Pergi ke kandungan

Pengiran Anak Puteri Masna Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masna Bolkiah
مسنا بولكيه
Masna Bolkiah in 2019
Keputeraan (1948-09-06) 6 September 1948 (umur 78)
Istana Darussalam, Bandar Brunei, Naungan British Brunei
Pasangan
Anakanda
Senarai
Nama penuh
Masna Bolkiah binti Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
Nama diraja
Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
KerabatBolkiah
AyahandaSultan Omar Ali Saifuddien III
BondaPengiran Anak Damit
PekerjaanDiplomat
Pusat pendidikanUniversiti Brunei Darussalam (BA; MPP)

Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Bolkiah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (lahir 6 September 1948) ialah adinda kepada Sultan Hassanal Bolkiah. Puteri Masna Bolkiah dianggap sebagai wanita ketiga terpenting di Brunei Darussalam selepas Raja Isteri Saleha dan Pengiran Anak Sarah.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pengiran Anak Puteri Masna Bolkiah dilahirkan di Istana Darussalam, Bandar Brunei pada 6 September 1948.[2] Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengiran Muda Sufri Bolkiah, dan Pengiran Muda Jefri Bolkiah ialah empat saudara baginda, manakala Pengiran Anak Puteri Nor'ain Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Umi Kalthum Al-Islam Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Amal Rakiah Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Amal Nasibah Bolkiah, dan Pengiran Anak Puteri Amal Jefriah Bolkiah ialah lima adik perempuan baginda.[3]

Dalam temu bual, Abdul Ghani bin Jamil mendedahkan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Masna Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Nor'ain, Pengiran Anak Saleha, Pengiran Muda Abdul Rahman, Pengiran Anak Yusof, Pengiran Anak Puteh, Pengiran Anak Ja'afar, dan Pengiran Muda Apong merupakan pelajar di Surau Istana Darul Hana.[4]

Masna Bolkiah lulus dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kepujian kelas pertama dalam BA (Kepujian) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dan mempunyai Sarjana dalam Dasar Awam juga dari UBD.[5] Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Duta Besar di Kementerian Luar Negeri di mana beliau mengetuai beberapa delegasi di luar negara sebagai Pemangku Menteri Luar Negeri dan juga Duta Besar.[5] Beliau juga aktif dalam bidang lain termasuk menjadi Penaung Persatuan Pandu Puteri serta menjadi Komander Kor Polis Wanita.[6]

Kerjaya diplomatik

[sunting | sunting sumber]

Garis masa kerjayanya sebagai diplomat:[5]

  • 1995: Duta Besar dan Pemerintah Kedua Hal Ehwal Luar Negeri
  • 1997: Pemangku Menteri Luar Negeri
  • 1998: (Mac–April) Pemangku Menteri Luar Negeri
  • 1999: Pemangku Menteri Luar Negeri
  • 2000: (November) Pemangku Menteri Luar Negeri (Ketua Sidang Kemuncak APEC)
  • 2001: Pemangku Menteri Luar Negeri (Ketua Delegasi ke Sidang Kemuncak ASEM)
  • 2002: (Januari) Pemangku Menteri Luar Negeri
  • 2003: (Jun) Pemangku Menteri Luar Negeri (Ketua Delegasi ke Sidang Kemuncak ASEAN)
  • 2004: (Jun/Julai) Pemangku Menteri Luar Negeri (Ketua Delegasi ke Sidang Kemuncak ASEAN)
  • 2010: Duta Besar di Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan[7]

Perkahwinan dan anak

[sunting | sunting sumber]

Pengiran Masna pertama kali berkahwin dengan Pengiran Muda Abdul Rahman ibni Pengiran Anak Muhammad Hashim pada tahun 1965 tetapi kemudiannya bercerai dalam tarikh yang tidak diketahui.[8] Baginda akan berkahwin buat kali kedua bersama Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Haji Abu Bakar di Istana Darul Hana pada Oktober 1969,[9][10] daripadanya baginda mempunyai lima orang anakanda:

