Pengguna:Putera Luqman Tunku Andre/Laman Percubaan1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malingsia[sunting | sunting sumber]

Penggunaan istilah Malingsia daripada orang Indonesia pada berita.
Fail:Malingsia.jpg
Logo Malingsia yang banyak digunakan di Web Indonesia dan tidak dilarang penggunaannya oleh Republik Indonesia.

Malingsia merupakan satu istilah daripada orang Indonesia bagi panggilan orang Malaysia. Maling, dalam bahasa Indonesia bermaksud "pencuri". Istilah ini merupakan istilah yang digunakan untuk merujukan Malaysia sebagai "negara Maling" atau "negara pencuri" dengan menukar "Malay" menjadi "Maling". Orang Indonesia menganggap Malaysia telah mencuri banyak budaya mereka, contohnya tuntutan atas angklung, lagu rasa sayang-sayange, dan Reog.[1][2][3][4] Istilah ini semakin meluas di kalangan masyarakat Indonesia malah terdapat 125.000 pencarian di Google pada tanggal 3 Disember 2007[5]. Terdapat huru-hara yang beredar dengan tulisan "Visit Malingsia 2007", "Truly Maling Asia" dan dijual di antara masyarakat Indonesia.[6][7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Malaysia dan Indonesia bersama-sama menuntut blok laut Ambalat, Sipadan, dan Ligitan sebagai wilayah masing-masing dan membawa usul ini kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Akhirnya, Malaysia memenangi kes ini dengan disokong oleh 16 orang hakim, dengan hanya seorang hakim yang berpihak kepada Indonesia. Pada tahun 2007, isu Ambalat kembali muncul.[8] Melalui kekalutan ini, istilah "Malingsia" mulai muncul.

Donald Luther Colopita, pengadil karate Indonesia, dipukul di Malaysia kerana melawan polis ketika cuba ditahan. Isteri Atase Pendidikan Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia, Muslinah Nurdin, yang sedang berbelanja di sebuah kompleks membeli-belah ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri apabila diminta berbuat demikian.[9] Setelah isu ini, Malaysia dituduh menggunakan lagu Rasa Sayang sebagai irama pengiklanan, serta menonjolkan beberapa budaya dan makanan seperti Rendang, Wayang Kulit, Hombo Batu, Kuda Lumping, Tari Pendet, Tari Folaya, Reog, dan angklung sebagai budaya Malaysia[10], sedangkan semua ini dianggap oleh orang Indonesia sebagai milik mereka sendiri.[11] Akibat inilah, istilah "Malingsia" digunakan oleh sesetengah orang Indonesia yang menganggap Malaysia sebagai "pencuri". Akhbar Malaysia sendiri tidak membuat apa-apa ulasan mengenai perkara ini.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Kemeja T dengan logo Malingsia yang popular di kalangan anak muda Indonesia.

Banyak pengguna dunia maya/internet yang menggunakan istilah ini, terutama di forum-forum seperti Kaskus. Istilah ini makin meluas di kalangan anak muda Indonesia, terutama dengan penjualan kemeja "Visit Malingsia 2007 - Trully Maling Asia.[6]

Istilah Malingsia pernah digunakan dalam akhbar Indopos[12], dan Pemerintah kota Tarakan[13]. Malah BBC Indonesia [14] turut menyingungnya sebagai nama fail laman, walaupun tidak menyebut secara lansung dalam rencana mereka.

Pihak pemerintah Indonesia tidak membuat kenyataan menyokong pengunaan perkataan ini, tetapi tidak juga melarang penggunaannya atas alasan kebebasan akhbar. Bahkan Wakil Ketua Komisi I DPR Sidharto Danusbroto (F-PDIP) dan anggota Komisi I dari Fraksi Partai Golkar Hajriyanto Y Thohari turut meminta Konsep Serumpun Indonesia-Malaysia dikaji semula.[15] Sikap tidak tegas kerajaan Indonesia ini menampakkan seolah-olah kerajaan Indonesia tidak peka dengan jirannya yang banyak memberikan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Malah ini juga memperlihatkan betapa kerajaan Indonesia gagal untuk mendidik akhlak rakyatnya menghormati jiran tetangga.

Istilah Malingsia turut dilaporkan dalam Berita Jepun[16], Berita Australia[17], dan Berita Amerika Syarikat[18].

