2 Apapun, masa kering sering terjadi selama seminggu dua dari Jun hingga awal Julai[1].:4 Ini disebabkan Zon Pertembungan Antara Tropika bergerak menghadap utara ke China selatan.[1]:4 Musim sejuk atau monsun timur laut berlangsung mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Februari.[1]:2 Kebanyakan bumi Thailand mengalami cuaca kering pada musim ini dengan suhu sederhana belaka,[1]:2:4 kecuali rantau selatan Thailand yang menerima hujan lebat khususnya pada Oktober dan November.[1]:2 Musim panas atau pramonsun dari pertengahan Februari hingga pertengahan Mei bercirikan cuaca serba hangat.[1]:3 Disebabkan sifat dan latitud pedalamannya, bahagian-bahagian utara, timur laut, tengah dan timur Thailand mengalami cuaca panas berlarutan.[1]:3 Sebahagian besar negara menerima curahan hujan min tahunan sebanyak 1,200 to 1,600 mm. Akan tetapi, sesetengah kawasan di sebelah gunung hadap angin seperti wilayah Ranong di pantai barat Thailand selatan dan timur wilayah Trat menerima curahan hujan melebihi 4,500 mm (180 in) setahun. Kawasan-kawasan terkering berada di sebelah lindung angin di lembah-lembah tengah dan bahagian paling utara Thailand selatan di mana curahan hujan min tahunan kurang daripada 1,200 mm (47 in). Kebanyakan bumi Thailand (utara, timur laut, tengah dan timur) bercirikan cuaca kering ketika monsun timur laut dan hujan lebat ketika monsun barat daya.[1]:4 Di bahagian-bahagian selatan Thailand, hujan lebat berlaku pada kedua-dua musim monsun dengan kemuncak pada September bagi pantai barat dan pada November–Januari bagi pantai timur.[1]:4

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Thailand mencatat prestasi yang sederhana tetapi meningkat dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) di tangga keseluruhan 91 daripada 180 negara pada 2016. Ini juga tahap sederhana di peringkat Asia-Pasifik sahaja tetapi mendahului negara-negara seperti Indonesia dan China. EPI ditubuhkan pada 2001 oleh Forum Ekonomi Dunia untuk mengukur sejauh mana setiap negara melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan PBB. Aspek-aspek yang paling kurang memuaskan bagi Thailand (iaitu nombor besar-besar) ialah kualiti udara (167), kesan industri pertanian kepada alam sekitar (106) dan iklim dan sektor tenaga (93), yang terakhir itu rata-rata disebabkan keluaran tinggi karbon dioksida per KWh. Thailand paling baik dari segi pengurusan sumber air (66) dan sanitasi (68).[3][4]

Hidupan liar[sunting | sunting sumber]

Populasi gajah Asia liar di Thailand merosot kepada sekitar 2,000–3,000 ekor.[5]

Gajah merupakan lambang negara Thailand. Sungguhpun ada 100,000 ekor gajah bela jinak di Thailand pada 1850, namun jumlahnya sudah susut kepada 2,000 ekor. Selama ini pemburu mengejar gajah demi gading dan kulit, dan kini lebih-lebih lagi untuk daging.[6] Anak gajah sering ditangkap untuk dijadikan tarikan pelancong atau haiwan buruh, namun penggunaannya tela merosot sejak kerajaan mengharamkan pembalakan pada 1989. Kini lebih banyak gajah dalam tawanan daripada yang liar, malah aktivis mendakwa bahawa gajah tawanan sering didera.[7]

Pemburuan spesies terlindung kekal satu isu besar. Pemburu telah mengurangkan populasi harimau belang dan bintang, dan lain-lain kucing besar untuk bulunya. Kebanyakan haiwan (termasuk harimau, beruang, buaya dan ular tedung selar) diternak atau diburu untuk daging dan ubat. Biarpun haram barang-barang itu, namun pasar terkenal Chatuchak di Bangkok masih terkenal dengan penjualan hasil spesies terancam.[8]

Amalan memelihara haiwan liar mengancam sesetengah spesies. Anak haiwan sering ditangkap dan dijual, dan ini sering memerlukan induknya dibunuh. Sebaik sahaja dilepaskan ke habitat semula jadi setelah lama ditawan, kebanyakan haiwan belaan gagal membiak. Antara yang terjejas termasuk beruang hitam Asia, beruang madu, ungka tangan putih dan binturung.[9]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pelajar sekolah rendah di Thailand

Pada 2014, kadar celik huruf Thailand ialah 93.5%.[10] Pendidikan disediakan oleh sistem sekolah tersusun rapi yang terdiri daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan tinggi, maktab-maktab vokasional, dan universiti. Sektor pendidikan swasta cukup terbangun dan amat menyumbang kepada keseluruhan peruntukan pendidikan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan dengan institusi awam semata-mata. Pendidikan diwajibkan hingga umur 14 tahun, dan kerajaan menyediakan pendidikan percuma sehingga umur 17 tahun.[perlu rujukan]

Universiti Chulalongkorn yang ditubuhkan pada 1917 ialah universiti tertua di Thailand.