On 26 September 2011, Abdul Rahman Hashim meninggal dunia pada usia 65, kira-kira jam 11 pagi di Hospital RIPAS dan dimakam di Kubah Makam Diraja.[17]

Sempenaan nama

[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dikurniakan :

Kebangsaan

Asing

Keturunan

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Jatswan S. Sidhu (2010). Historical Dictionary of Brunei Darussalam (ed. 2nd). Scarecrow Press, Inc. m/s. 143. ISBN 978-0-8108-5980-7.
  2. ↑ Sidhu, Jatswan S. (2009-12-22). Historical Dictionary of Brunei Darussalam (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 148. ISBN 978-0-8108-7078-9.
  3. ↑ The Report: Brunei Darussalam 2014 (dalam bahasa Inggeris). Oxford Business Group. 2014-12-04. m/s. 11. ISBN 978-1-910068-15-1.
  4. ↑ Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei 1968, m/s. 53.
  5. 1 2 3 "BRUNEIresources.com - His Royal Highness The Crown Prince of Brunei Darussalam". www.bruneiresources.com. Dicapai pada 2022-09-02.
  6. ↑ "Sultanate - News | Negara Brunei Darussalam | Royalty attend RBPF banquet". sultanate.com. Dicapai pada 2022-09-02.
  7. ↑ Izam Said Yaakub (5 April 2010). "Puteri Masna berlepas ke Vietnam". Brunei Earth Hour. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2010.
  8. ↑ "Istiadat Bersanding Pengantin Di-Raja Di-Langsongkan Dengan Selamat-Nya" (PDF). Pelita Brunei. 22 September 1965. m/s. 1 and 8.
  9. ↑ "Istiadat Perkahwinan Di-Raja Akan Berlangsong Pada 6hb Nobember 1969" (PDF). Pelita Brunei. 15 October 1969. m/s. 1.
  10. ↑ "Istiadat2 Menerima Tanda Dan Pertunangan Di-Raja" (PDF). Pelita Brunei. 1969-10-29. m/s. 1. Dicapai pada 2023-10-26.
  11. ↑ "China-Brunei ties boost economic, social development » Borneo Bulletin Online". China-Brunei ties boost economic, social development (dalam bahasa Inggeris AS). 2020-12-27. Dicapai pada 2022-09-02.
  12. ↑ "Welcome to Butra HeidelbergCement Sdn. Bhd". www.bruneicement.com. Dicapai pada 2023-01-15.
  13. ↑ "Sultanate - News | Negara Brunei Darussalam | Her Majesty attends "Bersanding" ceremony". sultanate.com. Dicapai pada 2023-01-15.
  14. ↑ "Prince Jefri: The Prince Who Blew Through Billions". Vanity Fair (dalam bahasa Inggeris AS). 2011-06-23. Dicapai pada 2024-01-20.
  15. ↑ "Celebrating academic excellence with royalty » Borneo Bulletin Online". Celebrating academic excellence with royalty (dalam bahasa Inggeris AS). 2022-10-01. Dicapai pada 2023-01-15.
  16. ↑ "Berita - Timbalan Sultan berangkat rasmikan Muzium..." www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2023-01-15.
  17. ↑ "Sultanate - News | Negara Brunei Darussalam | His Majesty pays last respects". www.sultanate.com. Dicapai pada 2023-01-15.
  18. ↑ "Istiadat Mengurniakan Bintang2 Dan Pingat2" (PDF). Pelita Brunei. 1970-10-29. m/s. 1. Dicapai pada 2023-07-17.
  19. ↑ ประกาศสํานักนายกรัฐมนตรี เรื่อง พระราชทานเครื่องราชอิสริยาภรณ์
  20. ↑ "Dikurniakan Bintang Kebesaran Thailand" (PDF). www.pelitabrunei.gov.bn. 2002-08-28. m/s. 4. Dicapai pada 2024-06-30.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]