Pengguna:LoveFromBJM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

[[]]{| class="wikitable"

|

WikiProject FilmPengguna ini merupakan ahli WikiProjek Filem.

|}'''''

Cara untuk meletakkan pautan[sunting | sunting sumber]

Tanpa penjelasan: https://instagram.com/instagram/

Dengan penjelasan: instagram instagram

Untuk nota kaki: [1]

Penggunaan tanda baca yang betul[sunting | sunting sumber]

  • Untuk tanda petikan: ' "

Format bahagian "Lihat juga" dan "Topik berkaitan"[sunting | sunting sumber]

Bahagian "Lihat juga" harus diletakkan sebelum bahagian "Pautan luar".

Contoh:[sunting | sunting sumber]

1) Lihak juga: Audrey Hepburn Topik berkaitan: Audrey Hepburn

2)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Topik berkaitan[sunting | sunting sumber]

Format Tarikh[sunting | sunting sumber]

Gunakan format tarikh yang tekal dalam seluruh rencana, kecuali terdapat alasan yang baik untuk membuat penyimpangan.

  • Jangan menggunakan akhiran ordinal:
    • Salah: "14hb Februari"
    • Betul: "14 Februari"
  • Jangan menggunakan koma di antara bulan dan tahun:
    • Salah: "Disember, 1945"
    • Betul: "Disember 1945"

Satu pengecualian yang penting ialah bahawa petikan-petikan teks tertulis harus mengikut gaya yang asal dan harus tidak ditukarkan.

Tarikh kelahiran dan kematian[sunting | sunting sumber]

Contoh:[sunting | sunting sumber]

Charles Darwin (12 Februari 1809–19 April 1882) atau (12 Februari 1809 – 19 April 1882)

  • Salah: (12 Februari 1809 di Shrewsbury, Shropshire, England – 19 April 1882 di Downe, Kent, England)

Lokasi tidak perlu ditulis dalam tarikh lahir dan kematian, sebaliknya harus dimasukkan dalam isi rencana biografi

  • Betul: (12 Februari 1809 – 19 April 1882) ... Beliau dilahirkan di Shrewsbury, Shropshire, England ... Beliau mati di Downe, Kent. 

Format Masa[sunting | sunting sumber]

Penggunaan 12-jam atau 24-jam tergantung kepada konteksnya. 00:00 merujuk kepada tengah malam; 12:00 merujuk kepada tengah hari.

Contoh:[sunting | sunting sumber]

12-jam 24-jam
Cara betul Bukan Cara betul Bukan
2 petang 2 ptg / 2 PTG 14:00 14.00 / 1400
2:34 petang 2.34 ptg / 2.34 PTG 14:34 14.34 / 1434
12:04:38 pagi 12.04 38″ pagi 00:04:38 / 0:04:38 00.04.38
12 tengah hari 12:00 tengah hari 12:00 12:00:00

Zon waktu[sunting | sunting sumber]

Sewaktu menulis tarikh, pertimbangkan dahulu di mana peristiwa itu berlaku dan menggunakan zon waktu di situ. Umpamanya, tarikh untuk Serangan Pearl Harbor ialah 7 Disember 1941 (masa/tarikh Hawaii).

Jika terdapat kesulitan untuk menentukan tempatnya, pertimbangkanlah apa yang penting. Umpamanya, jia terdapat penggodam komputer yang menggodamkan komputer Pentagon, gunakanlah zon waktu untuk Pentagon.

Jika tahu akan waktu dan tarikh UTC (Waktu Semesta Berkoordinat) bagi peristiwa yang ditulis dalam rencana, berikanlah maklumat tersebut dalam rencana dan nyatalah bahawa ia merupakan waktu dan tarikh UTC.

Format Nombor[sunting | sunting sumber]

Peratus[sunting | sunting sumber]

Format untuk kata angka dan peratus harus sepadan. Umpamanya, pasang 7 dengan % dan tujuh dengan peratus.

