Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara (bahasa Perancis: Déclaration des droits de l'homme et du citoyen) yang diluluskan menjadi Perhimpunan Tubuh Kebangsaan Perancis pada tanggal 26 Ogos 1789, merupakan dokumen penting dalam Revolusi Perancis dan dalam sejarah manusia dan hak asasi manusia secara keseluruhanya. Pengisytiharan itu secara langsung dipengaruhi oleh ahli-ahli falsafah Zaman Pencerahan terutamanya Thomas Jefferson yang bekerjasama dengan Jeneral Lafayette. Dokumen ini dipengaruhi juga oleh doktrin "hak semula jadi", hak-hak manusia dipegang untuk menjadi universal: berlaku pada setiap masa dan di setiap tempat, yang berkaitan dengan sifat manusia itu sendiri. Ia menjadi asas bagi sebuah negara individu bebas yang dilindungi oleh undang-undang. Ia termasuk dalam permulaan perlembagaan pemerintahan Republik Perancis Keempat (1946), Kelima (1958) dan semasa. Deklarasi ini merupakan adalah pernyataan teras mengenai nilai-nilai Revolusi Perancis dan mempunyai kesan besar kepada pembangunan kebebasan dan demokrasi di Eropah dan di seluruh dunia.

Pengisytiharan ini selain Magna Carta, Rang Undang-Undang Hak Inggeris, dan Rang Undang-undang Hak Amerika Syarikat, menjadi ilham sebahagian besar kandungan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perisytiharan ini menjadi nilai konstitusional dalam undang-undang Perancis saat ini dan mungkin digunakan untuk menentang perundang-undangan dan kegiatan pemerintah lainnya.

kelima belas isi deklarasi Perancis iaitu:

  1. Manusia dilahirkan merdeka dan tetap merdeka.
  2. Manusia mempunyai hak yang sama.
  3. Manusia merdeka berbuat sesuatu tanpa merugikan pihak lain.
  4. Warganegara mempunyai hak yang sama dan mempunyai kedudukan serta pekerjaan umum.
  5. Manusia tidak boleh dituduh dan ditangkap selain menurut undang-undang.
  6. Manusia mempunai kemerdekaan agama dan kepercayaan.
  7. Manusia merdeka mengeluarkan pikiran.
  8. Adanya kemerdekaan surat kabar.
  9. Adanya kemerdekaan bersatu dan berapat.
  10. Adanya kemerdekaan berserikat dan berkumpul.
  11. Adanya kemerdekaan bekerja,berdagang, dan melaksanakan kerajinan.
  12. Adanya kemerdekaan rumah tangga.
  13. Adanya kemerdekaan hak milik.
  14. Adanya kemedekaan lalu lintas.
  15. Adanya hak hidup dan mencari nafkah.

Adopsi dari Deklarasi[sunting | sunting sumber]

Perisytiharan ini dirancang oleh Marquis de Lafayette dan telah digunapakai oleh Majelis Nasional dengan bertujuan sebagai suatu bahagian suatu peralihan daripada suatu pemerintahan mutlak kepadasistem raja berperlembgaan. Kebanyakan prinsip-prinsip tersebut meletakkan perisytiharan ini secara langsung untuk menentang institusi dan pemakaian ancien régime pada sebelum revolusi Perancis. Perancis beralih mempunyai sistem pemerintah republik beberapa lama kemudian, namun dokumen ini tetap bersifat asas.

Prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam deklarasi berasal dari prinsip-prinsip falsafah dan politik dari Abad Pencerahan seperti individualisme, kontrak sosial sebagai diteorikan oleh Jean-Jacques Rousseau, dan pengasingan kekuasaan yang diperkenalkan oleh baron de Montesquieu. Ia mungkin juga didasarkan daripada Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Virginia yang dikembangkan oleh George Manson, yang juga didasarkan pada Perjanjian Hak Asasi Manusia England 1689.