Penghukum: Nusantara Assassin
Penampilan
| Penghukum: Nusantara Assassin | |
|---|---|
| Pengarah | Azlan Norani |
| Penulis |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Azlan Norani |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh | Ashwin Gobinath |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM600,000 |
Penghukum: Nusantara Assassin merupakan sebuah filem Aksi Malaysia 2025 arahan Azlan Norani. Filem yang dibintangi oleh Razib Salimin, Yusra Akma, Arwan Umar, Sahronizam Noor, Syazwan Zulkifli, Bell Ngasri dan Azhan Rani. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 20 November 2025.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Seorang lelaki tua bernama Salahuddin kehilangan cucu tunggalnya, Yasmin, selepas diculik dan diperdagangkan. Demi membalas dendam, dia kembali menjadi pemburu upahan di bawah agensi rahsia Pustakalayah untuk menumpaskan sindiket perdagangan manusia dan menuntut keadilan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Razib Salimin sebagai Salahuddin, bekas gengster yang menjalani kehidupan sebagai seorang datuk yang menjaga satu-satunya cucu perempuan beliau
- Yusra Akma sebagai Yasmin, cucu kepada Salahuddin
- Arwan Umar sebagai Inspektor Qhaliq, pegawai polis yang menyiasat sindiket menculik & mencuri organ dalaman manusia
- Sahronizam Noor sebagai Balaam, ketua sindiket menculik dan mencuri organ dalaman manusia.
- Syazwan Zulkifli sebagai Zahin, adik kepada Baalam yang bertindak kejam terhadap siapa sahaja yang diculiknya
- Bell Ngasri sebagai
- Azhan Rani sebagai