Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim
Pengiran Muda Brunei
Keputeraan (2007-03-17) 17 Mac 2007 (umur 17)
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei
Nama penuh
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
KerabatKerabat Bolkiah
AyahandaDYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
BondaYTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah
AgamaIslam
Pekerjaanpelajar

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim (diputerakan 17 Mac 2007)[1] ialah paduka anakanda sulung dan paduka putera pertama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, pewaris kepada Sultan Brunei, dan Pengiran Isterinya, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.[2] YTM ada adinda bernama YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, yang diputerakan pada tahun 2011.[3] Pengiran Muda berkenaan berada dalam tempat kedua dalam bergelar menjadi Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selepas paduka ayahandanya Al-Muhtadee Billah. Paduka ayahandanya ialah pewaris kepada paduka nendanya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Bersempena keputeraan Pengiran Muda, 19 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman, tempat persemayaman rasmi Sultan Brunei.[2][4]

Minat[sunting | sunting sumber]

YTM berkenan berangkat menyertai Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Brunei kedua 2017 yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Brunei dan berjaya memecahkan rekod peribadinya.[5]

Terasul, gelaran dan kurniaan[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Pengiran Muda Negara Brunei Darussalam
Coat of arms of Brunei.svg
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Tuan Peramba
Gaya pilihan Yang Teramat Mulia

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

yang bermaksud
[6]
  • Yang Teramat Mulia  : Terasul yang digunakan, selain yang lain, untuk paduka anakanda Sultan yang gahara
  • Pengiran Muda : "Putera" digunakan oleh putera Sultan dan paduka cucunda baginda

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brunei's crown prince and wife have baby boy". Agence France Presse. Philippine Daily Inquirer. 18 March 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-21. Dicapai pada 24 April 2011.
  2. ^ a b "Two-year-old heir to the Sultan of Brunei's fortune is the world's richest baby". Daily Mirror. Dicapai pada 17 December 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "His Majesty has named His Majesty's grand-daughter". Radio Televisyen Brunei. 2 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2011. Dicapai pada 9 Jun 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Royal Ark
  5. ^ Mohamad Asyramisyanie (20 Februari 2018). "YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim pecah rekod peribadi". Media Permata. Dicapai pada 26 Januari 2018.
  6. ^ Royal Ark, Brunei - Terasul dan glosari

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim
Tarikh keputeraan: 17 Mac 2007
Didahului oleh
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Susur galur pewarisan takhta Brunei
Tempat ke-2
Diikuti oleh:
'YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman'

Templat:Brunei-royal-stub