Penghidrogenan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghidrogenan atau hidrogenasi ialah tindak balas kimia antara molekul hidrogen (H2) dan satu lagi sebatian atau unsur, biasanya dengan kehadiran pemangkin seperti nikel, paladium atau platinum. Proses ini dilakukan untuk mengurangkan atau menepukan sebatian organik, biasanya melalui penambahan ikatan pasangan atom hidrogen kepada molekul, terutamanya alkena. Pemangkin diperlukan agar tindak balas boleh berlaku pada suhu yang jauh lebih rendah berbanding tindak balas yang tidak menggunakan bahan sedemikian (yakni, pada suhu yang sangat tinggi). Penghidrogenan mengurangkan ikatan ganda dua dan tiga dalam hidrokarbon [1]

Proses[sunting | sunting sumber]

Kaedah ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu substrat yang tidak tepu, sumber hidrogen dan pemangkin. Tindak balas redoks dilakukan pada suhu dan tekanan yang berbeza bergantung kepada substrat dan aktiviti pemangkin.

Sumber hidrogen[sunting | sunting sumber]

Sumber hidrogen datangnya daripada gas H2 itu sendiri yang biasanya didapati secara komersial dalam bentuk bertekanan tinggi. Proses ini menggunakan H2 bernilai 1 atm daripada silinder penyimpan serta kadangkalanya dibantu pam "booster". Hidrogen bergas dihasilkan secara industrinya daripada hidrokarbon melalui kaedah yang dikenali sebagai pembentukan semula stim (steam reforming).[2] Dalam banyak kegunaan proses, hidrogen dialihkan daripada molekul penderma seperti asid formik, isopropanol dan dihidroantrasena yang masing-masing dinyahhidrogenkan menjadi karbon dioksida, aseton dan antrasena.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hudlický, Miloš (1996). Reductions in Organic Chemistry. Washington, D.C.: Persatuan Kimia Amerika. m/s. 429. ISBN 0-8412-3344-6.
  2. ^ Rylander, Paul N. (2005). "Hydrogenation and Dehydrogenation". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Wiley-VCH. Weinheim. doi:10.1002/14356007.a13_487. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)