Pengosong bor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Turutan animasi tentang cara pengosong bor berfungsi.
Pengosong bor.

Pengosong bor atau penyari wasap ialah satu alat pembuang gas yang tertinggal dan sisa bawaan udara daripada laras meriam kenderaan tempur berperisai selepas menembak, terutamanya pada kereta kebal dan artileri gerak sendiri. Dengan mencipta pembezaan tekanan dalam laras selepas peluru meriam keluar, pengosong bor menyebabkan kebanyakan gas pendorong dan sisa pembakaran keluar melalui muncung. Oleh itu, apabila belakang meriam dibuka untuk memuat semula peluru, gas dan sisa tersebut tidak terlepas ke dalam ruang kru dan menimbulkan bahaya kepada kru meriam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perrett, Bryan (1987). Soviet Armour Since 1945. London: Blandford Press. ISBN 0-7137-1735-1.[halaman diperlukan]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]