Pengurusan rangkaian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengurusan rangkaian ialah kaedah dan proses mengawal dan menyenggara satu sistem rangkaian yang kompleks ke tahap maksimum kecekapan dan produktiviti. Matlamat keseluruhan pengurusan rangkaian adalah untuk memastikan data dihantar dengan kecekapan maksimum dan telus kepada pengguna.

Pengurusan rangkaian meliputi kawasan luas termasuk:

  • Keselamatan: Memastikan rangkaian dilindungi daripada pengguna tidak sah.
  • Prestasi: Menyingkirkan cerutan dalam rangkaian.
  • Kebolehpercayaan: Memastikan rangkaian tersedia kepada pengguna dan bertindak balas ke atas kegagalan perkakasan/perisian.

Fungsi pengurus rangkaian:

  • Pemerhati: Memantau rangkaian
  • Pengurus: Mengawal rangkaian
  • Pendiagnosis: Menyelesai kesalahan/kerosakan dan masalah
  • Ahli statistik: Menghasilkan laporan statistik rangkaian

Rangkaian perlu diuruskan kerana:

  1. Urusan kerja lebih bergantung kepada rangkaian
  2. Rangkaian lebih kompleks berbanding dulu
  3. Penggunaan rangkaian lebih nampak ketara berbanding sebelumnya
  4. Rangkaian terdedah kepada ancaman komputer
  5. Masalah merekrut dan mengekalkan pekerja yang bagus
  6. Memastikan rangkaian sentiasa berfungsi dengan baik
  7. Pematuhan SLA – Ketersediaan, kebolehpercayaan, masa tindakbalas, daya pemprosesan
  8. Tahu bila perlu naiktaraf – penggunaan lebar jalur terlalu tinggi
  9. Menyimpan perubahan jejak audit – Mudah mencari punca masalah yang disebabkan perubahan naiktaraf & konfigurasi

Kitar hayat[sunting | sunting sumber]

Kitar hayat pengurusan rangkaian boleh dirumuskan melalui metodologi PDIOO:

  1. P=Planning (perancangan)
  2. D=Design (reka bentuk)
  3. I=Implementation (pelaksanaan)
  4. O=Operation (kendalian)
  5. O=Optimization (pengoptimuman)

Cara menguruskan rangkaian[sunting | sunting sumber]

  1. Strategi pengurusan rangkaian
  2. Rangka kerja pengurusan rangkaian

Strategi pengurusan rangkaian[sunting | sunting sumber]

  1. Pre-Aktif - Menyelesai masalah selepas berlaku kerosakan
  2. Pro-Aktif - Mengenalpasti kawasan yang biasanya berpotensi menimbulkan masalah sebelum menjadi lebih serius

Rangka kerja pengurusan rangkaian[sunting | sunting sumber]

  1. FCAPS
  2. ITIL

FCAPS[sunting | sunting sumber]

  • F=Fault Management (Pengurusan Kesalahan/Kerosakan)
  • C=Configuration Management (Pengurusan Konfigurasi)
  • A=Accounting Management (Pengurusan Akaun)
  • P=Performance Management (Pengurusan Prestasi)
  • S=Security Management (Pengurusan Keselamatan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]