Pergi ke kandungan

Pengisytiharan Kemerdekaan Estonia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengisytiharan Kemerdekaan Estonia
Salinan tercetak pengisytiharan
Tajuk asalManifest Eestimaa rahvastele
JenisPerisytiharan kemerdekaan Sunting ini di Wikidata
Dibuat21 Februari 1918
Dibentangkan23 Februari 1918
Diterbitkan23 Februari 1918 Sunting ini di Wikidata
Berkuat kuasa24 Februari 1918
LokasiRumah Stenbock
PengarangJuhan Kukk, Jüri Vilms, Ferdinand Peterson, Karl Ast, Jüri Jaakson
PenandatanganMajlis Penatua Perhimpunan Wilayah Estonia
TujuanPengumuman pemisahan Estonia daripada Empayar Rusia
Teks penuh
et:Manifest Eestimaa rahvastele di Wikisumber
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengisytiharan Kemerdekaan Estonia, secara rasmi bertajuk Manifesto kepada Rakyat Estonia (Estonia: Manifest Eestimaa rahvastele), ialah dokumen pengasas yang menubuhkan Republik Estonia demokratik yang bebas pada tahun 1918. Dikeluarkan semasa tempoh pergolakan politik yang sengit dan pendudukan asing selepas Perang Dunia I dan Revolusi Rusia, pengisytiharan itu menegaskan kedaulatan negara Estonia dan komitmen terhadap tadbir urus demokrasi. Pengisytiharan itu mengumumkan dan menerangkan pemisahan Estonia daripada Empayar Rusia.

Pengisytiharan itu telah dikarang di bawah pengawasan Jawatankuasa Penyelamat Estonia dan diterima pakai pada 21 Februari 1918 secara sebulat suara oleh Majlis Penatua Perhimpunan Wilayah Estonia. Ia dibacakan secara terbuka buat kali pertama pada 23 Februari 1918, jam 8 malam dari balkoni Teater Endla di Pärnu oleh Hugo Kuusner, seorang perwakilan Perhimpunan Wilayah. Tindakan bersejarah ini menandakan pengisytiharan rasmi kemerdekaan Estonia. Pengisytiharan di Pärnu mendahului pengisytiharan rasmi di Tallinn pada 24 Februari 1918, apabila Kerajaan Sementara Estonia mengambil alih pentadbiran.

Pengisytiharan Kemerdekaan Estonia secara rasmi mengisytiharkan Estonia sebagai sebuah republik demokrasi yang berdaulat, digariskan dalam sempadan sejarah dan etnografinya. Berakar umbi dalam tuntutan sejarah, budaya dan etnik, manifesto itu adalah kenyataan politik dan tindakan simbolik penentuan nasib sendiri negara. Ia menggariskan prinsip negara yang bebas dan demokratik, menjamin kebebasan sivil, dan mewujudkan laluan untuk membina institusi kebangsaan Estonia. Pengisytiharan itu berfungsi sebagai asas bagi Republik Estonia, mempengaruhi rangka kerja undang-undang dan politiknya dan memberi inspirasi kepada perjuangan negara untuk kemerdekaan sepanjang abad ke-20.

Sejak itu, 24 Februari telah disambut sebagai Hari Kemerdekaan Estonia, hari kebangsaan Estonia.


Terjemahan Teks Pengisytiharan

[sunting | sunting sumber]

MANIFESTO KEPADA SEMUA RAKYAT ESTONIA

Tidak pernah selama berabad-abad lamanya rakyat Estonia kehilangan keinginan mereka yang kuat untuk kemerdekaan. Dari generasi ke generasi, harapan rahsia telah bertahan dalam diri rakyat Estonia bahawa meskipun malam gelap perhambaan dan pemerintahan ganas oleh orang asing, masanya akan tiba di Estonia "apabila semua serpihan, di kedua-dua hujungnya, akan terbakar" dan apabila "Kalev akan pulang ke rumah untuk membawa kebahagiaan kepada anak-anaknya."

Sekaranglah masanya.

Perjuangan bangsa-bangsa yang belum pernah didengari telah memusnahkan asas-asas reput negara tsaris Rusia. Di seluruh dataran Sarmatian, anarki yang merosakkan sedang merebak, mengancam untuk mengalahkan semua orang yang tinggal di sempadan bekas negara Rusia. Dari Barat, tentera Jerman yang menang sedang menghampiri untuk menuntut bahagian mereka daripada warisan Rusia dan, pertama sekali, untuk merampas tanah pesisir di tepi Laut Baltik.

Dalam saat yang genting ini, Dewan Undangan Negeri Estonia, sebagai wakil sah bagi tanah dan rakyat kita, telah, dengan persetujuan sebulat suara dengan parti-parti dan organisasi politik demokratik Estonia, dan berdasarkan hak penentuan nasib sendiri rakyat, mendapati perlu untuk mengambil langkah-langkah tegas berikut untuk membentuk nasib tanah dan rakyat Estonia.