Pengajaran amat bergantung pada kaedah menghafaz daripada kaedah bertengahkan pelajar. Pemantapan kurikulum yang mantap dan koheren bagi sekolah-sekolah tertakluk kepada perubahan begitu cepat sehingga sukar bagi sekolah dan guru-guru untuk pasti akan bahan-bahan pelajaran, malah pengarang dan penerbit buku teks sukar hendak mengeluarkan edisi baharu dengan cukup cepat. Isu-isu berkenaan kemasukan universiti sudah cukup lama bergolak. Apapun, pendidikan Thai sudah banyak meningkat sejak 2001. Kebanyakan pelajar generasi kini celik komputer. Thailand menduduki tangga ke-54 daripada 56 negara yang dikaji untuk kemahiran bahasa Inggeris oleh EF.[11]

Pelajar-pelajar di kawasan etnik minoriti seringkali mencatatkan markah lebih rendah dalam ujian kebangsaan dan antarabangsa yang distandardkan.[12][13][14] Barangkali ini disebabkan peruntukan sumber peruntukan tidak sama rata, lemahnya latihan guru, kemiskinan dan kurang kemahiran bahasa Thai iaitu bahasa pengantar ujian-ujian.[15][16]

Ujian IQ menyeluruh senegara dijalankan terhadap 72,780 orang pelajar Thai dari Disember 2010 hingga Januari 2011. Didapati purata IQ-nya 98.59 mata, lebih tinggi daripada hasil kajian lepas. Tahap IQ didapati naik turun di seluruh negara, dengan purata terendah 88.07 di kawasan selatan wilayah Narathiwat dan yang tertinggi sebanyak 108.91 di wilayah Nonthaburi. Kementerian Kesihatan Awam menyalahkan kekurangan iodin bagi kepincangan ini dan langkah-langkah diambil untuk mewajibkan penambahan iodin dalam garam halus seperti yang diamalkan di negara-negara Barat.[17]

Sains dan teknologi[sunting | sunting sumber]

Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Negara merupakan agensi kerajaan Thai yang menyokong usaha penyelidikan dalam sains dan teknologi serta penggunaanya dalam ekonomi Thai.[18]

Synchrotron Light Research Institute (SLRI) merupakan punca cahaya sinkotron bagi usaha fizik, kimia, sains bahan dan sains hidupan Thai yang terletak di Universiti Teknologi Suranaree (SUT) di Nakhon Ratchasima, di timur laut Bangkok. Institut yang dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi ini menempatkan satu-satunya sinkotron skala besar di Asia Tenggara. Mula-mula ia dibina di sinkotron SORTEC di lalu dipindahkan ke Thailand dan diubah suai untuk operasi 1.2 GeV. Ia memberikan bekalan cahaya berjadual tetap kepada pengguna.300 kilometer (190 batu)

Internet[sunting | sunting sumber]

Di Bangkok ada 23,000 hospot Wi-Fi awam percuma.[19] Kemudahan Internet di Thailand merangkumi talian-talian optik gentian berkelajuan tinggi 10 Gbit/s yang boleh disewakan dan ISP-ISP seperti KIRZ yang menyediakan perkhidmatan Internet perumahan.

Bahan Internet ditapis oleh kerajaan Thai, maka sesetengah tapak web tidak dapat dicapai.[20] Penapisan dilakukan oleh Polis Diraja Thai, Lembaga Komunikasi Thai, dan Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Thailand dibilang sebagai negara industri baharu dengan KDNK 2013 GDP sebanyak AS$673 bilion (berasaskan pariti kuasa beli).[18] Thailand merupakan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia. Thailand merupakan negara keempat paling kaya di Asia Tenggara dari segi KDNK per capita, selepas Singapura, Brunei, dan Malaysia.

Thailand berfungsi sebagai "ekonomi penambat" bagi negara-negara jiran membangun iaitu Laos, Myanmar, dan Kemboja. Pada suku ketiga 2014, kadar pengangguran Thailand berada pada 0.84% menurut Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara Thai (NESDB).[21]

Sejarah ekonomi terkini[sunting | sunting sumber]

BTS Skytrain melalui Sathon, daerah perniagaan Bangkok, ibu negara dan pusat komersial dan kewangan terbesar Thailand.
Pencakar langit MahaNakhon di Bangkok

Thailand pernah mencatat kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia dari 1985 hingga 1996, iaitu purata 12.4% setahun. Pada 1997 ketika ekonomi menguncup sebanyak 1.9%, tekanan memuncak terhadap mata wang baht menyebabkan krisis yang mendedahkan kepincangan sektor kewangan dan memaksa pentadbiran Chavalit Yongchaiyudh untuk mengapungkan mata wang. Perdana Menteri Chavalit Yongchaiyudh dipaksa meletak jawatan setelah kabinetnya dikecam kerana lambat bertindak terhadap krisis. Nilai baht ditetapkan pada 25 sedolar AS dari 1978 hingga 1997. Mata wang baht jatuh ke paras 56 sedolar AS pada Januari 1998 dan ekonomi negara merosot 10.8% pada tahun itu, mencetuskan krisis kewangan Asia.

Ekonomi Thailand mula pulih pada 1999, meningkat 4.2–4.4% pada 2000 atas berkat eksport yang mantap. Ekonomi dikira stabil sepanjang dekad 2000-an dengan kadar pertumbuhan dalam 4–7% atas alasan kemantapan ekonomi Asia, meningkatnya perbelanjaan kerajaan serta insentif-insentif daripada Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang diberi timangan "Thaksinomik." 

