Pengguna:RozziPanji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama sebenar Ossi@Ozzi@Rozzi Panji ialah Wan Roszi Bin Wan Abdul Razak. Dilahirkan di Kandang Kerbau Hospital dan dibesarkan di Singapura pada tahun 1970.09.30. Anak bongsu dari enam adik beradik. Berpendidikan Diploma KPP (Komputer, Pengurusan dan Perakaunan) di Binary Business School yang dulunya terletak di Lebuh Ampang, Kuala.Lumpur.

Pada tahun 1960, Ibu Bapanya yg berasal dari Dungun, Terengganu berhijrah ke Singapura dan menetap di Jalan Kachang, Paya Lebar Road (skg kawasan perindustrian). Waktu di kampung ini, terdapat sebuah band dari jiran2 beliau. Beliau pada waktu anak2 sering melihat band ini membuat latihan dengan penuh minat dengan ketukan drum.

Beliau bersekolah di Telok Kurau Primary School pada tahun 1977, Darjah 1 dan satu kelas bersama Sabran Masron iaitu anak lelaki Masron penyanyi dan peniup trumpet Pemuzik Black Dog Bone.

Pada tahun 1978, keluarga beliau terpaksa berpindah ke Flat Kempas Road, Jalan Besar oleh kerana kawasan Jalan Kachang akan dibangunkan fasiliti perindustrian berat.

Di Flat Kempas Road atau dikenali dengan panggilan Mengkaka, beliau sambung bersekolah di Beatty Primary School, Beatty Road pada usia 8 tahun di darjah 2 sehingga darjah 6.

Pada umur 8-12 tahun, beliau aktif bermain muzik di sekolah. Beliau juga aktif bermain bola sepak dengan team Kallang Kids di Singapura dan antara team budak sekolah yang digeruni pasukan lawan pada masa itu.

Pada hujung tahun 1983, pada usia 13 tahun, bapanya menghantar beliau balik ke kampung Dungun, Terengganu bersama dengan ibunya dan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 2 Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun.

Di sekolah ini, beliau aktif dengan kelab komputer, pengakap dan juga beliau teruskan dengan bakat seninya. Antaranya dengan menganggotai pancaragam sekolah dan belajar nota muzik gitar klasikal di rumah seorang guru muzik sekolah berkenaan.

Beliau juga terlibat berlakon dalam Drama Bahasa Inggeris peringkat negeri dan dinobatkan sebagai Juara.

Juga menjuarai peringkat negeri dan mewakili sekolah bagi Terengganu untuk pertandingan Drama Sekolah-Sekolah anjuran TV3 Peringkat Kebangsaan berlangsung di Auditorium DBKL dan sekolah beliau dinobatkan sebagai Juara berturut2 selama tiga tahun pada 1987 1988 dan 1989.. Antara tajuk drama itu adalah Duniamu Duniaku.

Pada waktu itu juga pada tahun 1988 di Dungun, beliau aktif bermain drum dengan menubuhkan kumpulan Susila yang dianggotai juga oleh Zam Kedo-Vokalis, Hasnan-Gitar(Allahyarham), Bob-Gitar, Sedi Kutu-Bass. Beliau dan rakan2 aktif jamming bersama di studio2 dungun dan juga studio2 di Terengganu.

Pada tahun 1988-1989, Bakat bermain drum dan gitar telah dikesan oleh Zack Alamanda(Allahyarham) dan beliau mempelawa untuk bermain drum di Badan Kebudayaan Jabatan Penerangan Daerah Dungun (MAHKOTA) diterajui oleh Encik Aziz dan membuat persembahan di serata daerah di Terengganu.

Pada akhir tahun 1989, beliau bersama anggota Susila berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sebagai artis rakaman. Tibanya di Kuala Lumpur, mereka bekerja di Aerofoam Industry, Batu Caves sebagai Machine Operator bahagian Spring Tilam dan menetap di rumah mak angkat di rumah Taman Koperasi Polis Fasa 1 sebelum menetap di rumah sewa di kawasan itu juga. Di tempat kerja ini, beliau bertemu dengan Alim gitaris kumpulan Fantasia. Di waktu cuti, mereka berdua pergi berjumpa rakan-rakan Musician Rockapak di Kompleks Wilayah dengan menaiki bas mini dan bas SJ. Beliau juga jammin bersama rakan2 rockapak di b dalam Kompleks Wilayah seperti studio Down Beat, Wasiat Studio, Studio Rally Snooker Club.

Susila telah merakamkan demo. Mereka mencuba nasib dengan pemilik Hatty Production yang bertapak di Batu Caves. Di situ juga didiami oleh ahli kumpulan Angel Hearts dari Ipoh.

Malangnya, setelah interview, mereka tidak dipanggil untuk proses rakaman, sebaliknya mereka telah menggunakan nama grup Susila untuk artis berkumpulan di bawah naungannya yang telah selesai proses rakaman.

Semua rakan-rakanya sudah tidak bersemangat lagi meneruskan niat sebagai artis rakaman serta menjalankan kehidupan di bandar yang mencabar ini, lalu mereka semua balik kampung Dungun. Tinggal beliau seorang dan bekerja pula di Federal Packaging & Printing Sdn Bhd di Batu Caves.