Julat[sunting | sunting sumber]

Nombor dan tarikh dinyatakan secara julat, umpamanya "4–7" untuk nombor antara 4 dan 7. Lebih baik menuliskannya dalam perkataan (contohnya, "4 sehingga 7" ataupun "empat sehingga tujuh") untuk mengelakkan kekeliruan dengan "empat tolak tujuh".

Format Mata Wang[sunting | sunting sumber]

Penukaran[sunting | sunting sumber]

Penukaran ke jenis mata wang yang lebih dikenali oleh pembaca, seperti euro atau dolar Amerika Syarikat, boleh dibuat. Semua penukaran harus ditulis dalam tanda kurung selepas mata wang yang asal, bersama-sama dengan tahunnya sebagai rujukan yang kasar.

Umpamanya, seribu franc Swiss (lebih kurang AS$763, k.k. 2005), dengan menjadikan nombor bulat. Penukar mata wang boleh didapati dari Penukar FX dalam internet.

Contoh gaya yang disyorkan[sunting | sunting sumber]

NZ$100,000

AU$100,000

US$100 juta

GBP 100,000

2000 Renminbi China

Dua ribu renminbi China

Contoh gaya buruk[sunting | sunting sumber]

$AS200

$190 — menimbulkan kekaburan tentang mana satu dolar yang dimaksudkan, tidak menentukan negara dan sukar dibaca.

100$ — Walaupun ia memang dibaca dengan cara ini, ini bukanlah cara piawai untuk menulisnya. Kekadangnya dolar ditulis dengan cara ini oleh penutur bahasa Perancis di Kanada sewaktu mengarang dalam bahasa Inggeris. Ini juga merupakan gaya untuk menulis eskudo Portugis sebelum euro diperkenalkan.

$200 (AS)

Gaya penulisan untuk rencana jenis biografi[sunting | sunting sumber]

Nama-nama[sunting | sunting sumber]

Sedangkan tajuk rencana harus merupakan nama orang yang sering dikenali, nama penuh orang tersebut harus diberikan dalam perenggan pimpin, jika diketahui. Banyak budaya mempunyai tradisi yang tidak menggunakan nama penuh dalam rujukan harian, tetapi rencana harus bermula dengan versi yang paling dikenali ramai. Umpamanya:

  • (dari rencana Fidel Castro): Fidel Castro Ruz (lahir 13 Ogos, 1926) ...
  • (dari rencana François Mitterrand: François Maurice Adrien Marie Mitterrand (26 Oktober, 1916 – 8 Januari, 1996) ...

Dalam beberapa kes, orang itu telah menukarkan nama pada suatu masa selepas dilahir. Dalam kes-kes tersebut, nama asal harus diberikan juga:

  • (dari rencana Bill Clinton): William Jefferson Clinton (lahir William Jefferson Blythe III pada 19 Ogos,1946) ...

Nama samaran dan nama umum[sunting | sunting sumber]

Bagi orang-orang yang lebih dikenali dengan nama samaran, nama asal mereka lazimnya ditulis dahulu pada permulaan rencana, diikuti rapat oleh nama samaran. Ikutlah amalan ini walaupun rencana tersebut dinamakan dengan nama samaran:

  • Louis Bert Lindley, Jr. (29 Jun, 1929 – 8 Disember, 1983), lebih dikenali dengan nama pentas Slim Pickens...

Sebagai ganti, nama asal boleh ditulis selepas nama samaran seperti berikut:

  • E. B. White (11 Julai, 1899 – 1 Oktober, 1985), dilahirkan Elwyn Brooks White, merupakan pengarang Amerika, penulis esei dan pengaya prosa yang terkenal...

Biasanya, tiada keperluannya untuk menjelaskan mengapa tajuk rencana dan perenggan pimpin mempunyai nama yang berbeza. Untuk nama yang biasa disingkat dalam penggunaan harian, umpamanya "Johnny" sebagai "John":

  • "Johnny Reid "John" Edwards (lahir 10 Jun, 1953) ..."

adalah lebih baik daripada mengatakan:

  • Johnny Edwards dilahirkan dengan nama "Johnny Reid Edwards".

Ini adalah kerana ayat kedua memberi tanggapan bahawa Johnny telah menukarkan namanya.