Biarpun Thaksinomik menerima kritikan, namun data rasmi mendedahkan bahawa dari 2001 hingga 2011, KNDK per kapita rantau Isan berlipat ganda kepada AS$1,475, sementara kawasan Bangkok meningkat dari AS$7,900 kepada hampir AS$13,000 dalam tempoh yang sama.[22]

Ekoran pergolakan akibat protes-protes 2010, kadar pertumbuhan KDNK Thailand mendap pada sekitar 4–5%, susut daripada takat 5–7% sewaktu pemerintahan sivil sebelumnya. Kekalutan politik dikenal pasti sebagai salah satu punca utama kemerosotan dalam keyakinan pelabur dan pengguna. IMF meramal bahawa ekonomi Thai akan melantun kembali dari kadar pertumbuhan KDNK sehambar 0.1% pada 2011, kepada 5.5% pada 2012 dan 7.5% pada 2013 atas dasar kewangan Bank Negara Thailand, dan juga langkah-langkah perangsang fiskal yang diperkenalkan oleh kerajaan Yingluck Shinawatra.[23]

Eksport dan perkilangan[sunting | sunting sumber]

Carta perwakilan berkadar hasil eksport Thailand

Ekonomi Thailand amat bergantung pada eksport. Dua pertiga negara KDNK terdiri daripada eksport. Thailand mengeksport lebih AS$105 bilion barang dan perkhidmatan setahun. Eksport utama termasuk kereta, komputer, barangan elektrik, beras, tekstil dan kasut, hasil perikanan, getah dan barang kemas.

Industri-industri utama termasuk barangan elektrik, komponen komputer, dan kenderaan. Kepulihan Thailand dari krisis kewangan Asia 1997–1998 rata-rata bergantung pada eksport antara lain-lain faktor. Setakat 2012 , industri automotif Thai merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ke-9 terbesar di dunia,[24][25][26] dengan keluaran tahunan sebanyak hampir 1.5 juta buah kenderaan, kebanyakannya kenderaan komersial.

Kebanyakan kenderaan yang dipasang di Thailand dibangunkan dan dilesenkan oleh pengeluar asing, khususnya dari Jepun dan Korea Selatan. Industri kereta Thai memanfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) untuk mencari pasaran bagi produknya. Terdapat lapan buah syarikat yang memasang lori pikap di Thailand: lima dari Jepun, dua dari AS dan satu lagi Tata dari India.[27] Pada 2014, lori pihak membentuk 42% daripada semua jualan kenderaan baharu di Thailand.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Wat Phra Kaew di Bangkok
Patung Kinnon, Wat Phra Kaew, Bangkok
Airbus A380 milik Thai Airways

6 peratus hasil ekonomi negara datang dari pelancongan. Thailand merupakan negara Asia Tenggara yang paling banyak dilawat pada 2013 menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia (World Tourism Organisation). Dianggarkan bahawa sumbangan langsung pelancong membentuk 9 hingga 16 peratus kepada KDNK Thai.[28] Jika diambil kira sumbangan tidak langsung, kadarnya mencapai 20.2 peratus (2.4 trilion baht).[29]:1

Lembaga Pelancongan Thailand (Tourism Authority of Thailand, TAT) menggunakan slogan "Amazing Thailand" untuk mempromosikan Thailand ke antarabangsa. Pada 2015, ini dilengkapi dengan kempen "Discover Thainess".[30]

"Amazing Thailand" – Thailand Tourism booth at a Travel and Tour Expo

Antara tarikan Thailand termasuk aktiviti menyelam, pantai pasir, ratusan pulau tropika, riadah malam, tapak kaji purba, muzium, orang hulu, flora dan fauna, istana-istana, kuil-kuil, candi-candi dan tapak-tapak Warisan Dunia. Ramai pelancong menyertai khusus di Thailand, khususnya yang mengenai memasak hidangan tempatan, agama Buddha dan seni urut Thai tradisional. Antara hari perayaan kebangsaan termasuklah Tahun Baru Songkran dan Loy Krathong. Banyak tempat di Thailand mengadakan pesta tempatan sendiri juga, khususnya "Himpunan Gajah" di Surin, "Pesta Roket" di Yasothon dan "Phi Ta Khon" di Dan Sai. Masakan Thai terkenal seantero dunia dengan penekanan terhadap herba dan rempah-ratus segar.

Pusat beli-belah Bangkok menawarkan pelbagai jenbama tempatan dan antarabangsa. shopping malls offer a variety of international and local brands. Di sebelah utara bandar terdapat Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang boleh dicapai melalui LRT atau MRT. Pasar Chatuchak antara pasar terbesar di dunia yang menjual segala benda baik peralatan rumah mahupun hasil-hasil haiwan terancam.[31] Pasar Pratunam pula khusus untuk fabrik dan pakaian. Pasar malam kasawan Silom dan Jalan Khaosan pula menyasarkan pelancong untuk menjual kemeja T, kraf tangan, jam tangan tiruan dan cermin mata gelap. Dalam lingkungan perairan Bangkok juga terdapat pasar terapung seperti di Damnoen Saduak. Di bandar Chiang Mai di Thailand utara terdapat "Sunday Evening Walking Street Market" yang diadakan di Jalan Rachadamnoen, serta "Night Bazaar" di sepanjang sebelah timur tembok kota lama ke arah sungai.

