Pengomposan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengomposan ialah proses untuk menghasilkan kompos. Sisa organik dibiar merosot dalam keadaan terkawal dengan bantuan bakteria dan kulat. Proses ini mengurangkan isipadu bahan kepada 50%, menstabilkan dan menjadi bahan boleh kitar semula (kompos atau humus) yang digunakan sebagai penstabil atau pemulih tanah, kurang popular sebagai baja.[1]

Antara operasi-operasi yang terlibat ialah:

  • pengisihan dan pengasingan, iaitu organik atau pun bukan organik
  • memayang dan mendebu, untuk mengurangkan saiz
  • pencernaan atau pengomposan, untuk mengawal lembapan dan pengudaraan
  • penaikan gred produk (pengeringan, penyaringan, pembutiran atau penguntilan, serta pembungkusan)

Operasi-operasi ini boleh digunakan untuk merawat sisa kumbahan.

Antara masalah yang dihadapi untuk melakukan pengkomposan ini adalah memerlukan kemudahan atau peralatan teknologi dan pengoperasian yang cekap dan melalui kompos ini ia akan menyebabkan pencamaran berlaku terutamanya pencemaran air sekiranya tidak di urus dengan cekap. Antara faktor-faktor lain yang disebabkan pengkomposan ini ialah penyakit dan oleh itu pengawalan composting ini amatlah di titik baratkan iaitu perlunya kawalan tikus dan lalat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]