Pengkritik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cicero ialah satu pengkritik Yunani yang termasyhur terhadap pemerintahan diktator Julius Caesar.

Pengkritik ialah penyokong sesuatu pendirian yang menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dikritik. Perkataan kritik berasal daripada bahasa Greek κριτικός (kritikós) yang bererti "keupayaan untuk menanggap".[1] Perkataan "kritik" itu diterbitkan pula daripada perkataan κριτής (krités) yang membawa pengertian "seorang yang memberi pertimbangan atau analisis beralasan, pertimbangan nilai, penafsiran, ataupun pemerhatian".[2]

Pengkritik moden termasuk ahli profesional dan amatur yang secara tetap mempertimbangkan atau menafsirkan persembahan dan karya lain (seperti yang disampaikan oleh seniman, ahli muzik, atau pelakon), dan biasanya menerbitkan pemerhatian mereka, seringnya di dalam terbitan berkala. Terdapat banyak pengkritik dalam sesetengah bidang yang termasuk seni, muzik, filem, teater, drama, restoran, dan terbitan sains.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Daripada segi jangkaan, kritikan bererti pertimbangan demokratik tentang kesesuaian sesuatu perkara bagi tujuan yang dimaksudkan, bertentangan dengan perintah autoritarian yang bertujuan untuk mencapai realisasi mutlak terhadap kehendak sesuatu pihak berkuasa. Justera, perintah autoritarian tidak terbuka kepada sebarang pertikaian.

Kritikan ialah kegiatan membuat pertimbangan atau penafsiran termaklum. Bagi banyak kes, ia merupakan sinonim kepada istilah "analisis". Dalam konteks kesusasteraan dan akademik, istilah itu paling biasa merujuk kepada kritikan kesusasteraan, kritikan seni, dan bidang lain yang serupa, serta juga kepada percubaan sarjana untuk memahami sesuatu objek estetik dengan mendalam. Dalam konteks sebegini, istilah "pengkritik" yang digunakan tanpa pengubah suai atau pembatasan, paling biasanya merujuk kepada sarjana kesusasteraan atau sarjana bentuk seni yang lain.

Dalam konteks yang lain, istilah "kritikan" memerikan tentangan atau percanggahan terhadap sesuatu perkara kritikan. Ada kalanya, kontek dan perbalahan merupakan satu-satunya faktor pembezaan antara kedua-dua pendekatan tersebut. Misalnya, dalam bidang politik (seperti dalam frasa "kritikan terhadap dasar luar negeri"), "kritikan" hampir selalu bersifat percanggahan, manakala dalam bidang akademik, seni, dan kesusasteraan (seperti dalam frasa "kritikan terhadap puisi Romantik"), ia biasa merujuk kepada kegiatan penafsiran atau analisis yang tidak ketara.

Kritikan membina[sunting | sunting sumber]

Kritikan membina, atau analisis membina, ialah kritikan yang bersikap belas kasihan terhadap orang yang dikritik. Memiliki pengalaman yang lebih tinggi, bakat, penghargaan, dan pengetahuan dalam bidang tertentu, serta juga mampu meyakinkan secara lisan pada waktu yang sama, orang ini bermaksud untuk meningkatkan kebendaan, kesusilaan, emosi atau kerohanian orang lain.

Untuk berjaya dalam kritikan belas kasihan, seseorang pengkritik perlu mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan orang yang dikritik, dengan hubungan tersebut biasanya merupakan hubungan ibu bapa kepada anak, kawan kepada kawan, guru kepada murid, pasangan kepada pasangan, atau mana-mana jenis kewibawaan dalam sesuatu bidang. Justera, perkataan "membina" digunakan daripada segi bahawa sesuatu kesudahan yang dapat dinampak dapat dihasilkan, berbanding dengan yang bertentangan. Dalam bidang pedagogi, pembelajaran penyertaan berdasarkan prinsip kritikan membina tersebut dan menumpukan contoh positif yang perlu diikut, berbanding dengan kata-kata nasih yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, ketegangan masih dapat wujud dalam sokongan yang ramah dan kritikan yang berguna. Sungguhpun seseorang pengkritik dapat membantu seseorang seniman untuk mengenal pasti apa yang lemah atau semberono dalam karyanya, cara mengkritiknya mungkin kelihatan keras atau bersifat berat sebelah. Walaupun demikian, kritikan yang berguna masih merupakan sebahagian kritikan membina.

Pengkritik dan genius[sunting | sunting sumber]

Pengkritik dianggap sebagai psikik songsang.[3] Wawasan itu diungkapkan sejak awal lagi oleh Gotthold Ephraim Lessing sebagai "bukan setiap pengkritik ialah genius, tetapi setiap genius dilahirkan sebagai pengkritik... genius memiliki bukti kepada semua peraturan pada dirinya." Bertentangan dengan pengkritik berorientasi luaran dan bersandar budaya, Jane Kneller, seorang sarjana Kant, mengemukakan ungkapan itu untuk menonjolkan bahawa "genius menunjukkan kebebasannya bukan dengan mengabaikan semua peraturan, tetapi dengan menerbitkan peraturan daripada peraturan yang sedia ada".[4]

Kritikan terhadap kritikan[sunting | sunting sumber]

Sarjana terkemuka tradisi Pasca-Strukturalisme seringnya menekankan sifat swarujukan bagi kesemua kritikan. Misalnya, Stanley Fish mendebatkan bahawa semua penafsiran merupakan unjuran subjektif yang tidak memiliki sebarang makna yang wujud pada dirinya. Justera, pengkritik menjejaskan diri kerana dia hanya dapat melemahkan penafsiran sendiri. Oleh itu, Fish menyimpul bahawa semua kritikan adalah kritikan diri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kritikos, Henry George Liddell, Robert Scott, "A Greek-English Lexicon", at Perseus
  2. ^ Krites, Henry George Liddell, Robert Scott, "A Greek-English Lexicon", at Perseus
  3. ^ The Harvard Crimson, "To be a critic is to trade transcendence in for self-awareness and proficiency—which is not to say that geniuses don’t know what they’re doing...genius involves a sort of freefall, brave, bold and fluent, that most of us aren’t capable of."
  4. ^ Paul Guyer, ed. (2003). Kant's Critique of the Power of Judgement: Critical Essays. Rowman and Littlefield. ISBN 0742514196. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wiktionary-logo.svg
Carilah critic, critical, critique dalam Wiktionary, kamus bebas.

ms:Kritikan