Kegiatan pelacuran dan pelancongan seks di Thailand banyak menyumbang kepada ekonomi secara de facto, malah Adanya kempen yang menjual aktiviti pelacuran Thailand untuk menarik pelancong.[32] Faktor-faktor persekitaran budaya serta kemiskinan telah merangsang kegiatan lucah di Thailand. Ada sumber 2003 yang menganggarkan kegiatan lucah menyumbangkan AS$4.3 bilion setahun atau kira-kira 3% kepada ekonomi Thai.[33] Menurut kajian Universiti Chulalongkorn tentang ekonomi haram Thai, pelacuran di Thailand dalam tempoh 1993 hingga 1995 membentuk 2.7% KDNK.[34] Dipercayai bahawa paling kurang 10% perbelanjaan pelancong menyumbang kepada perdagangan seks.[35]

Hulu Buddha, Wat Mahathat, di Taman Sejarah Ayutthaya, Tapak Warisan Dunia.

Thailand merupakan peneraju bidang pembedahan tukar jantina. Statistik 2014 menggambarkan industri pelancongan perubatan yang menarik lebih 2.5 juta pelawat setahun.[36] Pada 1985–1990, hanya 5% pesakit transseksual antarabangsa melawat Thailand untuk pembedahan tukar jantina. Baru-baru ini dalam 2010–2012, jumlahnya meningkat kepada 90%.[37]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Thailand antara pengeksport beras terbesar di dunia. 49 peratus tenaga kerja Thailand mengerjakan pertanian.

49 peratus tenaga kerja Thailand terlibat dalam sektor pertanian, susut dari 70 peratus pada 1980. Beras ialah tanaman paling penting di negara. Sekian lama Thailand merupakan pengeksport beras terbesar dunia, baru-baru ini jatuh di belakang India dan Vietnam.[38] Thailand mempunyai peratusan tanah subur terbesar iaitu 27.25%, daripada semua negara Lembangan Sungai Mekong.[39] Sekitar 55% tanah subur digunakan untuk pengeluaran beras.[40]

Sektor pertanian mengalami peralihan daripada kaedah intensif buruh kepada kepada kaedah yang lebih berindustri.[41] Dari 1962 hingga 1983, sektor ini meningkat sebanyak 4.1% setahun purata dan tumbuh lagi pada kadar 2.2% dari 1983 hingga 2007. Kadar sumbangan pertanian kepada KDNK menurun sementara sumbangan eksport barang dan perkhidmatan berkenaan pertanian meningkat.

Tenaga[sunting | sunting sumber]

75% hasil jana kuasa elektrik Thailand datang dari gas asli pada 2014.[42] Loji janakuasa arang mengeluarkan 20% lagi elektrik sementara bakinya datang dari biojisim, hidroelektrik dan biogas.

Thailand menghasilkan kira-kira 1/3 daripada semua hasil minyak mentah yang digunakannya. Ia merupakan pengimport minyak mentah kedua terbesar di Asia Tenggara. Thailand pengeluar utama gas asli dengan rizab minimum 10 trilion kaki padu. Thailand juga merupakan pengeluar batu arang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia, tetapi mesti mengimport arang tambahan untuk memenuhi permintaan tempatan.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Penjagaan kesihatan dan perubatan dikelola oleh Kementerian Kesihatan Awam di samping lain-lain agensi kerajaan bukan kementerian dengan jumlah perbelanjaan negara untuk kesihatan mencakupi 4.3 peratus KDNK pada 2009. Penyakit tidak berjangkit menjadi punca utama morbiditi dan kematian sementara penyakit berjangkit seperti malaria dan tuberkulosis dan juga kemalangan jalan raya juga menjadi isu utama.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Thailand mempunyai seramai 68,863,514[43] orang penduduk setakat 2016 . Kebanyakan penduduk Thailand hidup di luar bandar, tertumpu di kawasan penanaman padi sekitar tengah, timur laut dan utara. Kadar penduduk bandar Thailand kini sekitar 45.7% setakat 2010 , rata-rata tertumpu di Kawasan Metropolitan Bangkok.

Etnik[sunting | sunting sumber]

Perarakan pesta Hae Pha Khuen That di Wat Phra Mahathat

Majoriti warganegara Thai adalah bangsa Thai, iaitu 95.9% pada 2010. 4.1% yang tinggal adalah bangsa Burma (2.0%), lain-lain 1.3%, dan 0.9% tidak tentu.

Menurut Laporan Negara 2011 oleh kerajaan Thai kepada Jawatankuasa PBB yang bertanggungjawab atas Konvensyen Antarabangsa untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, terdapat dari Jabatan Pemupukan Hak-Hak dan Kebebasan Kementerian Keadilan Thai,:3 terdapat 62 kelompok etnik yang diiktiraf secara rasmi di Thailand. 20 juta orang Thai Tengah (dan kira-kira 650,000 Khorat Thai) membentuk kira-kira 34.1 peratus daripada populasi negara seramai 60,544,937 orang[44] ketika lengkapnya data Ethnolinguistic Maps of Thailand (1997) oleh Universiti Mahidol.[45]

Laporan Negara Thailand 2011 menyumbangkan perangkaan penduduk kaum orang hulu dan suku-suku etnik di Timur Laut, jelas menyatakan pergantungannya kepada data Ethnolinguistic Maps of Thailand oleh Universiti Mahidol. Oleh itu, biarpun lebih 3.288 juta penduduk di Timur Tengah sahaja tidak dapat dikategorikan, namun populasi dan peratusan suku etnik lain sekitar 1997 diketahui untuk serata Thailand dan terdiri daripada populasi minimum. Suku minoriti terbesar di Thailand adalah seperti berikut:

