Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Cyprus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cyprus mengiktiraf kesatuan sama jantina sejak 9 Disember 2015 dengan membenarkan pasangan sama jantina. Sebuah rang undang-undang untuk persedudukan sivil telah diluluskan oleh Parlimen Cyprus pada 26 November 2015. Undang-undang tersebut berkuatkuasa pada 9 Disember 2015 selaras dengan penerbitan gazet rasmi negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Laws regarding same-sex partnerships on the island of Cyprus
  Marriage
  Other type of partnership
  Unrecognized

Pada tahun 2010, Setiausaha Tetap Menteri Dalam Negeri Cyprus, Lazaros Savvides, memberitahu bahawa kerajaan akan mula mengkaji isu mengenai hak perkahwinan pasangan sama jenis di negera itu.[1]

Ini diikuti dengan pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Eleni Mavrou pada tahun 2013 bahawa beliau secara rasminya sedang mengusahakan sebuah rang undang-undang untuk cadangan mewujudkan perkongsian hidup sivil, berbanding meluaskan kepada hak untuk perkahwinan pasangan sama jantina.[2] Kerajaan kemudiannya menerima draf rang undang-undang tersebut.[3] Pada bulan Mac tahun yang sama, Presiden Nicos Anastasiades dan kerajaan beliau menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang tersebut.[4] Pada November 2013, Menteri Dalam Negeri, Socratis Hasikos, mengesahkan bahawa rang undang-undang tersebut kekal menjadi salah satu agenda kerajaan, dengan sebuah draf telah disediakan dan dihantar ke kementerian-kementerian yang lain untuk semakan. Hasratnya untuk mengadakan undian di Parlimen pada bulan April 2014,[5] namun, sehingga Jun 2014, rang undang-undang tersebut masih belum dihantar. Menurut Setiausaha Tetap Kementerian, Constantinos Nicolaides, rang undang-undang tersebut sepatutnya telah siap pada bulan April, namun masih dalam perangkaan.[6] Pada Julai 2014, Menteri Dalam Negeri, Socratis Hasikos menjelaskan bahawa rang undang-undang yang dicadangkan memerlukan konsensus dari semua pihak sebelum dimajukan. Beliau telah memberi semua parti sebuah salinan dan meminta mereka untuk mengkaji ia sebelum mesyuarat kedua pada bulan September. Hasikos menekankan bahawa beliau tidak akan mengadakan undian sehingga beliau yakin semua parti akan menyokong.[7]

Pada Mac 2014, Ketua Gereja Ortodok Cyprus, Archbishop Chrysostomos II menyuarakan pandangannya menentang rancangan untuk pemperkenalkan perkongsian hidup sivil mahupun hak berkahwin, dan menggesa gereja-gereja untuk sama-sama menentang homoseksualiti dan menyelar kerajaan sekular sebagai "melemahkan integriti moral" dengan membenarkan hak yang sama kepada golongan homoseksual: “Apabila, sebagai contoh, pemerintah menghalalkan bukan sahaja perkongsian sivil biasa tetapi 'perkahwinan homoseksual', gereja harus tegas dalam mengutuk homoseksuali.”[8]

Pada 6 Mei 2015, Kabinet Cyprus meluluskan rang undang-undang kesepakatan berkecuali jantina dengan hak-hak perkahwinan.[9] Pada 6 Jun 2015, parti pemerintah, DISY mengumumkan sokongan mereka untuk undang-undang perkongsian hidup.[10][11] Rang undang-undang tersebut telah dibaca buat pertama kali pada 18 Jun 2015.[12] Pada 1 Julai 2015, Parlimen memutuskan untuk menamakan semula skim pengiktirafan perkongsian yang dicadangkan kepadapersedudukan sivil[13] Bacaan kedua dirancang diadakan pada 9 Julai, namun ditanggung sehingga musim luruh.[14] Rang undang-undang tersebut dibaca buat kali kedua dan ketiga pada 26 November 2015 dan diluluskan dengan undian 39-12, dengan 3 undian berkecuali.[15][16] Ia telah diterbitkan dalam gazet rasmi pada 9 Disember 2015 dan berkuatkuasa sejurus penerbitan.[17][18][19]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Persedudukan sivil pertama didaftarkan pada 29 Januari 2016 oleh dua orang wanita.[20] Majlis awam pertama pula dilakukan pada 4 Mac 2016 oleh sepasang pasangan lelaki di bandar Nicosia.[21]