ESTONIA, dalam sempadan sejarah dan etniknya, diisytiharkan mulai hari ini sebagai REPUBLIK DEMOKRATIK yang MERDEKA.

Republik Estonia yang merdeka akan merangkumi wilayah Harjumaa, Läänemaa, Järvamaa, Virumaa, dengan bandarraya Narva dan sekitarnya, Tartumaa, Võrumaa, Viljandimaa, dan Pärnumaa dengan pulau-pulau Baltik Saaremaa, Hiiumaa, Muhumaa, dan lain-lain di mana orang Estonia telah menetap sejak sekian lama dalam majoriti besar. Penentuan muktamad sempadan Republik di kawasan yang bersempadan dengan Latvia dan Rusia akan dijalankan melalui plebisit selepas tamatnya Perang Dunia yang setakat masa kini.

Di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas, satu-satunya pihak berkuasa tertinggi dan penganjur ialah Jawatankuasa Penyelamat Estonia yang disokong secara demokratik yang ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Estonia.

Republik Estonia ingin mengekalkan neutraliti politik mutlak terhadap semua negara dan rakyat jiran dan menjangkakan mereka akan bertindak balas secara berkecuali sepenuhnya. Angkatan Tentera Estonia akan dikurangkan setakat yang diperlukan untuk mengekalkan ketenteraman dalaman. Askar-askar Estonia yang berkhidmat dalam pasukan tentera Rusia akan dipanggil pulang dan dilucutkan kuasa.

Sehingga Dewan Perlembagaan Estonia, yang dipilih melalui pilihan raya umum, langsung, rahsia, dan berkadaran, bersidang dan menentukan struktur perlembagaan negara, semua kuasa eksekutif dan perundangan akan kekal terletak pada Dewan Negeri Estonia dan dalam Kerajaan Sementara Estonia yang diwujudkan olehnya, yang aktivitinya mesti dipandu oleh prinsip-prinsip yang berikut:

1. Semua warganegara Republik Estonia, tanpa mengira agama, asal usul etnik, dan pandangan politik mereka, akan menikmati perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang dan mahkamah keadilan Republik.

2. Raykat minoriti etnik yang tinggal di dalam sempadan Republik ini – Rusia, Jerman, Sweden, Yahudi, dan lain-lain – akan dijamin hak mereka untuk autonomi budaya.

3. Semua kebebasan sivik, seperti kebebasan bersuara, akhbar, agama, perhimpunan, persatuan, dan kebebasan untuk mogok serta keutuhan individu dan rumah tangga, akan berkuat kuasa tanpa dapat dinafikan di dalam wilayah Republik Estonia dan berdasarkan undang-undang yang akan segera digubal oleh Kerajaan.

4. Kerajaan Sementara akan ditugaskan untuk mengatur segera mahkamah keadilan bagi melindungi keselamatan rakyat. Semua tahanan politik hendaklah dibebaskan serta-merta.

5. Kerajaan tempatan bandarraya, daerah, dan mukim akan diminta untuk meneruskan kerja mereka yang telah diganggu dengan ganas.

6. Bagi mengekalkan ketenteraman awam, militia rakyat, yang berada di bawah kerajaan tempatan, hendaklah segera diatur dan organisasi pertahanan diri rakyat ditubuhkan di bandar dan kawasan luar bandar.

7. Kerajaan Sementara diarahkan untuk mengusahakan tanpa berlengah, atas dasar demokrasi yang luas, rang undang-undang untuk penyelesaian masalah pertanian, dan masalah buruh, bekalan makanan, dan kewangan.

Estonia! Anda berdiri di ambang masa depan yang penuh harapan di mana anda akan bebas dan merdeka dalam menentukan dan mengarah nasib anda. Mulakan membina rumah anda sendiri, diperintah oleh undang-undang dan ketenteraman untuk menjadi ahli yang layak dalam keluarga negara-negara bertamadun. Putera dan puteri tanah air kita, marilah kita bersatu sebagai satu insan dalam tugas suci membina tanah air kita. Keringat dan darah yang ditumpahkan oleh nenek moyang kita untuk negara ini mewajibkan kita melakukannya, dan kita mesti melakukannya demi generasi yang akan datang.

Semoga Tuhan menjaga Engkau
Dan memberkati dengan melimpah ruah
Apa sahaja yang engkau lakukan
Tanah airku yang tercinta!

Dihargayu Republik Demokratik Estonia yang merdeka!

Dihargayu kedamaian antara bangsa-bangsa!


Tallin, 21 Februari 1918
Majlis Penatua Dewan Undangan Negeri Estonia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]