Pengisytiharan Pembebasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cetakan semula surat pengisytiharan ini di National Underground Railroad Freedom Center, Cincinnati, negeri Ohio

Pengisytiharan Pembebasan (Emancipation Proclamation) atau Pengisytiharan 95 (Proclamation 95) ialah suatu pengisytiharan presiden dan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln pada 1 Januari 1863. Ia merubah status sah pemerintah persekutuan terhadap lebih daripada 3.5 juta orang Afrika-Amerika yang diperhambakan di kawasan-kawasan Selatan Amerika Syarikat yang terus mendapat kebebasan. Dengan seberapa segera seperti seorang budak yang melarikan diri daripada genggaman kuasa pemerintah Negeri-negeri Gabungan Amerika menjauhi kawasan mereka atau melalui arah kemaraan pasukan persekutuan lalu membebaskan mereka. Akhirnya, pemberontak menyerah dibebaskan dan mengakibatkan proklamasi permohonan untuk semua bekas hamba. Ia tidak meliputi hamba-hamba di kawasan milik Kesatuan yang telah dibebaskan oleh tindakan pemerintah (atau tiga tahun kemudian oleh Pemindaan ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat pada bulan Disember 1865).

Pengisytiharan ini dikeluarkan semasa Perang Saudara Amerika kepada semua kawasan dalam pemberontakan dan semua segmen cabang eksekutif (termasuk angkatan Darat dan Laut) Amerika Syarikat.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Penggubalan dan perasmian[sunting | sunting sumber]

Gambaran Abraham Lincoln (ketiga dari kiri) dalam pembacaan pengisytiharan bersama seberapa rakan seperjuangan dalam kabinetnya [First Reading of the Emancipation Proclamation of President Lincoln (1864) catan Francis B. Carpenter]

Lincoln mula-mula membincangkan isi pengisytiharan ini bersama kabinetnya pada 13 Julai 1862 dengan suatu draf awal ditujukan kepada Setiausaha Negara William Seward dan Setiausaha Tentera Laut Gideon Welles; Lincoln kemudiannya mengemukakan draf ini kepada seluruh anggota kabinet untuk dipertimbangkan seminggu kemudian pada Julai 2.[2] Edwin Stanton yang memangku kerusi Setiausaha Perang menyokongnya; Seward pada awalnya merisaukan suatu kekacaubilauan yang akan tercetus yang barangkali memerlukan campur tangan luar negara, namun berubah fikiran di mana beliau mencadangkan agar Lincoln menyatakan pengisytiharannya setelah pihak mereka mendapat suatu kemenangan besar dalam peperangan ini.[3]

Pada September tahun sama, pihak Kesatuan berjaya mengusir keluar balatentera pimpinan Robert E. Lee dari Maryland dalam suatu pertempuran yang hebat pada 17 haribulan. Lincoln segera memanggil kabinetnya bersidang di kediaman dan markasnya di Soldier's Home untuk merasmikan pengisytiharan ini,[4] beliau dikatakan telah "berjanji /bernazar kepada Tuhan" (had made a covenant with God) untuk melakukan sedemikian dalam penerangan kepada rakan sekabinetnya, sepertimana menurut kajian catatan dibuat sejarawan James M. McPherson.[5][6]

Pengisytiharan ini dilaksanakan dalam dua fasa: fasa pertama ditindakkan pada 22 September 1862 di mana Lincoln menyatakan bahawa kesmeua hamba dalam wilayah bukan dalam kawasan Kesatuan akan dibebaskan. Fasa kedua pula menyatakan pembebasan yang lebih terperinci merangkumi negeri-negeri berikut: Texas, Carolina Utara, Carolina Selatan, Georgia, Alabama, Mississippi, Arkansas, Virginia, Kentucky dan Louisiana.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Kesan politik[sunting | sunting sumber]

Pengisytiharan ini segera dikecam oleh Demokrat puak Copperhead yang menentang peperangan serta berhasrat mengembalikan kesatuan dengan membenarkan kembali perhambaan. Mereka juga melihat dokumen ini sebagai suatu penyalahgunaan kuasa presiden besar yang melanggari perlembagaan negara.

