Pengkonduktan terma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengkonduktan terma ialah pemindahan tenaga haba melalui peresapan molekul dan pelanggaran zarah atau kuasizarah di dalam sesebuah jasad yang disebabkan kecerunan suhu. Objek yang menyerap dan berlanggar termasuk molekul, elektron, atom, dan fonon. Objek-objek ini memindahkan tenaga kinetik mikroskop yang tidak teratur . Pengkonduktan berlaku di dalam semua jirim, seperti pepejal, cecair, gas dan plasma.

Haba mengalir secara spontan dari jasad yang bersuhu tinggi kepada jasad yang bersuhu rendah secara spontan melalui proses sinaran terma. Dalam ketiadaan fluks pendorong dari luar, dengan peredaran masa, perbezaan suhu bergerak ke arah pencapaian keseimbangan terma.

Semasa proses pengkonduktan, haba mengalir dengan proses sinaran terma dan dengan merentas jasad itu sendiri, dan tidak melalui gerakan jisim seperti yang terjadi dalam proses perolakan. Di dalam pepejal, fenomenon ini disebabkan getaran molekul di dalam hablur atau fonon dan peresapan elektron bebas. Di dalam gas dan cecair pula, pengkonduktan berlaku dengan pelanggaran dan peresapan molekul semasa perjalanan rawak. Dalam konteks ini, foton tidak berlanggar sesama sendiri; jadi pemindahan haba melalui proses sinaran elektromagnet merupakan proses berbeza daripada kedua-dua proses yang diperikan terdahulu.

Dalam kes jirim padat seperti pepejal dan cecair, secara konsepnya, perbezaan antara pemindahan haba melalui pengkonduktan dan sinaran adalah jelas, akan tetapi secara fenomenonnya, perbezaan ini tidak berapa ketara melainkan bahan itu semi-lutsinar. Dalam kes gas pula, perbezaan dari sudut kedua-dua konsep dan fenomenonnya jelas.

Dalam sains kejuruteraan, pemindahan haba merangkumi proses sinaran terma, perolakan, dan kadang kala juga merangkumi pemindahan jisim. Lazimnya lebih daripada satu proses berlaku dalam keadaan tertentu. Simbol resam bagi ciri bahan, kekonduksian haba ialah .


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Dehghani, F 2007, CHNG2801 – Conservation and Transport Processes: Course Notes, University of Sydney, Sydney
  • John H Lienhard IV and John H Lienhard V, 'A Heat Transfer Textbook', Third Edition, Phlogyston Press, Cambridge Massachusetts [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]