Penguasa Pelancongan Qatar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penguasa Pelancongan Qatar
Intisari agensi
Bidang kuasa
Negeri Qatar
Ibu pejabatPenguasa Pelancongan Qatar
24624 Lusail Expy,
Doha, Qatar
Laman sesawang
www.visitqatar.qa

Penguasa Pelancongan Qatar (QTA)(Arab: الهيئة العامة للسياحة, bahasa Inggeris: Qatar Tourism Authority), cawangan Kerajaan Qatar, adalah badan penting untuk penggubalan dan pentadbiran kaedah, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan dan promosi pelancongan di Qatar. Kementerian ini bertanggungjawab untuk tarikan pelancong dan penginapan untuk pengembara, untuk mengembangkan dan mempelbagaikan industri pelancongan Qatar, serta membina peranan pelancongan dalam GDP negara dan pertumbuhan dan pembangunan sosialnya pada masa hadapan. [1][2]

Kerja QTA adalah berpandukan Strategi Sektor Pelancongan Negara Qatar 2030 (QNTSS),[3] diterbitkan pada bulan Februari 2014, untuk menyediakan rancangan untuk pembangunan masa depan industri.[4]

Pengecualian Visa[sunting | sunting sumber]

Rakyat daripada negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu) tidak memerlukan visa untuk memasuki Qatar.

Visa untuk Pelawat[sunting | sunting sumber]

Rakyat daripada 34 negara yang disenaraikan di bawah tidak dikehendaki menjalani pengaturan visa sebelum ini dan boleh mendapatkan penepian visa setelah tiba di Qatar. Penepian akan sah selama 180 day dari tarikh pengeluaran dan memberi hak kepada pemegangnya untuk menghabiskan masa sehingga 90 hari di Qatar, semasa satu lawatan atau semasa berbilang lawatan.

1. Austria

2. Bahamas

3. Belgium

4. Bulgaria

5. Croatia

6. Cyprus

7. Republik Czech

8. Denmark

9. Estonia

10. Finland

11. Perancis

12. Jerman

13. Greece

14. Hungary

15. Iceland

16. Itali

17. Latvia

18. Liechtenstein

19. Lithuania

20. Luxembourg

21. Malaysia

22. Malta

23. Belanda

24. Norway

25. Poland

26. Portugal

27. Romania

28. Seychelles

29. Slovakia

30. Slovenia

31. Sepanyol

32. Sweden

33. Switzerland

34. Turki

Rakyat daripada 46 negara yang disenaraikan di bawah tidak dikehendaki menjalani pengaturan visa sebelum ini dan boleh mendapatkan penepian visa setelah tiba di Qatar. Penepian akan sah selama 30 day dari tarikh pengeluaran dan memberi hak kepada pemegangnya untuk menghabiskan masa sehingga 30 hari di Qatar, semasa satu lawatan atau semasa berbilang lawatan. Penepian ini boleh dilanjutkan selama 30 hari lagi.

1. Andorra

2. Argentina

3. Australia

4. Azerbaijan

5. Belarus

6. Bolivia

7. Brazil

8. Brunei

9. Kanada

10. Chile

11. China

12. Colombia

13. Costa Rica

14. Cuba

15. Ecuador

16. Georgia

17. Guyana

18. Hong Kong

19. India

20. Indonesia

21. Ireland

22. Jepun

23. Kazakhstan

24. Lubnan

25. Macedonia

26. Maldives

27. Mexico

28. Moldova

29. Monaco

30. New Zealand

31. Panama

32. Paraguay

33. Peru

34. Rusia

35. San Marino

36. Singapura

37. Afrika Selatan

38. Korea Selatan

39. Suriname

40. Thailand

41. Ukraine

42. United Kingdom

43. Amerika Syarikat

44. Uruguay

45. Vatican City

46. Venezuela

Visa Pelancongan Qatar[sunting | sunting sumber]

Pelawat ke Qatar yang membuat perjalanan menaiki mana-mana syarikat penerbangan boleh memohon Visa Pelancongan Qatar secara dalam talian. Untuk menyerahkan permintaan, pelawat dikehendaki untuk:

  • Lengkapkan borang dalam talian
  • Muat naik dokumen yang diperlukan (termasuk imbasan pasport & fotograf peribadi)
  • Berikan maklumat tempahan syarikat penerbangan
  • Buat pembayaran dalam talian menggunakan kad kredit yang sah

Pelawat yang mengembara ke Qatar melalui Qatar Airways, boleh memohon proses permohonan Visa Pelancongan Qatar, untuk penumpang dan mana-mana pengembara yang mengiringi di bawah tempahan yang sama.

Visa Transit Qatar[sunting | sunting sumber]

Penumpang daripada semua kerakyatan yang transit di Qatar melalui Qatar Airways layak untuk memohon untuk mendapatkan 96 jam Visa Transit secara percuma. Walau bagaimanapun, tiada terma dan syarat tertentu yang dikenakan, oleh itu visa hanya dikeluarkan mengikut budi bicara Kementerian Dalam Negeri Qatar.

Visa Lawat Residen GCC[sunting | sunting sumber]

Pemastautin negera-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang memegang jawatan dalam profesi yang diluluskan dan mereka yang mengiringi mereka, boleh mendapatkan Visa Lawat pemastautin GCC setibanya di Qatar. Visa masuk sekali, yang boleh diperolehi untuk boleh didapatkan dengan bayaran sebanyak QAR 100 yang boleh dibayar melalui kad kredit, sah selama 30 hari dan boleh diperbaharui untuk tiga bulan lagi. Pelawat yang ingin mendapatkan skim visa ini mungkin akan diminta untuk memberikan dokumentasi rasmi yang menyatakan profesion mereka setelah tba di Qatar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Qatar National Vision 2030". Ministry of Development Planning and Statistics.
  2. ^ "Qatar National Development Strategy 2011~2016" (PDF). Ministry of Development Planning and Statistics.
  3. ^ "Strategy 2030". Penguasa Pelancongan Qatar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-05. Dicapai pada 2017-10-11.
  4. ^ The Report: Qatar 2015. Oxford Business Group. 2015. ISBN 1910068276.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]