Pihak Gabungan pada awalnya geram dengan tindakan ini seperti yang dijangkakan. Pengisytiharan ini telah dilihat sebagai pengesahan dan bukti kepada mereka bahawa Lincoln tekas menghapuskan amalan oerhambaan meskipun Negeri-Negeri Gabungan bersetuju kembali ke dalam Kesatuan sekalipun.[7] Menurut suatu perutusan surat dari Jeneral Ulysses S. Grant kepada Lincoln pada Ogos 1863, Grant menyatakan bahawa pengeluaran pengisytiharan ini, bersama-sama penggunaan anggota berkulit hitam oleh Tentera AS sangat menghina pihak Gabungan, seakan "suatu pukulan yang paling kuat" bagi mereka.[8] Beberapa bulan selepas Pengisytiharan ini diluluskan, pemerintah Gabungan melulus undang-undang pada bulan Mei 1863 menuntut "balas dendam yang penuh dan cukup" (full and ample retaliation) terhadap langkah sedemikian, serta menyatakan bahawa tentera AS berkulit hitam yang ditangkap terlibat dalam perang akan dibicarakan sebagai pemberontak dalan mahkamah sivil lalu dihukum mati.

Pengisytiharan ini pula menyebabkan kuasa-kuasa asing memihak kepada pemerintah Kesatuan melalui raihan sokongan negara-negara yang anti-perhambaan dan telah menghapuskan amalan ini (terutama negara-negara maju di Eropah), seperti yang dijangkakan Lincoln. Harapan Negeri-Negeri Gabungan Amerika untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi di peringkat antarabangsa menjadi terhapus begitu sahaja.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Political scientist Brian R. Dirck states: "The Emancipation Proclamation was an executive order, itself a rather unusual thing in those days. Executive orders are simply presidential directives issued to agents of the executive department by its boss." Brian R. Dirck (2007). The Executive Branch of Federal Government: People, Process, and Politics. ABC-CLIO. m/s. 102. ISBN 978-1851097913.
  2. ^ "Emancipation Proclamation". Lincoln Papers. Library of Congress and Knox College. 2002. Dicapai pada 2013-06-28.
  3. ^ Goodwin, Doris (2005). Team of Rivals. New York: Blithedale Productions.
  4. ^ U.S. National Archives and Records Administration, Preliminary Emancipation Proclamation, 1862
  5. ^ McPherson, James M. Battle Cry of Freedom, (1988), p. 557
  6. ^ Carpenter, Frank B (1866). Six Months at the White House. m/s. 90. ISBN 978-1-4290-1527-1. Dicapai pada 2010-02-20. as reported by Secretary of the Treasury, Salmon Portland Chase, September 22, 1862. Others present used the word resolution instead of vow to God. Gideon Welles, Diary of Gideon Welles, Secretary of the Navy Under Lincoln and Johnson (Boston, New York: Houghton Mifflin Company, 1911), 1:143, reported that Lincoln made a covenant with God that if God would change the tide of the war, Lincoln would change his policy toward slavery. See also Nicolas Parrillo, "Lincoln's Calvinist Transformation: Emancipation and War", Civil War History (September 1, 2000).
  7. ^ "The Rebel Message: What Jefferson Davis Has to Say". New York Herald. America's Historical Newspapers. Dicapai pada 4 Januari 2012.
  8. ^ Grant, Ulysses (23 Ogos 1863). "Letter to Abraham Lincoln". Cairo, Illinois. Diarkib daripada yang asal pada 3 Mei 2014. Dicapai pada 3 Mei 2014. I have given the subject of arming the Negro my hearty support. This, with the emancipation of the Negro, is the heaviest blow yet given the Confederacy. The South rave a greatdeel about it and profess to be very angry. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  9. ^ Robert E. May (1995). "History and Mythology : The Crisis over British Intervention in the Civil War". The Union, the Confederacy, and the Atlantic rim. Purdue University Press. halaman 29–68. ISBN 978-1-55753-061-5.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]