Pengguna:Komunikasi/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ASSIGNMENT MEDIA INTEGRATIF[sunting | sunting sumber]

Tsunami[sunting | sunting sumber]

Tsunami berasal dari perkataan dalam bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris pula,gelombang tsunami di kenali sebagai ombak pasang surut (Tidal Wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak beasar yang membawa kemusnahan kepada harta benda sehingga membawa perubahan terhadap pemandangan alam sekitar yang dilanda. Tsunami juga merupakan pergerakan ombak yang cukup pantas dan tidak mampu di tangani ,kadang-kadang ombaknya mempunyai ketinggian yang sangat tinggi.

Diambil di Ao Nang, Krabi Province, Thailand, semasa gempa bumi di Lautan India 2004
[sunting | sunting sumber]

Sejarah Tsunami[sunting | sunting sumber]

21 Julai- Merupakan tsunami yang terawal pernah di catatkan oleh ahli sejarahwan dunia. Ia terjadi di Laut Tengah sebelah Timur. Akibat daripada tsunami yang terjadi itu,ribuan orang di Kota Iskandariah, Mesir telah terkorban.


1 November 1755- Satu gempa bumi yang paling besar terjadi di Lautan Atlantik berdekatan pantai Lisbon Ibu Kota Portugal. Gelombang ombak Lautan Atlantik yang mencapai ketinggian 6 meter itu telah memusnahkan pantai-pantai di Portugal, Sepanyol dan Morocco. Para saintis telah menganggarkan gempa bumi tersebut adalah lebih kurang 9.0 skala Richter. Sejumlah 60 000 hingga 100 000 ribu penduduk telah mati di dalam kejadian tsunami yang cukup besar itu. Kejadian tsunami yang berlaku di pantai Lisbon ini dikatakan permulaan kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami berlaku.


27 Ogos 1883- Apabila di sebut gunung berapi Krakatua pasti ramai yang mengetahui bahawa gunung berapi ini salah satu gunung berapi yang sangat aktif di Indonesia. Letupan gunung berapi Krakatua merupakan salah satu bencana alam yang sangat hebat pernah direkodkan dalam sejarah. Pada 26 Ogos 1883 gunung berapi Krakatua telah meletus. Akibat daripada letupan ini menyebabkan pulau yang berdekatan seperti pantai- pantai Jawa dan Sumatera musnah dan tenggelam ke dasar laut. Apbila gunung berapi itu meletus ia telah menyebabkan beberapa ombak tsunami yang besar terjadi sehingga mencapai ketinggian 40 meter daripada paras laut. Letusan gunug berapi tersebut sungguh dasyat sehingga selama bermalam-malam langit bercahaya akibat debu lava berwarna merah yang keluar daripada gunung tersebut. Semasa letupan gunung yang awal berlaku ia tidak mengorbankan sebarang nyawa tetapi apabila tsunami yang berlaku akibat gempa bumi tersebut sebanyak 36 000 orang telah terkorban .Kejadian tersebut telah menegelamkan beberapa perkampungan seperti Telok Batong, Sumatera dan Sirik dan Semarang, Jawa. Tsunami yang dasyat ini cukup menyayat hati dan banyak bangkai-bangkai mangsa kejadian terapung di lautan selepas seminggu kejadian itu.


15 Jun 1896- "Tsunami Sanriku" merupakan tsunami yang tidak di jangka kerana hanya gempa bumi yang kecil terjadi, namun ia telah mencetuskan tsunami di Bandar Sanriku. Gempa bumi yang berukuran 7.2 skala Richter telah terjadi di pinggir laut berdekatan bandar Sanriku, Jepun. Kejadian gempa bumi itu telah mencetuskan kejadian tsunami yang mencapai ketinggian ombak setinggi 25 meter (80 kaki). Tsunami yang melanda itu telah mengakibatkan 26 000 orang mati. Korban yang banyak di catatkan kerana semasa tsunami itu berlaku, di bandar tersebut sedang merayakan perayaaan keagamaan. Sesuatu yang tidak di jangka telah berlaku kerana semasa gempa bumi berlaku hanya gegaran yang lemah dan satu goncangan yang perlahan terjadi. Gegaran itu hanya berlaku selama 5 minit, tetapi sesuatu yang dasyat telah berlaku selepas 35 minit berlaku 35 minit berlaku gegaran tersebut iaitu tsunami yang besar telah melanda sehingga ke pantai Sanriku.


