Pengguna:Mpkk felda bukit rokan utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Isi kandungan

Felda Bukit Rokan Utara
Ditubuhkan: 1969
Diaktifkan: 1972
Pengurus: Azman bin Mat Nawi (Jan 2018 - kini)
Telefon/Faks 06-4511264/06-4511234
Pengerusi MPKK: Haji Baharuddin Arif bin Haji Siri ( 2018 - kini)
Setiausaha MPKK: Mohd Zairi bin Yahya (2018 - kini)
Bil peneroka asal: 521
Bilangan rumah: 514

Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan. Para peneroka FELDA Bukit Rokan Utara berasal dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Negeri Sembilan serta negeri-negeri lain di Malaysia. Majoriti peneroka FELDA Bukit Rokan Utara adalah terdiri daripada orang Melayu.

Pentadbiran FELDA Felda Bukit Rokan Utara adalah terdiri daripada FELDA yang diketuai oleh seorang Pengurus FELDA dan sebuah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dipengerusikan oleh seorang Ketua Kampung

Latar belakang FELDA Bukit Rokan Utara[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Rokan Utara telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. Ia terletak di antara Felda Bukit Rokan di sebelah timur dan Felda Bukit Rokan Barat di sebelah barat. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan 3 daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

Kampung ini terbahagi kepada 3 peringkat yang merangkumi kawasan tanah seluas 2,823.86 hektar, dengan kawasan Peringkat 1 seluas 1,439.59 hektar, Peringkat 2 seluas 972.30 hektar manakala Peringkat 3 seluas 411.97 hektar. Jumlah keluarga yang menetap di kampung ini adalah sebanyak 521 di mana terdapat 221 keluarga di dalam Peringkat 1, 217 keluarga di dalam Peringkat 2 manakala 79 keluarga lagi menetap di Peringkat 3.

Tanaman asal di kampung ini adalah getah. Pada masa ini, setelah penanaman semula dijalankan, tanaman utamanya terdiri daripada getah dan kelapa sawit. Kampung ini telah mempunyai segala kemudahan prasarana dan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan sistem telekomunikasi yang lengkap untuk kemudahan penduduknya.

Segala urusan pentadbiran kampung ini pada awalnya dijalankan oleh FELDA melalui satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) yang dianggotai oleh pihak pengurusan FELDA dan wakil-wakil peneroka.

Pada 14 November 1996, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan Surat Kuasa/Hak Milik tanah kepada 432 orang peneroka yang terdiri daripada 215 orang peneroka Peringkat 1, dan 217 orang peneroka Peringkat 2. Manakala baki selebihnya seramai 79 orang peneroka Peringkat 3 telah menerima Surat Kuasa/Hak Milik mereka pada penghujung tahun 2002. Dengan penyerahan Surat Kuasa/Hak Milik tanah tersebut, segala urusan pentadbiran kampung terletak di bawah sebuah jawatankuasa baru yang diwujudkan dan dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pada tahun 2018 pakatan harapan telah menang pilihan raya yang ke 14.. nama Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). yang di tubuhkan oleh kerajaan terdahulu telah di tukar kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan Kerajaan Negeri Sembilan. Dengan itu, segala urusan kemudahan prasarana dan infrastruktur kampung ini yang sebelumnya terletak di bawah tanggungjawab FELDA telah dipindahkan kepada pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Ringkasan Kawasan Felda Bukit Rokan Utara Mengikut Peringkat

BIL PERKARA PERINGKAT 1 PERINGKAT 2 PERINGKAT 3 JUMLAH
1. Tarikh Mula Pembangunan 27-12-1969 02-10-1971 10-11-1974
2. Keluasan Kawasan Keliling 1,439.59 972.30 411.97 2,823.86
3. Kawasan Perkampungan - - - 134.90
4. Tarikh Mula Diduduki 15-02-1972 27-10-1975 29-10-1980
5. Bilangan Penduduk 219 216 79 514
6. Premis Awam - - - 8.162
7. Kawasan Penanaman 918.90 874.95 322.80 2,116.65
8. Kawasan Penternakan - - - 4.00
9. Lot Kosong 2.00 3.00 2.30 7.30
10. Kawasan Paya / Rendah 396.00 44.30 54.00 494.30
11. Rizab Sungai - 7.00 - 7.00
12. Rizab Jalan JKR 2.10 26.60 24.90 53.60
13. Rizab TNB - 15.91 - 15.91

Nota: Keluasan adalah di dalam hektar.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) FELDA Bukit Rokan Utara telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi menggantikan Jawtankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang diwujudkan oleh kerajaan terdahulu. MPKK dianggotai oleh 15 orang wakil secara lantikan dan berkhidmat selama dua tahun. MPKK berperanan sebagai suatu sistem perwakilan di dalam pentadbiran kampung selaras dengan cogankata "Berkhidmat Untuk Pembangunan dan Kemajuan Kampung".