Di masa beliau keseorangan, beliau sentiasa pergi berjumpa rakan2 di Dorai Kompleks Wilayah. Akhirnya Dan Roses mengajak beliau untuk menyertainya sebagai drummer. Proses Rakaman sedang berlangsung di Form Studio (skg nama audioplex), Singapura dan diterbitkan oleh saudara Afzainizam. Album berada di pasaran pada tahun 1991 yang dianggotai juga oleh Lin@Sarip-Vokal, Dan-Gitar, Aza-bass.

Oleh Kerana jualan album Roses yang agak perlahan, mereka mangambil keputusan untuk berpecah. Dan beliau kembali ke Dungun.

Waktu di kampung pada tahun 1992, beliau membantu bisnes keluarga Kedai Pemborong Atikah. Di waktu itu juga beliau meneruskan aktiviti muzik bersama dengan Cikgu Muzik SK Pulau Serai Dungun iaitu saudara Azam Dungun. Mereka menubuhkan projek album kumpulan Panji dengan berkonsepkan Etnik Rock.

Panji dianggotai juga oleh Opie-Vokal, Norman-Gitar, Murad-Gitar, Deng-Bass, dan Anuar-Percussions. Panji Membuat latihan di Studio Rojid, Jalan Baru, Dungun di mana Norman tinggal di situ sambil menguruskan studio itu.

Panji menerima banyak undangan show di daerah Dungun antaranya di Tanjung Jara Beach Resort, Dungun.

Pada tahun 1993, anggota Panji melaksanakan audition di Fantasy Studio Recording yang terletak di Taman Maluri, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. Panji menyempurnakan audition bersama satu lagi grup dari Terengganu iaitu Kumpulan Visa. Penilai audition adalah Eric Cheah 2nd boss Sony Music.

Pihak Sony Music Entertainment memilih Panji kerana di atas kelainan konsep muzik (etnik rock) dan Happy Records memilih Kumpulan Visa. Beliau dan rakan2 menumpang di rumah abang beliau di Metrovilla Apt. Taman Cahaya Ampang. Mereka berjiran dengan rumah2 artis dan PRO syarikat rakaman seperti Jamil EMI, Leina Hangat, Su Sony Music, Sham Jitu, Johan Raja Lawak, Mel Wings, Terra Rossa, Angel Hearts, Nasir Ahmad Nawab dan lain2 lagi.

Proses Rakaman bermula pada awal tahun 1994 di Fantasy studio dan King's Studio, PJ. Rakaman alat2 tradisional dimainkan sendiri oleh beliau. Album berada di pasaran pada pertengahan tahun 1994 bertajuk Senang di bawah label Sony Music Entertainment yang terletak di Ampang Utama. Di situ juga terletaknya studio Wah Idris dan studio bungalow milik Ella Production.

Pada tahun 1995-1999. Beliau terpaksa meninggalkan kumpulan Panji untuk mencari pengalaman muzik di kelab2 malam, hotel lounge dan backup band di seluruh Malaysia.

Antara band kelab yang beliau anggotai ialah Superfriend, Rhythm Base, I.B.S (Innocent By Standers). Kelab2 yang beliau telah perform, antaranya Hipe Club-Damansara Utama, The Ship Damansara, Ranch Pub-Melaka, Happy Lounge-Melaka, Scorpion Discotheque-Sibu Sarawak, Casablanca-Miri Sarawak, Jupiter Discotheque-Kuching Sarawak, Rock Pub-Koh Samui Thailand, Fire Discotheque-Singapore, No Black Tie-KL, Hard Rock Cafe- KL...

Pada tahun 1997, Norman menghubungi beliau supaya kembali bersama Panji untuk proses album kedua di bawah terbitan Awang BPR edaran BMG. Kali ini, Norman sebagai Vokalis menggantikan Opie. Lagu Sayap Terluka antara yang agak hit pada masa itu.

Selepas itu beliau kembali bermain kelab malam dan backup band antara tahun 1997-1999.

Pada tahun 1998-2004, beliau menyertai Spring Entertainment, Live One Production dan Amy Mastura Entertainment. Beliau bekerja sebagai Music Arranger dan Ketua Pemuzik untuk persembahan konsert dan event show. Antaranya beliau pernah perform di Konsert Le Tour De Langkawi 2000 di Dataran Merdeka untuk backup Amy Search, Erra Fazira dan artis2 ternama tanah air.

Pada Tahun 1998 dan 2004, beliau bersama kumpulan Spring menggantikan drummernya dalan tempoh setahun.

Tahun 2002, beliau bekerja di Pentarama JAPEN sebagai ahli muzik kontrak dan lantikan tetap pada tahun 2014 sebagai ahli muzik dan music composer/arranger sehingga sekarang.

  • Beliau adalah seorang drummer versatile dan low profile. Boleh membaca nota muzik dan boleh bermain semua genre lagu.
  • Sessionist Recording untuk artis: Tania, Nadia-Album Nadia, Mel Wings- Album Dunia Baru dan beberapa lagi artis ternama.