  1. 15,080,000 Lao (24.9 peratus), terdiri daripada: Thai Lao (14 juta), Thai Loei (400–500,000), Lao Lom (350,000), Lao Wiang/Klang (200,000), Lao Khrang (90,000), Lao Ngaew (30,000), dan Lao Ti (10,000);
  2. 6,000,000 Khon Muang/Thai Utara (9.9 peratus)
  3. 4,500,000 Pak Tai/Thai Selatan (7.5 peratus)
  4. 1,400,000 Khmer Leu/Khmer Utara (2.3 peratus)
  5. 900,000 Melayu (1.5 peratus)
  6. 500,000 Ngaw (0.8 peratus)
  7. 470,000 Phu Thai (0.8 peratus)
  8. 400,000 Kuy/Kuay/Suay (0.7 peratus)
  9. 350,000 Karen (0.6 peratus).:7–13 

Cina Thai, iaitu yang kuat darah keturunan Cina, membentuk 14% penduduk negara, sementara orang Thai yang separa darah daging Cina membentuk sehingga 40%.[46] Melayu Thai mewakili 3% penduduk, dan yang tinggal terdiri daripada suku Mon, Khmer dan pelbagai kaum "orang hulu".

Ramai juga bilangan pendatang dari negara jiran Myanmar, Laos, dan Kemboja, dan juga dari sejauh Nepal dan India, menjadikan jumlah penduduk bukan warga mencecah 3.5 juta orang setakat 2009 , naik dari kira-kira 1.3 juta pada 2000.[47]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa rasmi Thailand tidak lain tidak bukan bahasa Thai, ahli rumpun bahasa Tai–Kadai yang bersaudara rapat dengan bahasa-bahasa Lao, Shan di Myanmar, banyak lagi bahasa-bahasa kecil yang dituturkan dalam lingkungan kawasan sempadan China dari Hainan dan Yunnan. Bahasa Thai bahasa pengantar utama pendidikan dan pentadbiran yang digunakan di seluruh negara. Bahasa bakunya berdasarkan loghat orang Thai Tengah dan ditulis dalam abjad Thai, sebuah tulisan abugida yang berevolusi dari abjad Khmer. 62 buah bahasa diiktiraf oleh Kerajaan Thai dalam Laporan negara 2011 kepada Jawatankuasa PBB yang bertanggungjawab atas Konvensyen Antarabangsa untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, yang menggunakan pendekatan etnik bahasa.:3 Bahasa Thai Selatan dituturkan di wilayah-wilayah selatan, sementara bahasa Thai Utara dituturkan di wilayah-wilayah yang pernah mendirikan bekas kerajaan Lan Na. Untuk tujuan kemudahan banci yang tidaklah mengiktiraf kesemua 62 bahasa teriktiraf tersebut, wujudlah empat kelompok dialek Thai mengikut rantau wilayah.

Bahasa minoriti terbesar Thailand ialah bahasa Isan, loghat Lao yang dituturkan di rantau timur laut. Biarpun sering dikira loghat Thai, sebenarnya ia merupakan loghat Lao dan kawasan penutur aslinya pernah menjadi wilayah kerajaan lampau Lan Xang. Jauh di selatan, bahasa Melayu loghat Kelantan-Pattani merupakan bahasa utama suku Melayu. Loghat-loghat Cina pun dituturkan oleh penduduk Cina Thai, terutamanya sekali bahasa Teochew.

Juga dituturkannya pelbagai bahasa minoriti dari suku pedalaman, termasuklah banyak bahasa Austro-Asia seperti Mon, Khmer, Viet, Mlabri dan Orang Asli; bahasa Austronesia seperti Cham dan Moken; bahasa Sino-Tibet seperti Lawa, Akha, dan Karen; dan bahasa-bahasa Tai lain seperti Tai Yo, Phu Thai, dan Saek. Bahasa Hmong ahli rumpun bahasa Hmong–Mien yang kini diterima umum sebagai rumpun bahasa tersendiri.

Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib sekolah namun penutur fasihnya kurang sekali, apalagi di kawasan luar bandar.

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama utama Thailand ialah agama Buddha Theravada yang sebati dengan jati diri dan budaya Thai. Inilah antara negara yang paling ramai penganut Buddha. 

Agama kedua terbesar di Thailand ialah Islam yang tertumpu di rantau selatan, iaitu wilayah Pattani, Yala, Satun, Narathiwat, dan sebahagian Songkhla Chumphon, yang rata-ratanya keturunan Melayu yang mengikut aliran Sunnah Waljamaah. Juga terdapat sebilangan kecil penganut Kristian, Hindu dan Sikh, rata-rata tertumpu di bandar. Ada juga sebuah masyarakat Yahudi kecil di Thailand yang wujud sejak abad ke-17.

Agama Jumlah

(2010),[48]

Peratus Jumlah

(2016)

Peratus
Buddha 61,746,429 93.58% 63,620,298 94.50%
Islam 3,259,340 4.94% 2,892,311 4.29%
Kristian 789,376 1.20% 787,589 1.17%
Hindu 41,808 0.06% 22,110 0.03%
Tidak beragama 46.122 0.07% 2,925 0.005%
Agama lain 70.742 0.11% 1,583 0.002%
Sikh 11,124 0.02% 1,030 0.001%
Konfusian 16,718 0.02% 716 0.001%

Menurut banci 2015, penduduk Thailand mengikut rantau terbahagi mengikut agama seperti berikut:

