Pergi ke kandungan

Pengindukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengindukan yang merupakan suatu bentuk pascapenerbitan audio, ialah satu proses untuk menyediakan dan memindahkan rakaman audio dari sumber yang mengandungi adunan akhir ke peranti storan data, sumber dari mana semua salinan akan diterbitkan (melalui kaedah seperti menekan, duplikasi atau replikasi). Dalam beberapa tahun belakangan ini, pengindukan digital telah menjadi kelaziman, meskipun pengindukan analog — seperti kaset audio — masih digunakan oleh industri pembuatan, terutamanya oleh beberapa jurutera yang berkepakaran dalam penguasaan analog.

Pengindukan memerlukan pendengaran yang kritis; namun, ada perisian untuk memudahkan proses tersebut. Hasilnya bergantung kepada tujuan jurutera, kemahiran mereka, kecekapan monitor pembesar suara, dan persekitaran pendengaran. Jurutera yang membuat proses pengindukan sering menerapkan penyamaan dan pemampatan julat dinamik untuk mengoptimumkan penterjemahan suara pada semua sistem pemutaran.[1] Menjadi amalan piawai untuk membuat suatu salinan rakaman induk—yang dikenali sebagai "salinan keselamatan"—sekiranya induk tersebut hilang, rosak atau dicuri.

  1. ^ Blair Jackson (1 Mei 2006). "Issues in Modern Mastering". Mix Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2007.