Penghulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghulu (disebut [pĕng.hu.lu], Jawi: ڤڠهولو) ialah gelaran yang penting dalam masyarakat-masyarakat Minangkabau (melalui sebutan pangulu) dan Melayu; penggelaran ini ada perkaitan dengan kuasa yang diberikan di mana ia berkedudukan setara dengan raja atau juga dengan datuk pada suatu ketika dahulu.

Gelaran ini datang daripada istilah Melayu kuno paˆhulu[1] yang sendirinya pengimbuhan kata lama hulu yang bermaksud "kepala".[2][3]

Dalam masyarakat Minangkabau[sunting | sunting sumber]

Seorang datuk baharu dilantik diiringi orang kampung menuju acara Batagak Datuak (atau Batagak Penghulu) di Sumatera Barat.

Pada awalnya sebutan penghulu, digunakan dalam susunan struktur pemerintahan nagari di wilayah Minangkabau, di mana seorang penghulu juga merupakan pemangku adat dan bergelar Datuak, selanjutnya dalam susunan sebuah nagari terdapat struktur kekuasaan, yang dimulai dari:[4]

  • Panghulu,
  • Malin atau kadangkala disebut juga dengan imam - bertugas dalam urusan agama di dalam suatu suku, dan bertanggung jawab dalam permasalahan adat yang terkait dengan agama Islam
  • Manti - berhubungan dengan fungsi adat, antaranya menangani keluhan-keluhan atas pelanggaran adat, bertindak dalam urusan pengadilan serta menjadi jurutulis
  • Dubalang (hulubalang) - berfungsi sama dengan fungsi polis, bertugas menangani masalah-masalah keselamatan (atau "keamanan") atau semacam polis penghulu, dan juga bertugas mengamankan nagari dari serangan luar nagari ataupun konflik dalaman yang terjadi antar kaum-keluarga di dalam satu nagari.[5][6]

Selanjutnya dari struktur tersebut, kemudian disatukan dengan istilah Urang Ampek Jinih (Empat orang dengan fungsi masing-masing).

Setiap suku-suku Minang memiliki struktur penghulu dengan gelar masing-masing. Tinggi rendahnya kedudukan seorang Penghulu dalam adat Minang sangat dipengaruhi oleh kaumnya, dan hal ini sangat memengaruhi status seorang penghulu untuk dapat mengatur dan mengelola sebuah nagari nantinya. Umumnya pada sebuah nagari, suku-suku awal pada nagari tersebut memiliki dominasi atas suku-suku yang datang kemudian. Selain memiliki tanah atau sawah yang luas, para penghulu dari suku-suku awal ini juga ditempatkan pada posisi terhormat dibanding penghulu dari suku-suku yang datang kemudian.

Jabatan penghulu dalam sistem matrilineal Minangkabau terdiri dari tingkatan sebagai berikut[7]:

  • Penghulu suku, penghulu yang menjadi pemimpin suku dan merupakan penghulu andiko (utama), serta disebut juga penghulu pucuk (Koto-Piliang) dan penghulu tuo (Bodi-Caniago).
  • Penghulu payung, penghulu yang menjadi pemimpin warga suku yang telah membelah diri dari kaum sukunya kerana perkembangan jumlah warga suku tersebut.
  • Penghulu indu (turunan), penghulu yang menjadi pemimpin warga suku yang telah membelah diri dari kaum sepayungnya.

Persyaratan penghulu[sunting | sunting sumber]

Sesuai dengan pepatah masyarakat Minangkabau: dari niniak ka mamak, dari mamak ka kamanakan, jabatan penghulu diwariskan sesuai dengan garis matrilineal. Semua lelaki di Minangkabau dapat menjadi penghulu berdasarkan hubungan pertalian kemenakan. Ada empat jenis kemenakan dalam struktur kebudayaan Minangkabau[7]:

  • Kamanakan di bawah daguak, merupakan kemenakan yang ada hubungan pertalian darah.
  • Kamanakan di bawah dado, merupakan kemenakan yang ada hubungan kerana sukunya sama, walaupun penghulunya berbeda.
  • Kamanakan di bawah pusek, merupakan kemenakan yang ada hubungan kerana sukunya sama tetapi nagarinya berbeda.
  • Kamanakan di bawah lutuik, merupakan kemenakan yang sebelumnya berbeda suku dan nagari tetapi telah meminta perlindungan dan menjadi warga suku tersebut.

Mekanisme pengangkatan penghulu[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya Minangkabau pendirian penghulu baru dikenal dengan nama Batagak penghulu (mendirikan penghulu), dengan beberapa macam mekanisme sebagai berikut[7]:

  • Mati batungkek budi, mendirikan penghulu baru kerana penghulu yang lama meninggal dunia.
  • Mambangkik batang tarandam, mendirikan penghulu baru setelah bertahun-tahun tidak dapat dilaksanakan kerana belum adanya biaya yang cukup untuk mengadakan Malewa gala (perjamuaan).
  • Mangambangkan nan talipek, mendirikan penghulu baru kerana sebelumnya tertunda kerana belum adanya kesepakatan dalam kaum tersebut.
  • Manurunkan nan tagantuang, mendirikan penghulu baru kerana calon sebelumnya belum cukup umur.
  • Baju sahalai dibagi duo, mendirikan penghulu baru kerana pembelahan suku akibat perkembangan warganya sehingga diperlukan seorang penghulu lain disamping penghulu yang telah ada.
  • Mangguntiang siba baju, mendirikan penghulu baru kerana terjadinya persengketaan dalam suku tersebut sehingga suku tersebut dibelah dan mempunyai penghulu masing-masing.
  • Gadang mayimpang, mendirikan penghulu baru oleh suatu kaum yang ingin memisahkan diri dari pimpinan penghulu yang telah ada.
  • Bungo bakarang, pemberian status penghulu yang membawa gelaran datuk kepada seseorang oleh kesepakatan para penghulu yang ada di nagari tempat dia tinggal. Gelar ini tidak dapat diwariskan kerana gelar ini semacam pemberian gelar kehormatan kepada yang bersangkutan saja.