Istilah alternatif[sunting | sunting sumber]

Selain Malingsia, terdapat beberapa istilah lainnya yang digunakan, seperti Malingsial, Malasya, Maling Asia, dan Malon.[19] Istilah Malingsial merujukan Malaysia sebagai "Maling Sialan". Istilah Malasya merujukan Malaysia sebagai rakyat malas. Istilah Maling Asia juga merujukan Malaysia sebagai maling, sedangkan Malon dipopulerkan oleh News dot com, acara parodi politik yang disiarkan di stesen televisi Indonesia. Penggunaan berbagai gelaran ini memperlihatkan sikap kebudak-budakan rakyat Indonesia yang masih tidak berubah sejak operasi 'ganyang Malaysia' dilancarkan sekitar tahun 1963, iaitu apabila Malaysia ditubuhkan. Jika dilihat hari ini, meskipun orang Indonesia menggelar rakyat Malaysia dengan pelbagai gelaran, namun akhirnya rakyat Indonesia yang dikatakan rajin dan berani itu terpaksa datang mencari rezeki di Malaysia. Adalah amat menyedihkan apabila gadis-gadis dan wanita-wanita Indonesia terpaksa bekerja sebagai orang gajian di rumah orang-orang Cina di Malaysia. Sering terjadi kes mereka disekat daripada menunaikan ibadat solat, dikurung ketika 'tuan' mereka keluar rumah, bekerja seperti hamba abdi, menyiang dan memasak daging babi, mencuci najis tuan mereka dan banyak lagi tugas-tugas yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam di rumah orang bukan Islam. Mungkin itulah sebabnya ramai rakyat Indonesia merasa tidak puas hati dengan rakyat Malaysia lalu memberi gelaran yang bukan-bukan bagi melepaskan tekanan perasaan menjadi amah di rumah orang.

Rujukan (Kedudukan pada Dis 2007)[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TEMPO Interaktif
  2. ^ Metrotvnews.com, Jakarta.
  3. ^ Jakarta, GhaboNews.
  4. ^ Komen pedas forum Indonesia.
  5. ^ "Pencarian kata Malingsia di google" (dalam bahasa bahasa Indonesia). Google. 1999. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b "Kaos Visit Malingsia - Truly Maling Asia -" (dalam bahasa bahasa Indonesia). Kaskus. 2007. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Indonesians picket Malaysia embassy in dance row" (dalam bahasa bahasa Inggeris). The Strait Times. 2007. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "TNI AL Siap Tambah Pasukan ke Ambalat" (dalam bahasa bahasa Indonesia). Kompas. 2007. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Djony Edward (2007). "Malingsia". Bisnis Indonesia. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  10. ^ Iklan Tolak Angin mengenai budaya Indonesia yang diklaim
  11. ^ "Situs Resmi Kementrian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, www.heritage.gov.my". Kementrian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. 2007. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  12. ^ INDO.POS Online
  13. ^ Situs Resmi Pemerintah Kota Tarakan
  14. ^ laman WEB BBC Indonesia.com
  15. ^ Konsep Serumpun Indonesia-Malaysia Mesti Ditinjau Ulang
  16. ^ Berita Jepun bahas istilah Malingsia
  17. ^ Berita Australia bahas istilah Malingsia
  18. ^ Berita Amerika bahas istilah Malingsia
  19. ^ Pemilihan istilah terbaik untuk Malaysia di malingsia.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Indon[sunting | sunting sumber]

Indon merupakan satu istilah ringkasan bagi panggilan orang Indonesia, sama seperti Brit kepada Briton / British. Perkataan ini digunakan secara meluas termasuk beberapa negara lain seperti Australia [1][2], Filipina [3], Malaysia dan Singapura. Sesetengah media Indonesia sendiri turut menggunakan perkataan tersebut. [4]

Bagaimanapun sekitar 2006, timbul bantahan oleh kerajaan dan rakyat Indonesia mengenai penggunaan perkataan Indon yang dianggap menghina. Isu tersebut turut dibincang pada peringkat kerajaan Indonesia.

Sehubung dengan perkara tersebut, kesemua media massa Malaysia telah mengelakkan penggunaan perkataan tersebut dalam laporan mereka sebagai menghormati permintaan kerajaan Indonesia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Politik Wang di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Politik wang (Bahasa Inggeris: Money politics) telah lama wujud di Malaysia, terutamanya dalam parti terbesar Malaysia UMNO. Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, wang RM200 dimasukkan ke dalam sampul surat kepada wakil UMNO yang mengundi di pilihan UMNO beserta suatu kertas yang meminta wakil mengundi calon-calon yang disenaraikan. Menurut Mahathir, nombor tersebut adalah 2,3,4,7,8,11,14. Namun, keputusan adalah tepat seperti yang dijangkakan kecuali nombor 14 digantikan oleh nombor 10 (Mukhriz Mahathir, anak kepada Mahathir Mohamad). Mahathir mengkritik bahawa maruah orang Melayu hanya bernilai RM200. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]