17 Disember 1896- Tsunami telah melanda di Santra Barbara, California, Amerika Syarikat. Tsunami ini telah mengakibatkan beberapa jalan raya yang utama di kawasan Santa Barbara tidak dapat di gunakan beberapa hari kerana di landa banjir.


31 Januari 1906- Gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter tekah berlaku di lautan Pasifik telah mengakibatkan tsunami berlaku di Colombia. Akibat daripada tsunami ini menyebabkan sebahagian daripada Kota Tomaco, Colombia di hancurkan, begitu juga seluruh rumah di persisir pantai yang terletak di antara Rioverde di Ecuador yang turut musnah akibat kejadian tsunami tersebut. Tsunami ini turut di rasai persisir pantai barat Jepun. Dianggarkan seramai 1 500 orang telah terkorban akibat daripada kejadian tsunami itu.


1 April 1946- Gempa bumi yang terjadi di kepulauan Alert telah mengakibatkan gelombang tsunami berlaku yang telah memusnahkan Scotch cap Lighhouse. Tsunami ini juga bergerak melanda sehingga ke Hilo, Hawaii. Tsunami yang melanda ini telah mengorbankan 159 nyawa. Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan harta benda. Bencana tsunami yang terjadi ini mendorong pembentukan sistem peringatan Gelombang laut Seismik yang kemudiannya menjadi pusat Peringatan tsunami pasifik pada tahun 1949.


15 Ogos 1950- Tsunami telah berlaku di Tibet yang mengakibatkan sebanyak 2 000 rumah, kuil dan masjid musnah akibat gegaran kuat pada ukuran 8.6 skala Richter. Gegaran terkuat di Lembangan Brahmaputra di Timur laut India itu telah mengorbankan 1 500 orang.


4 November 1952- gempa bumi berukuran 9.0 skala richter yang berlaku di Rusia ini telah menghasilkan tsunami di Rusia dan juga sampai di kepulauan Hawaii. Tsunami ini tidak mengorbankan nyawa, hanya kemusnahan harta benda di laporkan berlaku.


19 Mac 1957- Alaska, gempa bumi berukuran 8.6 skala Richter telah mengegarkan Pulau Andreanof. Gunung Vsevidof di Pulau Umnak telah meletus selepas terpendam selama 200 tahun, kesan daripada gegaran tersebut telah menyebabkan tsunami setinggi 15 meter berlaku.


22 Mei 1960- Gempa bumi yang paling besar pernah di rekodkan yang berukuran 9.5 skala Richter di selatan perairan Chile. Akibat daripada gempa bumi tersebut mengakibatkan berlakunya tsunami yang melanda di pantai selatan tengah Chile, Selatan Amerika, Santiago dan Concepcion. Banyak kerosakan dan kemusnahan telah di laporkan berlaku, dianggarkan 2 juta kehilangan harta benda . Tsunami yang melanda telah mengakibatkan kerosakan sepanjang pantai Chile dan di anggarkan seramai 5 000 orang telah mati. Ombak-ombak tsunami yang melanda itu telah merebak bukan sahaja di Chile tetapi juga sepanjang lautan pasifik selepas 15 jam berlakunya gempa bumi itu. Ombak tsunami setinggi 30 kaki turut melanda Hilo, Pulau Hawaii yang mengorbankan 61 nyawa . Manakala di Jepun ombak tsunami setinggi 10 kaki melanda di sepanjang pantai Jepun, di mana mengakibatkan 200 kematian. Ombak-ombak tsunami juga menyebabkan kerosakan di Marquesas, Samoa dan New Zealand.


28 mac 1964- Pada ketika itu Amerika Syarikat telah mengalami gempa bumi yang dasyat berdekatan Fjird Kolej di Prince William Sound Alaska yang berukuran 9.2 skala Richter. kemudiannya tsunami tersebut bergerak ke selatan sepanjang pantai barat yang memberi ke san di kawasan British Columbia, kanada. Pantai utama dan Pulau Vancouver telah terjejas di mana rumah-rumah kelihatan telah di hanyutkan keluar ke laut. Kesan kemusnahan juga dapat di rasakan di bandar Crescent, Califonia di mana 11 orang telah kehilangan nyawa mereka.


4 Februari 1965- Satu gempa bumi pada ukuran 8.7 skala Richter telah di Alaska . Gempa bumi ini menghasilkan tsunami setinggi 10.7 meter di Pulau Shemya, Alaska.