Agama Bangkok % Tengah % Utara % Isan % Selatan %
Buddha 8,197,188 93.95% 18,771,520 97.57% 11,044,018 96.23% 18,698,599 99.83% 6,908,973 75.45%
Islam 364,855 4.18% 247,430 1.29% 35,561 0.31% 16,851 0.09% 2,227,613 24.33%
Kristian 146,592 1.68% 214,444 1.11% 393,969 3.43% 13,825 0.07% 18,759 0.21%
Hindu 16,306 0.19% 5,280 0.03% 207 0.002% 318 0.001% -
Sikh - 0.00% - 0.00% 378 0.003% - 0.00% 491 0.005%
Tiada agama 289 0.00% 473 0.002% 1,001 0.01% 436 0.002% 726 0.008%
Agama lain - 0.00% 294 0.00% 1,808 0.16% - 0.00% 359 0.004%

Budaya[sunting | sunting sumber]

Rata-rata penduduk Thailand menganut agama Buddha Theravada

Kebudayaan dan tradisi Thai banyak menerima pengaruh luar, khususnya dari India, Lao, Burma, Kemboja dan China.

Agama kebangsaan Thailand iaitu agama Buddha fahaman Theravada adalah teras bagi jati diri Thai moden, tetapi dipengaruhhi oleh kepercayaan dari agama-agama Hindu, animise dan sembah nenek moyang.

Thailand diduduki oleh ramai suku etnik minoriti, ada di antaranya melimpahi sempadan ke Myanmar, Laos, Kemboja dan Malaysia serta memikul peralihan antara pengaruh budaya tempatan, kebangsaan dan global. Orang keturunan Cina penting dalam masyarakat Thai, khususnya di sekitar Bangkok. Kejayaan mereka untuk bersepadu dengan masyarakat Thai membolehkan golongan ini memegang jawatan ekonomi dan politik. Perniagaan Cina Thai mekar dalam "rangkaian buluh", iaitu rangkaian perniagaan Cina seberang laut yang beroperasi di pasaran Asia Tenggara yang berkongsi pertalian keluarga dan budaya.[49]

Persembahan tradisional khon

Thailand terkenal dengan sapaan tangan dalam bentuk sembah (tangkup tangan) yang dipanggil wai, selalunya dilakukan oleh orang muda atau bawahan ketika bertemu dengan orang tua atau atasan, selalunya diiringi oleh lafazan "sawatdi khrap" oleh lelaki atau "sawatdi kha" oleh perempuan. Yang tua atau atasan boleh juga membalas dengan sembah. Pangkat mengatasi usia dalam menentukan siapa menyembah dahulu, khususnya dalam urusan rasmi. Contohnya, pelawat pejabat kerajaanlah yang menyembah dahulu biarpun lebih tua daripada pembesar. Kanak-kanak yang hendak pergi sekolah diajar untuk bersembah kepada ibu bapa sebagai tanda hormat.

Seperti budaya Asia lain, Thailand amat menekankan penghormatan kepada nenek moyang. Masyarakat Thai amatlah ramah mesra dan murah hati, tetapi juga kuat mengamalkan hierarki sosial. Orang tua-tua berkuasa dalam membuat keputusan kekeluargaan atau memimpin upacara. Abang kakak wajib menjaga adik-adik.

Di Thailand adalah pantang larang termasuk menyentuh kepala orang atau menuding kaki, kerana kepala itu paling suci sementara kaki pula bawah sekali.

Masakan[sunting | sunting sumber]

Masakan Thai menyebatikan lima rasa asas, iaitu manis, pedas, masam, pahit dan masin. Antara ramuan-ramuan utama masakan Thai termasuk bawang putih, cabai, air limau nipis, serai, ketumbar, lengkuas, gula kabung, dan sos ikan (nam pla). Makanan ruji Thailand ialah nasi, khususnya dari beras varieti jasmin (hom mali) yang terdapat dalam hampir setiap hidangan. Orang Thai secara domestik mengambil lebih 100 kg beras seorang setahun. Lebih 5,000 varieti beras dari Thailand dipelihara dalam tabung gen beras oleh International Rice Research Institute (IRRI) yang bertapak di Filipina. Raja Thailand penaung rasmi IRRI.[50]

Media[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Thai dipengaruhi oleh media yang pelbagai bentuk dan bahasa. Di samping bahasa Thai, bahasa Inggeris dan Cina juga digunakan dalam akhbar dan majalah. Kebanyakan majalah pop Thai menggunakan tajuk Inggeris atas alasan chic glamor semata-mata. Banyak perniagaan besar-besar di Bangkok menjalankan operasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

Unit ukuran[sunting | sunting sumber]

Thailand pada umumnya menggunakan sistem metrik, tetapi unit-unit ukuran tradisional dikekalkan untuk keluasan, malah ada kalanya sistem imperial digunakan untuk menyukat bahan-bahan binaan lekapan kayu dan paip.

Kalendar rasmi Thailand berasaskan Era Buddha versi Timur yang letaknya 543 tahun di hadapan kalendar barat. Maka tahun 2018 Masihi ialah tahun 2561 B di Thailand. Nombor tahun Era Buddha digunakan dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, pentadbiran, kontrak dan ruang tarikh akhbar. Tetapi dalam sektor perbankan, industri dan perdagangan, sistem kalendar barat menjadi amalan.[51]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Muay Thai, sukan lambang Thailand

Muay Thai ialah sukan lambang negara Thailand yang berupa tinju tendang (tomoi), di mana para peserta menendang, menumbuk, menghentam dengan lutut dan siku dengan memakai sarung tangan seakan tinju Barat. Dengan itulah Thailand dapat melahirkan ramai jaguh dalam sukan tinju.

