Penghantaran makanan
Penghantaran makanan runcit ialah perkhidmatan kurier iaitu apabila restoran, kedai, atau syarikat pengiriman makanan bebas menghantar makanan kepada pelanggan. Pesanan atau tempahan biasanya dibuat sama ada melalui restoran atau laman web runcit atau aplikasi mudah alih, atau melalui syarikat pesanan makanan. Barang yang dihantar boleh merangkumi makanan pembuka, makanan sampingan, minuman, pencuci mulut, atau barang runcit dan biasanya dihantar dalam kotak atau beg. Penghantar biasanya akan memandu kereta, tetapi di bandar-bandar besar yang mempunyai kediaman dan restoran berdekatan, mereka mungkin menggunakan basikal atau skuter bermotor. Baru-baru ini, penggunaan kenderaan autonomi oleh syarikat seperti Starship Technologies, yang kini tersedia di Amerika Syarikat dan UK untuk menyelesaikan penghantaran.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan penghantaran makanan pertama ialah untuk naengmyeon (mi sejuk) di Korea, dicatatkan pada 1768. Haejang-guk juga dihantar untuk yangban pada 1800-an. Iklan untuk penghantaran makanan dan katering juga muncul dalam akhbar pada 1906.[1][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "배달음식 1호, 1768년 7월 냉면". Seouland.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 13 November 2017.
- ^ "여름철 대표 먹거리 '냉면' 언제부터 인기 있었을까?". Kids.hankooki.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 13 November 2017.