16 ogos 1976- Gempa bumi berukuran kira-kira 7.6 skala Richter telah berlaku pada waktu tengah malam yang mengegarkan Teluk Moro beberapa batu jaraknya dari pantai kepulauan Filipina di Midanoo. Tsunami yang besar itu telah melanda kira 700 km persisir pantai bersempadan Teluk Moro di Utara Laut Celebes, akibatnya menyebabkan kemusnahan dan kematian penduduk di kawasan pantai kepulauan sulu dan selatan Midanoa, termasuklah Bandar Zamboanga dan Bandar Pagadian.


17 Julai 1998- Gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter telah terjadi kira-kira 15 batu dari pantai Utara Papua New Guinea,satu pulau yang terletak di pantai Pasifik Selatan-barat iaitu sebelah selatan Indonesia dan Utara negara Australia. Susulan daripada gempa bumi,ombak tsunami setinggi 12 meter melanda pantai Papua New Guinea dalam masa 10 minit yang memusnahkan kawasan perkampungan Arop dan warapu.


26 Disember 2004- Gempa bumi yang menghasilkan tsunami yang banyak mengorbankan nyawa sekali lagi berlaku. Tsunami ini berlaku akibat daripada gempa bumi yang berukuran 9.0 skala Richter telah terjadi di bawah lautan Hindi berhampiran dengan Sumatera , Indonesia. Tsunami yang melanda ini telah mengakibatkan kematian lebih kurang 226 000 orang di dalam 12 buah negara (Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Maldives, Myammar, Bangladesh, Kepulauan Andaman Nicobar, Maldives, Seychelles, Somalia, Tanzania dan Kenya). Negara yang paling teruk di musnahkan ialah Indonesia yang mana paling terdekat dengan tempat utama kejadian. Indonesia telah kehilangan lebih 100 000 nyawa dengan hampir keseluruhannya adalah kawasan Aceh.


28 Mac 2005-Gegaran pada ukuran 8.7 skala richter telah berlaku di Sumatera.kebanyakan yang terkorban adalah penduduk yang tinggal di Pulau Nias,barat Sumatera.


2006- Gempa bumi yang menyebabkan tsunami di Selatan Pulau Jawa, Indonesia dengan ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa di kawasan itu.


27 Februari 2010- Tsunami telah melanda Chile hasil daripada gegaran berukuran 8.8 skala Richter yang menyebabkan lebih kurang 500 nyawa terbunuh dan kerugian harta benda di anggarkan sebanyak RM 91.21 bilion.


2010- Akibat daripada letusan Gunung Merapi, Kepulauan Mentawai menyebabkan tsunami sekali lagi terjadi di Indonesia. Tsunami yang melanda ini mengakibatkan seramai 446 nyawa di laporkan mati.


11 Mac 2011- Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala Richter dengan kedalaman 24 km dari Sendai telah melanda Jepun yang menyebabkan ramai yang terkorban dan kemusnahan harta benda yang cukup banyak. Gempa bumi itu menghasilkan tsunami setinggi 10 meter dan paras air laut naik di Kepulauan Pasifik.


Bagaimana Tsunami Terjadi[sunting | sunting sumber]

Bencana alam tsunami biasanya dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung di antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan mengakibatkan perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan lautan, dan menghasilkan ombak tsunami yang besar.

Di Mana Tsunami Terjadi Dan Bagaimana Tsunami Terhasil[sunting | sunting sumber]

Tsunami boleh terbentuk di mana-mana sahaja didunia ini samaada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samaada kecil atau besar. Kebanyakkan tsunami tercetus di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan di kelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang di kenali sebagai lingkaran berapi di mana kebanyakan gempa bumi terjadi di situ.

Pergerakkan permukaan air dengan gelombang


Kesan Tsunami di Seluruh Dunia[sunting | sunting sumber]

1)Air laut telah melimpahi sehingga membanjiri jalan di Pantai batu Burok, Kuala Terengganu selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun.


2)Lebih 50 buah negara mengeluarkan amaran Tsunami sebagai langkah berjaga-jaga.


3)Pihak berkuasa Rusia melaporkan lebih 11,000 di pindahkan dari kawasan persisiran pantai.


4)Penerbangan dari negara luar Jepun ke Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo Jepun terjejas berikutan gempa bumi kuat yang melanda perairan timur laut Jepun.


5)Seorang di laporkan terbunuh di California dan banyak bot di pelabuhan mengalami kerosakan di Amerika selepas tsunami. Mangsa yang berumur 25 tahun itu di laporkan terbunuh di bawa arus tsunami dalam cubaannya untuk merakamkan kejadian yang tiba di pantai California.


