Pengurusan kandungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengurusan kandungan adalah proses untuk mencipta, menyunting, menyimpan, menyusun, dan menerbitkan kandungan digital pada web.[1] Kandungan digital boleh mengambil bentuk teks, seperti dokumen, fail multimedia (misalnya, fail audio atau video), atau mana-mana jenis fail lain yang kitar hayat kandungannya perlu diuruskan.


Proses pengurusan kandungan[sunting | sunting sumber]

Kitar hayat kandungan digital[sunting | sunting sumber]

Kitar hayat kandungan digital terdiri daripada 5 fasa utama:

  1. mencipta
  2. mengemaskinikan
  3. menerbitkan
  4. menterjemahkan
  5. mengarkibkan
  6. menarik balik.

Umpamanya, sesetengah kandungan digital dicipta oleh satu atau lebih pengarang dan dengan berlangsungnya masa, kandungan itu mungkin disunting. Penerbitan mengambil banyak bentuk seperti memberikan tugas itu kepada pihak ketiga, atau hanya memberikan hak capaian kepada sesuatu kumpulan. Kandungan itu kemudian mungkin digantikan dengan lagi satu bentuk kandungan yang lain dan dengan itu, kandungan lama ditarik balik atau dikeluarkan daripada penggunaan.

Peranan dan tanggungjawab asas[sunting | sunting sumber]

Pengurusan kandungan merupakan suatu proses usaha sama yang seringnya terdiri daripada peranan dan tanggungjawab asas yang berikut:

  • Pengarang kandungan: Bertanggungjawab untuk mencipta dan menyunting kandungan.
  • Editor: Bertanggungjawab untuk menalakan pesanan kandungan dan gaya penyampaian, termasuk penterjemahan dan penyetempatan.
  • Penerbit: Bertanggungjawab untuk menerbitkan kandungan untuk digunakan.
  • Pentadbir: Bertanggungjawab untuk menguruskan kebenaran capaian pelipat dan fail, biasanya dengan memberikan hak capaian kepada kumpulan atau peranan pengguna. Para pentadbir juga boleh membantu dan mendukung pengguna dengan berbagai-bagai cara.
  • Pengguna, penonton atau tetamu: Orang yang membaca atau menggunakan kandungan selepas ia diterbitkan atau dikongsi.

Aspek-aspek pengurusan kandungan yang genting[sunting | sunting sumber]

Aspek-aspek pengurusan kandungan yang genting termasuk:

  • Keupayaan untuk menguruskan versi-versi kandungan semasa dikembangkan: Para pengarang dan editor seringnya perlu memulihkan versi-versi tersunting yang lama, akibat kegagalan proses, atau kerana suatu siri penyuntingan yang tidak memuaskan (lihat juga kawalan versi).
  • Penciptaan, penyelenggaraan, dan penggunaan piawai kajian semula: Setiap ahli dalam proses penciptaan kandungan dan kajian semula mempunyai peranan yang unik dan tanggungjawab masing-masing dalam pembangunan dan/atau penerbitan kandungan. Setiap ahli pasukan kajian semula memerlukan piawai kajian semula yang jelas dan ringkas lagi padat. Piawai tersebut harus diselenggarakan secara berterusan untuk memastikan ketekalan jangka panjang dan kesihatan pangkalan pengetahuan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aardvarkmedia: Glosari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-19. Dicapai pada 2008-01-08.