Dalam masyarakat Melayu[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Seseorang yang bergelar penghulu merupakan ketua tertinggi di sebuah mukim yang ada beberapa kampung; kampung tersebut diketuai oleh ketua kampung, tok sidang atau tok tempat. Maka, Penghulu bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan dilantik oleh sesebuah kerajaan negeri.

Seseorang penghulu mestilah boleh berkomunikasi dengan penduduk kampung. Beliau mestilah boleh ketengah dan ketepi dalam sesebuah masjid. Oleh itu penghulu mestilah boleh mambaca al-Quran dan tulisan Jawi. Mereka yang terpilih mestilah berasal dari negeri tersebut dan sanggup meredah kampung kerana tidak semua mempunyai jalan raya, telefon dan bekalan elektrik. Dialek tempatan mestilah dipelajari dan kuasai serta dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Pelbagai kemudahan disediakan agar penghulu dapat mentadbir sesebuah mukim dengan jaya. Dia akan mendapatkan maklumat daripada ketua kampung. Dalam mesyuarat dengan Pegawai Daerah, masalah kampung akan disuarakan. Rumah penghulu atau balai penghulu atau kompleks penghulu akan dibina di lokasi yang strategik. Pada zaman British, Rumah penghulu dilengkapi dengan telefon, pejabat, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Ketika itu, penduduk kampung tidak disediakan kemudahan prasarana tersebut.

Antaranya ialah masalah banjir, kebakaran, kemuskinan, jambatan runtuh, pentadbiran masjid dan surau . Seseorang penghulu juga akan dijemput merasmikan sesebuah majlis peringkat kampung. Contohnya merasmikan mesyuarat agung PIBG, majlis Jawatankuasa Keselamatan Kampung, perasmian sukaneka dan lain-lain.

Secara umumnya penghulu mengetahui perkembangan pembangunan dan keperluan sesebuah mukim dan kampung. Mereka akan hadir dalam majlis perkahwinan, kematian, berangkat ke tanah suci dan lain-lain. Penghulu juga mengetahui tanah-tanah yang akan dibangunkan dan dijual.

Rumah penghulu terawal[sunting | sunting sumber]

Difahamkan rumah penghulu terawal terletak di mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, negeri Perak. Walaupun dinamakan 'Bandar' tetapi sebenarnya ia kini adalah sebuah kampung sahaja. 'Bandar' juga terdapat di Jugra, Selangor. Bandar, Jugra adalah pusat pentadbiran negeri Selangor era Sultan Abdul Samad.

Penduduk mukim Bandar mengatakan Bandar akan dijadikan pusat pentadbiran kerana terletak di kuala Sungai Kinta. Bandar juga bersetentang dengan Pulau Indera Sakti, Pangkalan Halban dan Jong Buruk. Bijih timah banyak dilombong di Ipoh, Kampar, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Kampung Gajah dan lain-lain. Bijih timah diangkut dengan sampan dari hulu hingga ke kuala Sungai Kinta, terus ke Teluk Intan dan Selat Melaka. Bijih timah akan dikumpulkan di Pulau Pangkor (zaman Belanda) dan Pulau Pinang (zaman British).

Rumah penghulu ini terletak di tebing sungai Perak dan jalan perhubungan ialah bot untuk ke Teluk Intan dan jalan tanah ke Kampung Gajah. Kerajaan British pda 1880-an telah membina rumah penghulu di sini. Ia dilengkapi dengan telefon. Pondok telefon dibina di beberapa kampung. Tiang telefon dipacak hingga ke pekan Parit, negeri Perak kerana pejabat daerah Perak Tengah terletak di sana. Rumah penghulu ini tidak digunakan lagi sejak 1980-an da tiang-tiang telefon telah dicabut kerana tidak digunakan.

Di Brunei[sunting | sunting sumber]

Seseorang yang bergelar "penghulu" di Brunei mentadbir suatu mukim dalam sesebuah daerah merangkumi beberapa bandar atau kampung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kozok, U., (2004), The Tanjung Tanah code of law: The oldest extant Malay manuscript, Cambridge: St Catharine's College and the University Press.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 692. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ "hulu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Batuah, A. Dt. & Madjoindo, A. Dt., (1959), Tambo Minangkabau dan Adatnya, Jakarta: Balai Pustaka.
  5. ^ Holt, Claire, (2007), Culture and Politics in Indonesia, Modernization in the Minangkabau World by Taufik Abdullah, Jakarta: Equinox Publishing, ISBN 978-979-3780-57-3.
  6. ^ Westenenk, L. C. (1918). De Minangkabausche Nagari. Weltevreden: Visser. m/s. 59. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ a b c Navis, A. A. (1984). Alam Terkembang Jadi Guru. Jakarta: PT.Grafiti Pers. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)