Bola sepak telah mengatasi Muay Thai sebagai sukan yang paling ramai pengikut dalam masyarakat Thai masa kini. Pasukan bola sepak kebangsaan Thailand telah bermain di Piala AFC enam kali dan mencapai separuh akhir pada 1972. Thailand pernah menjadi tuan rumah Piala Asia dua kali, iaitu pada tahun 1972 dan 2007. Edisi 2007 dikongsikan hak tuan rumah bersama Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Orang Thai juga gemar menonton Liga Perdana Inggeris melalui televisyen serta memakai jersi replika kelab pujaan mereka. Satu lagi hobi kegemaran orang Thai ialah bermain layang-layang yang dahulunya juga sukan kompetitif.

Stadium Nasional Rajamangala

Takraw merupakan sukan asal Thailand seakan-akan sepak raga di mana pemain hanya dibenarkan menyentuh dan menghantar bola rotan dengan kaki, lutut, dada dan kepala. Sepak takraw merupakan bentuk gabungan takraw dengan bola tampar yang popular di merata Asia Tenggara, di mana pemain mesti menghantar bola mengatasi jaring dan jatuh ke tanah pihak lawan.

Thailand sering digelar ibu kota golf Asia[52] kerana ia merupakan destinasi popular bagi penggemar golf. Negara ini menarik ramai pemain golf dari Jepun, Korea, Singapura, Afrika Selatan dan negara-negara Barat yang datang untuk bermain golf di Thailand setiap tahun.[53] Meningkat popularnya golf di kalangan kelas menengah dan imigran ternyata dengan adanya lebih 200 buah padang golf seluruh negara,[54] malah ada yang terpilih untuk mengadakan kejohanan PGA dan LPGA seperti Amata Spring Country Club, Alpine Golf and Sports Club, Thai Country Club, dan Black Mountain Golf Club.

Selain daripada yang atas, antara sukan-sukan yang digemari di Thailand termasuk bola keranjang, ragbi, dan snuker. Kejayaan dalam sukan seperti angkat berat dan taekwondo membuktikan bahawa tinju bukan lagi satu-satunya sandaran Thailand untuk kejayaan Olimpik.

Tempat acara[sunting | sunting sumber]

Stadium Thammasat Stadium merupakan stadium pelbagai guna di Bangkok dengan muatan 25,000 orang yang kini digunakan terutamanya untuk bola sepak. Letaknya di kampus Rangsit Universiti Thammasat, ia dibina untuk Sukan Asia 1998 oleh firma pembinaan Christiani & Nielsen, syarikat sama yang membina Tugu Demokrasi di Bangkok.