Melalui sistem perwakilan ini, segala masalah sosial, ekonomi, dan kebajikan para penduduk kampung ini dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada pentadbiran daerah, dan seterusnya kepada kerajaan negeri. Di samping itu, segala makluma, dasar-dasar kerajaan dan arahan pihak pentadbiran daerah pula akan dapat disampaikan kepada semua pihak terbabit terutamanya penduduk kampung melalui MPKK.

Dengan sistem penyaluran maklumat dua-hala ini, pihak MPKK akan dapat melibatkan diri secara langsung di dalam urusan pentadbiran kampung.

Fungsi MPKK[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

  • Badan perunding penduduk yang berhubung rapat dengan pentadbiran daerah di dalam menyalur, menyelaras dan mengurus hal-ehwal kemajuan dan masalah-masalah sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk.
  • Badan tertinggi yang bertanggungjawab mempertingkatkan kegiatan-kegiatan pembangunan masyarakat kampung, di samping menyelaras program-program anjuran badan-badan yang terdapat di kampung.
  • Sebagai majlis permesyuaratan di peringkat kampung yang bertanggungjawab merancang, melaksana, mengawas, dan menilai kegiatan-kegiatan sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk dan keluarga demi menjamin kualiti kehidupan masyarakat tempatan dan generasi seterusnya yang sempurna.
  • Memupuk dan mengekalkan semangat "Tindak Mesra" di antara penduduk dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, harmoni dan sejahtera.
  • Merancang dan mengkaji bentuk dan jenis latihan yang diperlukan anggota MPKK, sebagai langkah mempertingkatkan prestasi dan mutu pentadbiran MPKK.
  • Menerapkan nilai-nilai pembangunan kebendaan dan kerohanian di kalangan penduduk dan keluarga di samping mengamal serta melaksanakan kegiatan-kegiatan pembangunan yang berteraskan konsep pembentukan masyarakat.
  • Mengendali dan menguruskan pentadbiran sosio-ekonomi, kebajikan, kemasyarakatan dan kebersihan persekitaran perkampungan.
  • Mengawalselia perbelanjaan biro-biro yang diwujudkan.

Pengurusan 2018 Hingga Kini[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, FELDA Bukit Rokan Utara ini ditadbir oleh Encik Azman bin Mat Nawi sebagai Pengurus FELDA.Beliau dibantu oleh 3 orang penyelia Felda iaitu En Jai'zudin Bin Ahmad, en Akmal bin Ghazali dan en.Ferdaus Ahmad Sah Bin Teridi serta seorang kerani, seorang SDA(W) dan seorang pemandu. Segala masalah berkaitan hal ehwal FELDA akan dirujuk ke FELDA Wilayah Raja Alias. Manakala pentadbiran hal ehwal kampung adalah diuruskan oleh MPKK melalui Ketua Kampung, Encik Haji Baharuddin Arif bin Haji Siri yang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Sekolah[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber][sunting | sunting sumber]

Tampin

Ibu Daerah Tampin
Bandar/Pekan Air Kuning SelatanGemasGemenchehRepah
Kampung Gemencheh LamaKampung Ayer GelugorKampung Ayer HatiKampung Bangka HuluKampung Baru GedokKampung Baru Paya LebarKampung Baru, Pekan Air Kuning(S)Kampung Batang RokanKampung BentanKampung GedokKampung GemenchehKampung JalorKampung KeruKampung Kurnia DirajaKampung Kuala GemasKampung LadangKampung LondahKampung MantaiKampung Parit BulohKampung Pasir BesarKampung Paya LebarKampung PulauKampung PunggorKampung Sri GemasKampung Sungai DuaKampung Tenai • Kampung Tengah • Kampung TiongKampung UluKampung Ulu LadangKampung Tanjung MelintangKampung Ulu Rokan
Felda Felda Bukit JalorFelda Bukit RokanFelda Bukit Rokan Barat • Felda Bukit Rokan Utara • Felda Jelai 01Felda Jelai 02Felda Jelai 03Felda Jelai 04Felda Pasir Besar
Bandar Baru Tampin Tengah
Gunung Gunung Tampin
Sungai Sungai GemasSungai GemenchehSungai Muar
Hospital Hospital Tampin

Kategori: