Penglihatan dwimata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Penglihatan binokular)
Helang berpenglihatan dwimata.

Penglihatan dwimata adalah penglihatan yang dilakukan dengan menggunakan kedua-dua biji mata sekaligus. Bermata dua ada sekurang-kurangnya empat kelebihan berbanding bermata satu. Pertama sekali, jika sebelah mata rosak, sebelah yang satu lagi masih boleh dipakai. Kedua, medan pemandangannya lebih luas. Contohnya, menusia ada medan pemandangan mengufuk maksimum sekitar 200 darjah dengan kedua-dua belah mata, yang mana 120 darjah daripadanya membentuk medan pemandangan dwimata (yang dilihat oleh kedua-dua mata) diiringi oleh dua medan ekamata (yang dilihat oleh sebelah mata sahaja) yang kira-kira 40 darjah lebarnya.[1]

Ketiga, penglihatan dwimata membolehkan penjumlahan dwimata iaitu tingkatan kebolehan untuk mengesan objek yang kabur.[2] Keempat, ia membolehkan stereopsis yang mana perbezaan dwimata (atau paralaks) yang disediakan oleh kedudukan berbeza dua mata pada kepala menjitukan tanggapan kedalaman.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Henson, D.B. (1993). Visual Fields. Oxford: Oxford University Press.
  2. ^ Blake, Randolph; Fox, Robert (1973). "The psychophysical inquiry into binocular summation". Perception & Psychophysics. 14 (1): 161–85. doi:10.3758/BF03198631. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ Wheatstone, Charles (1838). "Contributions to the physiology of vision.—Part the First. On some remarkable, and hitherto unobserved, phænomena of binocular vision". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. 128 (0): 371–394. doi:10.1098/rstl.1838.0019.