Stadium Nasional Rajamangala merupakan arena sukan terbesar di Thailand dengan muatan 65,000 orang. Terletak di Bang Kapi, Bangkok, ia dibina pada 1998 sempena Sukan Asia 1998 dan menjadi pangkalan pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "The Climate of Thailand" (PDF). Thai Meteorological Department. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Ogos 2016. Dicapai pada 18 Ogos 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Dr. Susan L. Woodward (1997–2014). "Tropical Savannas". Biomes of the World. S. L. Woodward. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2013. Dicapai pada 23 Februari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "2016 Report". EPI Report. Yale University. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2016. Dicapai pada 17 Disember 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ EPI (2016): Thailand Diarkibkan 27 Disember 2016 di Wayback Machine
  5. ^ "Thailand's Elephants". Thai Elephant Conservation Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2015. Dicapai pada 3 Mac 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Press, Associated (26 Januari 2012). "Poaching for meat poses new extinction risk to Thai elephants". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2018. Dicapai pada 4 Februari 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Jennifer Hile (6 Oktober 2002). "Activists Denounce Thailand's Elephant "Crushing" Ritual". National Geographic Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2007. Dicapai pada 7 Jun 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Teena Amrit Gill (18 February 1997). "Endangered Animals on Restaurant Menus". Albion Monitor/News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2007. Dicapai pada 7 June 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Thai Forests: Dept. National Parks, Wildlife & Plants". Thai Society for the Conservation of Wild Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ BTI 2014 | Thailand country Report Diarkibkan 27 Julai 2014 di Wayback Machine
  11. ^ Thai university applicants scored an average 28.34% in English in recent university entrance exams.[perlu rujukan] In a recent IMD World Competitiveness Report, Thailand was ranked 54th out of 56 countries globally for English proficiency, the second-lowest in Asia. Singapore was third, Malaysia 28th, and Korea 46th: The Sorry State of Thai Education – Part 4: Dismal English-language education Diarkibkan 23 Jun 2012 di Wayback Machine, Reuters & The Korea Herald, 23 March 2012.
  12. ^ Draper, John (2012), "Revisiting English in Thailand", Asian EFL Journal, Asian EFL Journal, 14 (4): 9–38, ISSN 1738-1460, diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2014 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ OECD (2013), Structural Policy Country Notes: Thailand (PDF), OECD, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Mac 2014 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ Khaopa, Wannapa (12 Disember 2012). "Thai students drop in world maths and science study". The Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Draper, John (12 Disember 2011). "Solving Isaan's education problem". The Isaan Record. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Draper, John (21 Februari 2014). "PISA Thailand regional breakdown shows inequalities between Bangkok and Upper North with the rest of Thailand". The Isaan Record. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "MOPH reports low IQ among Thai youth : National News Bureau of Thailand". Thainews.prd.go.th. 8 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 3 November 2011.
  18. ^ a b "GDP (Purchasing Power Parity)". The World Factbook. US CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2014. Dicapai pada 4 Januari 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Bangkok's free internet: 23,000 hotspots | Bangkok Post: learning. Bangkok Post (2 May 2012). Retrieved 16 April 2013.
  20. ^ "Thailand’s Massive Internet Censorship" Diarkibkan 24 Jun 2015 di Wayback Machine, Asian Correspondent.com, Hybrid News Limited, 22 July 2010
  21. ^ "NESDB: Thailand facing unemployment problem". Pattaya Mail. 25 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2015. Dicapai pada 4 Januari 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ Aidan Jones (31 January 2014). "Thai northeast vows poll payback to Shinawatra clan". Agence France-Presse. Dicapai pada 8 February 2014.
  23. ^ Phisanu Phromchanya (24 February 2012). "Thailand Economy To Rebound Strongly In 2012,". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2015. Dicapai pada 26 April 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  24. ^ Santivimolnat, Santan (18 August 2012). "2-million milestone edges nearer". Bangkok Post. The Post Publishing. Dicapai pada 24 August 2015.
  25. ^ Languepin, Olivier (3 Januari 2013). Thailand poised to Surpass Car Production target. Thailand Business News (ed. 2014). London: World Travel & Tourism Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2013. Dicapai pada 20 Januari 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  26. ^ :1
  27. ^ Takahashi, Toru (27 November 2014). "Thailand's love affair with the pickup truck". Nikkei Asian Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2015. Dicapai pada 4 January 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  28. ^ "Government moves to head off tourist fears". Bangkok Post. 2015-08-24. Dicapai pada 24 August 2015.
  29. ^ Error in webarchive template: Check |url= value. Empty.
  30. ^ "History". TATnews.org. Tourism Authority of Thailand (TAT). 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2015. Dicapai pada 7 May 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  31. ^ IUCN – Home Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . Cms.iucn.org (24 April 2008). Retrieved on 16 September 2010.
  32. ^ Ocha, Witchayanee. "Transsexual emergence: gender variant identities in Thailand." Culture, Health & Sexuality14.5 (2012): 563–75. Web.
  33. ^ Pasuk Phongpaichit Thailand's illegal economy and public policy Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . Seminar paper delivered at the Centre of Southeast Asian Studies, Kyoto University, Nov 1999
  34. ^ Martin, Lorna. "Paradise Revealed". Taipei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2014. Dicapai pada 29 January 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  35. ^ Finch, Steve. "Thailand top destination for medical tourists." CMAJ : Canadian Medical Association Journal. Canadian Medical Association, 07 Jan. 2014. Web. 1 Mar. 2017.
  36. ^ Chokrungvaranont, Prayuth, Gennaro Selvaggi, Sirachai Jindarak, Apichai Angspatt, Pornthep Pungrasmi, Poonpismai Suwajo, and Preecha Tiewtranon. "The Development of Sex Reassignment Surgery in Thailand: A Social Perspective." The Scientific World Journal. Hindawi Publishing Corporation, 2014. Web. 23 Mar. 2017.
  37. ^ International Grains Council. "Grain Market Report (GMR444)" setakat 2010 , London, 14 May 2014. Retrieved 13 June 2014.
  38. ^ "CIA World Factbook – Greater Mekong Subregion". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2014. Dicapai pada 3 November 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  39. ^ "Rice Around The World. Thailand". Irri.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2008. Dicapai pada 25 April 2010.
  40. ^ Henri Leturque and Steve Wiggins 2010. Thailand's progress in agriculture: Transition and sustained productivity growth Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . London: Overseas Development Institute
  41. ^ "International Index of Energy Security Risk" (PDF). Institute for 21st Century Energy. Institute for 21st Century Energy. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 January 2015. Dicapai pada 14 September 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  42. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  43. ^ World Bank Group. (n.d.). Population, total [Thailand]. Washington, DC: Author. "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2016. Dicapai pada 2016-10-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  44. ^ "Ethnolinguistic Maps of Thailand" (dalam bahasa Thai). Office of the National Culture Commission. 2004. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 December 2013. Dicapai pada 8 October 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  45. ^ "Thailand". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.
  46. ^ Thailand: Burmese migrant children missing out on education. IRIN Asia. 15 June 2009. Southeast Asia Visions (27 February 2012). "Browse the Southeast Asia Visions Collection". Cornell University Library. Dicapai pada 2 October 2011.
  47. ^ "Population by religion, region and area, 2010" (PDF). NSO. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 October 2016. Dicapai pada 2017-10-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  48. ^ Murray L Weidenbaum (1 Januari 1996). The Bamboo Network: How Expatriate Chinese Entrepreneurs are Creating a New Economic Superpower in Asia. Martin Kessler Books, Free Press. m/s. 4–8. ISBN 978-0-684-82289-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  49. ^ "Cooperation of IRRI and Thailand" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 June 2005. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan) (38.7 KB)
  50. ^ 19-meter (62-kaki)
  51. ^ "Golf in Thailand by". Golfasia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2010. Dicapai pada 25 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  52. ^ Chawadee Nualkhair (10 July 2009). "Thailand woos foreign golfers with sun, sand traps". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2009. Dicapai pada 25 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  53. ^ "Why to book with golf2thailand.com : Thailand Golf Courses Thailand Golf Packages". Golf2thailand.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2006. Dicapai pada 25 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

[[Kategori:Negara di Asia]] [[Kategori:Ahli ASEAN]] [[Kategori:Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] [[Kategori:Negara Asia Tenggara]] [[Kategori:Thailand]]