Pengguna:Kompleks Islam Al-I'tisam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al-I'tisam, Taman TTDI Jaya, Shah Alam telah mencapai kata sepakat bercadang untuk membina masjid baru yang akan dikenali sebagai Kompleks Islam Al-I'tisam atau KIAI bagi menggantikan masjid sedia ada. KIAI akan mengandungi sebuah Masjid, Maahad Tahfiz, Pangsapuri Kakitangan dan Guru, Dewan Serbaguna dan Pusat Komersial.

Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau kecil yang dihadiahkan oleh pihak pemaju pada tahun 1996. Bangunan masjid diperbesarkan dari masa ke semasa hingga kini dimana saiznya adalah lima kali ganda saiz asal. Walaupun masjid ini "hidup" dengan pelbagai aktiviti tetapi bangunannya yang daif dan serba tidak selesa tidak lagi mampu memenuhi keperluan masyarakat setempat. Kehadiran sekitar 3,000 ke 4,000 jemaah pada setiap kali waktu puncak (Solat Jumaat) melimpah hingga keluar dan terdedah kepada hujan dan panas. Perkara ini mengundang ketidakselesaan para jemaah dalam mengerjakan ibadah apabila setiap kali mengunjungi masjid.

Setelah 15 tahun, masjid ini sudah berada dalam keadaan uzur dan usaha penyelenggaraan dan baik pulih tidak lagi 'cost effective'. Bangunan masjid sediada diperluaskan dan pelbagai fasiliti ditambah dari masa kesemasa seiring dengan keperluan jemaah hasil sumbangan orang ramai. Melalui ukhuwah dan komitmen semua pihak, masjid sediada telah berjaya berfungsi dengan baik serta memainkan peranannya dalam masyarakat. Keadaan persekitaran telah banyak berubah dengan kemajuan pesat dan penduduk yang lebih ramai. Sudah sampai masanya sebuah masjid yang lebih selesa serta lengkap fasiliti selaras dengan perkembangan di kariah TTDI Jaya itu sendiri dapat dibangunkan segera. Sehubungan dengan itu, pihak masjid telah mengambil keputusan untuk melaksanakan pembangunan KIAI dengan harapan ia dapat memenuhi keperluan umat Islam setempat. KIAI juga di harap menjadi katalis kepada penjanaan generasi soleh yang tunduk serta patuh kepada Allah dan Rasul.

Generasi ini juga akan berperanan memimpin masyarakat mencari keredhaan Allah dengan kehidupan bersepadu dalam maksud berjaya didunia dan berjaya juga diakhirat. MISI kami ialah untuk melihat masjid kembali berfungsi sepertimana di zaman kegemilangan Islam dahulu. Masjid berperanan sebagai medan pembangunan ummah dibawah kesatuan Islam sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia.

Dalam mesyuarat penyelarasan AJK masjid dan pihak konsultan projek pada 29 September yang lalu, keputusan telah dibuat untuk memberi keutamaan kepada bangunan masjid. Oleh yang demikian, PEMBANGUNAN FASA 1 akan melibatkan pembinaan Tingkat Bawah dan Tingkat 1 Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Terbuka atau Podium.

KIAI akan dibangunkan dalam 2 FASA.

DANA SEBANYAK RM15.8j diperlukan untuk kos keseluruhan projek FASA 1. Manakala FASA 2 pula memerlukan dana sebanyak RM17.3j. Pada masa ini dana terkumpul hasil sumbangan awam/orang ramai ialah RM1.4juta sahaja.

Walaupun pelbagai aktiviti promosi dan hebahan berterus-terusan di jalankan melalui pelbagai dimensi dan kaedah, dana yang diperlukan masih belum mencukupi untuk meneruskan kerja-kerja piling/tanam cerucuk/struktur sokongan. Seluruh AJK & Wargakerja Masjid Al-I'tisam memohon jasa baik anda dan bantuan orang ramai untuk prihatin menyumbang kepada dana pembinaan ini.

Dimulai dengan Pembinaan Bangunan Masjid secara keseluruhan meliputi Ruang Solat Utama dan Podium, FASA 2 pembinaan Blok Maahad Tahfiz, Pejabat dan Ruang Komersial termasuk hotel dan lain-lain fasiliti tambahan.