Pengiran Muda 'Abdul Mateen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengiran Muda 'Abdul Mateen
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda dari Brunei Darussalam
Abdul Mateen; 2023
Keputeraan (1991-08-10) 10 Ogos 1991 (umur 32)
PasanganYang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Binti Adam (k. 2024)
AyahandaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
BondaDatin Paduka Seri Hajah Maryam binti Haji Abdul Aziz
AgamaIslam
PekerjaanTentera, Pemain Polo
Sports career
NegaraBrunei
SukanPolo
AcaraSukan Asia Tenggara 2017
Rekod pingat
Polo
Mewakili  Brunei
Sukan SEA
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Kejohanan lelaki
Ketinggian1.73 cm (1 in)

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah[1], juga dikenali sebagai Putera Mateen, ialah paduka anakanda kesepuluh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan bekas Pengiran Isteri kedua baginda, Datin Paduka Seri Dayang Hajah Maryam binti Haji Abdul Aziz.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Brunei
Perkhidmatan Tentera Udara Diraja Brunei
Tahun perkhidmatan2010 - kini
Pangkat Mejar
AnugerahRAF Wing Badge (2018)

DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah menerima pendidikan rendah di Sekolah Putera Puteri, Istana Darul Hana dan melanjutkan pendidikan menengah di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah cemerlang di Negara Brunei Darussalam.[2]

Pada bulan Mei 2010, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah berkenan dimasukkan ke dalam Commissioning Course for Regular Army Officers bersama-sama dengan 200 rekrut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

Pada bulan April 2011, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen lulus daripada kursus pentauliahan sebagai pegawai kadet Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda.

Pada bulan Julai 2014, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen berkenan berangkat dan menerima kurniaan Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa dari King's College London di Pusat Barbican, London.

Pada bulan Julai 2016, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, Universiti London.

Pada bulan April 2017, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sijil Tamat Latihan dalam satu Majlis Penganugerahan yang telah diadakan Daedalus Officers’ Mess, Royal Air Force (RAF) Cranwell setelah berjaya menjalani Kursus Pelatih Juruterbang Asas – Elementary Flying Training (EFT) Course No. 200.[3] Pada 20 Mei 2021, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dinaikkan ke pangkat Mejar. Pada 21 September 2021, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah menyertai Kursus All Arms Commando (AACC) yang telah berlangsung di Pusat Latihan Komando Marin Diraja (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Sukan SEA 2017[sunting | sunting sumber]

DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen, bersama dengan paduka kakanda baginda YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan sepupu-sepupu baginda YAM Pengiran Muda Bahar dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, mewakili Negara Brunei Darussalam dalam sukan polo dan telah dikurniakan pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur, Malaysia.[4]

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Pengiran Muda Negara Brunei Darussalam
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Duli Tuanku

Gelaran rasminya ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dikurniakan :[5]

Darjah kebesaran negara[sunting | sunting sumber]

Keturunan[sunting | sunting sumber]