Sehingga 18 April 2016, lapan persedudukan sivil telah didaftarkan.[22][23] Manakala dari Januari sehingga Oktober 2016, kira-kira 70 pasangan sama jantina telah mendaftar. [24]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charalambous, Charles (28 February 2010). "Government to look at legalising gay marriage". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2013. Dicapai pada 20 January 2011.
  2. ^ Pantelides, Poly (17 January 2013). "Moving towards civil partnerships". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2013. Dicapai pada 20 January 2011.
  3. ^ Pantelides, Poly (17 January 2013). "LGBT group hails decision on civil partnerships". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2013.
  4. ^ "DISY 'fully backs civil partnerships'". Cyprus Mail. 8 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 May 2013.
  5. ^ Psillides, Constantinos (19 November 2013). "Civil partnership bill will go ahead". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  6. ^ Psillides, Constantinos (31 May 2014). "Civil partnerships still a long way off". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  7. ^ Psillides, Constantinos (4 July 2014). "Civil partnership bill needs consensus, Hasikos tells MPs". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  8. ^ Anastasiou, Angelos (9 March 2014). "Storm of protest over Archbishop's anti-gay comments". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  9. ^ Psillides, Constantinos (6 May 2015). "Cabinet approves bill on civil partnerships". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  10. ^ "Συνεδρία Πολιτικού Γραφείου Δημοκρατικού Συναγερμού - Απόφαση για Σύμφωνο Συμβίωσης". Democratic Rally. 7 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  11. ^ Turner, Katy (6 June 2013). "Gay pride parade held in Nicosia". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  12. ^ Christou, Jean (18 June 2015). "Civil partnerships a 'reckless novelty' Bishop says". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  13. ^ Psyllides, George (1 July 2015). "House tinkers with civil partnership bill ahead of vote". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  14. ^ Hazou, Elias (9 July 2015). "Civil unions bill must wait after 'backroom moves' to water it down". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  15. ^ Hazou, Elias (26 November 2015). "House passes historic civil partnerships bill". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  16. ^ "Civil unions become law". Cyprus Weekly. 26 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2016.
  17. ^ "ΕΠΙΣΗΜΗ ΕΦΗΜΕΡΙΔΑ ΤΗΣ ΚΥΠΡΙΑΚΗΣ ΔΗΜΟΚΡΑΤΙΑΣ ΠΑΡΑΡΤΗΜΑ ΠΡΩΤΟ ΝΟΜΟΘΕΣΙΑ - ΜΕΡΟΣ Ι Αριθμός 4543 Τετάρτη ,9 Δεκεμβρίου 2015: Αριθμός 184(Ι) του 2015 ΝΟΜΟΣ ΠΟΥ ΠΡΟΝΟΕΙ ΓΙΑ ΤΗ ΣΥΝΑΨΗ ΠΟΛΙΤΙΚΗΣ ΣΥΜΒΙΩΣΗΣ" (PDF). Ministry of Finance of Cyprus. 9 December 2015. m/s. 14–32. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  18. ^ "Τέθηκε σε ισχύ η πολιτική συμβίωση στην Κύπρο". Antivirus. 11 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  19. ^ "Civil Unions Bill in effect". Cyprus Weekly. 22 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016.
  20. ^ Chrysostomou, Annette (20 January 2016). "First civil partnership to be signed, interest grows". Cyprus Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  21. ^ "Cyprus' first public gay wedding takes aim at prejudices". Associated Press. Yahoo! News. 4 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2016.
  22. ^ "Civil unions bringing change to Cyprus". Cyprus Weekly. 19 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2016.
  23. ^ Choros, Evgenia (19 April 2016). "Eight Same-Sex Couples Enter Civil Partnership in Cyprus". Greek Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  24. ^ "Gay Rights Groups Build Alliances to Counter Climate of Fear". Associated Press. Between the Lines. 27 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2017. Dicapai pada 1 April 2017.