Pengguna:Pres14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ulu Relau[sunting | sunting sumber]

Ulu Relau adalah kampung yang terletak di dalam Mukim Relau[1] daerah Bandar Baharu,Kedah. Pelbagai sejarah dan keunikan kampung ini. Antaranya penduduk yang peramah, kreativiti, hasil kraftangan yang sangat menarik. Diikuti dengan daya ekonomi seperti Penternakan, Pertanian, Pemprosesan makanan, minuman, Sos, Tepung, Katering, dan sebagainya. Dalam bidang penternakan yang popular adalah Ternakan Rusa secara kandang yang diusahakan oleh Encik Abu Bakar bin Ramli (Pesara Kerajaan). Dalam bidang katering pula diusahakan oleh Encik Gadi (Juara Jaguh Kampung Musim ke2), Pemprosesan Makanan / Kilang diusahankan oleh Hj. Ad, pengeluar jenama Tepung Relau.

Justeru itu Ulu Relau dapat membangun bersama anak-anak kampung dengan nilai akademik, Ulu Relau juga berjaya melahirkan insan insan yang cemerlang untuk memacu masa depan Kampung dan Negara, Antaranya Guru, Pegawai, Arkitek, Pakar IT, Designer, Engineer, Teknikal, Pensyarah, dan Doktor Pakar. Dengan itu hasrat kami ingin mengekalkan nama ULU RELAU ini sebagai nama matlamat.

Ulu Relau juga akan dibangunkan mengikut peredaran zaman, tetapi masih mengekalkan keunikan kampung. Akan merancang susunan landskap, rekabentuk, dan pemukaan Kampung Ulu Relau. Kami ini menjadi no.1 Kampung berteknologi dengan gaya landskap mesra alam di Mukim Relau Bandar Baharu, Kedah.

  1. ^ Relau