Pengumpulan air hujan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Palung air hujan yang mengalirkan air hujan dan kemudian disimpan di dalam tangki.

Air hujan dikumpul lalu disalirkan ke tempat takungan tertentu (seperti akuifer) di mana ia akan digunakan semula dalam pelbagai cara, termasuklah untuk tujuan pengairan di taman atau kebun, membekalkan air untuk tujuan penternakan,[1] serta juga kegunaan harian seperti membasuh kereta dan dan perpaipan awam. Di kebanyakan tempat, air hujan disalurkan ke lubang dalam dengan penelusan. Air hujan yang terkumpul ini boleh juga digunakan sebagai suatu sumber minuman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tangki menyimpan air hujan boleh didapati seawal zaman Neolitik di kampung-kampung sekitar Syam di Asia Barat Daya di mana tempat penakungan sebegini diperbuat daripada plaster; ia merupakan kaedah pengurusan air penting dalam kegiatan bercucuk tanam dalam kalangan penghuni kawasan tersebut yang cenderung kontang lewat tahun 4000 SM.[2] Masyarakat-masyarakat lain mula mengikut langkah ini, seperti di Balochistan (kini meliputi Pakistan, Afghanistan dan Iran) dan Kutch, India sejak 300 SM[3] serta juga dalam kerajaan-kerajaan Chola.[4]

Teknik ini juga diketahui di Empayar Rom di mana pembinaan dan pengunaan ia dilakukan secara meluasnya di sana.[2] Pengatahuan ini diturunkan kepada tamadun Empayar Byzantine.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Mutu[sunting | sunting sumber]

Walaupun air hujan dengan sendirinya merupakan sumber air yang jauh lebih bersih daripada sumber di tanah seperti di mata air atau sungai dan tasik,[5] air ini bisa dicemari hasil daripada cara pengumpulan ia lalu ia tidak boleh diminum. Ia bisa dicemari najis fauna (termasuk manusia, haiwan dan unggas), lumut dan lichen,(jika terkumpul di bumbung dan atap bangunan), habur ditiup angin, partikel-partikel kotor dari pencemaran bandar, racun serangga serta ion tidak organik dari laut (Ca, Mg, Na, K, Cl, SO4) dan gas yang terlarut (CO2, NOx, SOx). Oleh yang demikian, air hujan yang terkumpul perlu diteliti dengan baik serta digunapakai mengikut kesesuaian dan tahap keselamatannya.

Penyediaan sistem[sunting | sunting sumber]

Pendekatan terbaharu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rainwater Harvesting for Livestock". www.ntotank.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 November 2018.
  2. ^ a b Mays, Larry; Antoniou, George (21 November 2013). "History of Water Cisterns: Legacies and Lessons". Water - Open Access Journal.
  3. ^ "Rain water Harvesting". Pemerintah Negeri Tamil Nadu, India. Dicapai pada 23 Januari 2012.
  4. ^ "Believes in past, lives in future". The Hindu. India. 17 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-09.
  5. ^ Hatch, Jacob. "The Many Benefits of Rainwater Harvesting". Hydration Anywhere. Hydration Anywhere. Dicapai pada 3 Ogos 2018.