6)Tsunami melanda kepulauan Hawai pada jam 3.07 a.m pada hari Jumaat,kurang 8 jam selepas tsunami di Jepun.


7)Kesan yang merbahaya daripada loji nuklear Fukushima Daiichi 1 yang meletup dan terbakar di khuatiri menyebabkan radiasi ke kawasan sekitar,negara-negara jiran serta Lautan Pasifik.


8)Malaysia telah menghantar 28 anggota SMART berserta anjing pengesan untuk membantu operasi menyelamat di Jepun.


Impak Tsunami[sunting | sunting sumber]

-Bekalan air tawar yang telah tercemar dengan air laut,membuat penduduk terdedah kepada penyakit.


-Banyak perkampungan nelayan dan armada telah musnah, dan meragut nyawa nelayan mereka di laut.


-Lembap pantai dan sumber kayu dan pulau-pulau yang rendah untuk melindungi penduduk setempat mungkin sukar dan terdedah kepada risiko yang bahaya.


-Gempa bumi lautan India 2004 menjejaskan sebilangan besar negara-negara di Asia Tenggara dan di luar termasuk Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Maldives, Somalia, Myammar, Malaysia dan lain-lain. Contoh, Thailand yang mengalami bencana tsunami telah memberi kesan yang amat buruk kepada haiwan liar dan domestik yang banyak tinggal di dalam kawasan paling teruk bencana itu melanda. Walaupun kiraan mangsa haiwan tidak di ketahui,laporan mengatakan banyak haiwan liar telah di bunuh oleh ombak dan banyak lagi yang kelaparan selepas tsunami.


-Tsunami telah mengorbankan benyak nyawa. Hal ini demikian kerana sebelum tsunami melanda, air laut menyurut beratus-ratus meter jauhnya. Kejadian ini menarik minat penduduk setempat untuk menuruti air yang menyurut dan mengutip ikan-ikan yang terperangkap. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka tu mengundang maut mereka sendiri untuk di baham oleh dinding-dinding air gergasi yang menyusul selepas kejadian air laut menyurut. Contohnya,tsunami Lautan Hindi yang melanda Asia Selatan dan Afrika Timur pada tahun 2004.Gempa bumi ini berukuran 9.0 skala Richter. Bencana ini terjadi berhampiran Pulau Sumatera Indonesia. Ombak tsunami ini ketinggian 15 meter bersama 50 kaki. Ombak tsunami ini telah menghanyutkan ramai manusia dan turut menengelamkan banyak infrastruktur dan yang paling penting bencana ini telah mengorbankan lebih kurang 216,000 nyawa daripada 12 buah negara. Antara 12 negara tersebut ialah Indonesia, Sri lanka, Malaysia,, Myammar dan banyak lagi. Diantara 12 negara itu, Indonesia mencatat jumlah mangsa yang terkorban seramai 100,000 nyawa dan majoritinya daripada Acheh.


-Tsunami memberikan kesan yang sangat membimbangkan bagi sesebuah negara,terutamanya dari segi kestabilan ekonomi.Hal ini demikian kerana negara yang di landa bencana tsunami akan mengalami kesulitan dari segi kewangan kerana negara ini mengalami kemusnahan yang dahsyat dan memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos membaik pulih yang tinggi. Akibatnya negara akan mengalami kesan jangka panjang iaitu sukar untuk maju dan mengalami kesulitan dari segi kemudahan untuk rakyat seperti sumber makanan,tempat tinggal,pendidikan, perubatan dan banyak lagi. Contoh yang terdekat ialah negara Acheh, Indonesia. Walaupun sudah 6 tahun berlalu Acheh masih lagi dalam kemunduran dari segala segi.


Punca Berlakunya Bencana Tsunami[sunting | sunting sumber]

Tanah Runtuh

1)Tanah runtuh -tanah runtuh air atau tanah pantai yang jatuh ke dalam laut boleh menggantikan air yang cukup untuk mewujudkan tsunami. Kadang-kadang runtuh di sebabkan oleh gempa bumi.

Tanah runtuh di Pakistan


2)Letusan gunung berapi atau letupan. -Letupan dasar laut,keruntuhan Kaldera dan aliran pirokklastik secara besar-besaran secara keseleuruhannya boleh menyebabkan anjakan air yang mencukupi untuk menjana tsunami.


3)Impak meteorit. -Meteorit besar mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendarat di lautan dan menyebabkan tsunami yang membentuk kira-kira dua pertiga daripada permukaan bumi di liputi oleh air.