Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar
Pemerintahan6 Februari 1970 – kini
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei
Tempoh1 Januari 1984 – 22 Oktober 2015
Diikuti olehSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Raja pemerintahSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Pengiran Temenggong Sahibul Bahar
Pemerintahan29 September 1967 – 6 Februari 1970
Kemahkotaan29 September 1967
Keputeraan (1947-08-27) 27 Ogos 1947 (umur 76)
Bandar Brunei, Brunei
PasanganPengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah
Nama penuh
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
AyahandaSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
BondaSuri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (diputerakan pada 27 Ogos 1947) ialah ahli kerabat diraja Brunei. Baginda ialah putera kedua Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28, dan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. DYTM ialah Ketua Wazir Brunei memegang gelaran, ‘Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar’’. Selepas kemerdekaan Brunei pada tahun 1984, baginda menjadi menteri asing pertama negara, berkhidmat dari 1 Januari 1984 hingga 22 Oktober 2015. Baginda berkhidmat dalam kabinet sebagai Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei bersama Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Lim Jock Seng.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pengiran Muda Mohamed Bolkiah diputerakan pada 27 Ogos 1947 di Istana Darussalam di Bandar Brunei. DYTM ialah putera kedua Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28, dan isteri baginda, Almarhumah Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Kakanda dan adinda DYTM ialah Sultan Brunei kini, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Pengiran Muda Jefri Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah dan Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

Pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Bersama dengan kakanda dan adinda baginda, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mendapat pendidikan awal di Lapau (bangunan istiadat diraja).

Gelaran baru[sunting | sunting sumber]

Pada 29 September 1967, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dilantik oleh paduka ayahandanya, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, sebagai Pengiran Temenggong, salah satu wazir tradisional Brunei wazir.

Pada tahun 1970, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikurniakan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah gelaran baru Perdana Wazir, ketua wazir tradisional Brunei, "mata dan telinga" pemerintah.

Terasul, gelaran dan kurniaan[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Tuanku
Gaya pilihan Duli Pengiran Perdana Wazir

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 27 Ogos 1947 – 29 September 1967: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  • 29 September 1967 – 6 Februari 1970: Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Muda Mohammad Bolkiah ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  • 6 Februari 1970 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien

[1]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 1970, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mengahwini sepupu baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, adinda Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja Isteri.

Kemerdekaan Brunei[sunting | sunting sumber]

Berikutan kemerdekaan Brunei Darussalam pada tahun 1984, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan telah memegang jawatan itu sejak kemudian. DYTM juga memegang gelaran Perdana Wazir.

Ketika rombakan kabinet pada 22 Oktober 2015, DYTM diganti oleh paduka kakandanya, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.[2]

Karya[sunting | sunting sumber]

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dikurniakan: [3]

Kurniaan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

  • Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB)
  • Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - D.K. (Laila Utama) (DK, 1963)
  • Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama (PHBS, 1.8.1968)
  • Pingat Bakti Laila Ikhlas (PBLI, 1975)
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK, 1954)

Kurniaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

 Johor :

 Kelantan :

  • Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK)

 Pahang :

 Perak

 Selangor :

  • Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSA, Setia)

Kurniaan asing[sunting | sunting sumber]

Anakanda[sunting | sunting sumber]

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakandanya
Tarikh Pasangan
YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah 11 Jun 1971 28 Julai 19XX YM Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin bin Pengiran Haji Hashim YM Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah
YM Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah
YAM Pengiran Muda Abdul Qawi 27 Januari 1974 27 Jun 2013 YAM Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra YM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra
YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah 2 Mei 1977 Tiada
YAM Pengiran Muda Dr. Abdul Fattaah 8 Mac 1982 10 September 2018 YM Dayangku Elina Zuraidah binti Pengiran Kamaluddin Tiada
YAM Pengiran Muda Abdul Mu'min 17 Julai 1983 Tiada
YAM Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah 1 Oktober 1985 Tiada
YAM Pengiran Muda Omar Ali 28 November 1986 Tiada
YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah 19 Julai 1989 Tiada
YAM Pengiran Anak Naafi'ah Khairul Bulqiah 27 Mei 1990 Tiada
YAM Pengiran Muda Abdul Muqtadir Tiada maklumat Tiada

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]