Pergi ke kandungan

Penjaga Dua Masjid Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Penjaga Dua Kota Suci)
Penjaga Dua Masjid Suci
خَادِمُ ٱلْحَرَمَيْنِ ٱلشَّرِيفَيْنِ
Khādim al-Ḥaramayn aš-Šarīfayn (dalam bahasa Arab)
Penjawat kini
Salman bin Abdulaziz Al Saud
sejak 23 Januari 2015
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Masjid Suci
Pewaris rajaMohammed bin Salman Al Saud
Penyandang pertamaSaladin
PembentukanAbad ke-12 Masihi (de facto)
November 1986 (de jure)
PersemayamanIstana Al-Yamamah
(Riyadh)
Istana Al-Salam
(Jeddah)
Laman sesawanghttps://houseofsaud.com/

Penjaga Dua Masjid Suci (Arab: خَادِمُ ٱلْحَرَمَيْنِ ٱلشَّرِيفَيْنِ, rumi: Khādim al-Ḥaramayn aš-Šarīfayn, lit. 'Pelayan Dua Tempat Suci yang Mulia'), atau Pelindung Dua Kota Suci, ialah sebuah gelaran diraja yang digunakan secara rasmi oleh pemerintah Arab Saudi sejak tahun 1986. Dari segi sejarah, gelaran ini telah digunakan oleh ramai pemerintah Islam pada masa lalu, termasuk Dinasti Ayyubiyah, Kesultanan Mamluk, para Sultan Uthmaniyah dan pemerintah Syarifain di Hijaz. Gelaran ini kadangkala dianggap sebagai penanda kepada Khalifah Islam secara de facto,[1] namun ia lebih merujuk kepada tanggungjawab pemerintah tersebut dalam menjaga dan menyelenggara dua masjid paling suci dalam Islam: Masjid al-Haram (Arab: اَلْمَسْجِدُ ٱلْحَرَامُ, rumi: Al-Masjid al-Ḥarām, 'Masjid Suci') di Mekah dan Masjid Nabawi (Arab: اَلْمَسْجِدُ ٱلنَّبَوِيُّ, rumi: Al-Masjid an-Nabawī) di Madinah,[1][2] yang kedua-duanya terletak di wilayah Hijaz[3] di Arab Saudi. Penjaga Dua Masjid Suci telah dinamakan sebagai individu paling berkuasa dan berpengaruh dalam Islam serta aliran Sunni oleh The Muslim 500, di samping menjadi pemerintah Muslim dan Arab yang paling berkuasa di dunia.[4]

Gaya bagi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Masjid Suci
Rujukan gayaKebawah Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Masjid Suci
Gaya percakapanKebawah Duli Yang Maha Mulia
Masjid suci Masjidilharam di Mekah (kiri) dan Masjid Nabawi di Madinah (kanan), diilustrasikan dalam sebuah manuskrip keagamaan abad ke-18

Orang pertama yang dipercayai menggunakan gelaran ini ialah Saladin.[5]

Selepas menewaskan Mamluk dan memperoleh kawalan ke atas Mekah dan Madinah pada tahun 1517, Sultan Uthmaniyah iaitu Selim I mula menggunakan gelaran ini. Daripada menggelar dirinya sebagai Ḥākimü'l-Ḥaremeyn (Arab: حَاكِمُ الْحَرَمَيْن, 'Pemerintah Dua Tempat Suci'), baginda sebaliknya menerima gelaran Ḫādimü'l-Ḥaremeyn (Arab: خَادِمُ الْحَرَمَيْن, 'Pelayan Dua Tempat Suci').[6][7][8]

Raja Arab Saudi pertama yang mengambil gelaran ini ialah Faisal bin Abdul Aziz (1906–1975). Penggantinya Khalid tidak menggunakan gelaran berkenaan,[5] tetapi pengganti seterusnya iaitu Fahd menggunakannya, sekali gus menggantikan panggilan "Kebawah Duli Yang Maha Mulia" (*His Majesty*) dengan gelaran tersebut.[9] Raja semasa, Salman bin Abdulaziz Al Saud, mengambil gelaran yang sama selepas kemangkatan Raja Abdullah, iaitu saudara tiri baginda, pada 23 Januari 2015.[2]

Senarai penjaga

[sunting | sunting sumber]

Ayyubiyah

[sunting | sunting sumber]
  • Saladin (Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb, 1137–1193)

Mamluk (1250–1517)

[sunting | sunting sumber]

Mamluk Bahri (Turkik) (1250–1382)

  1. Shajar al-Durr (pemerintahan 1250)
  2. Izz ad-Din Aybak (pemerintahan 1250–1257)
  3. Nur ad-Din Ali (pemerintahan 1257–1259)
  4. Saif ad-Din Qutuz (pemerintahan 1259–1260)
  5. Baibars (pemerintahan 1260–1277)
  6. Al-Said Barakah (pemerintahan 1277–1279)
  7. Solamish (pemerintahan 1279)
  8. Qalawun (pemerintahan 1279–1290)
  9. Al-Ashraf Khalil (pemerintahan 1290–1293)
  10. An-Nasir Muhammad (pemerintahan ke-1: 1293–1294)
  11. Kitbugha (pemerintahan 1294–1296)
  12. Lajin (pemerintahan 1296–1299)
  13. An-Nasir Muhammad (pemerintahan ke-2: 1299–1309)
  14. Baybars al-Jashnakir (pemerintahan 1309–1310)
  15. An-Nasir Muhammad (pemerintahan ke-3: 1310–1341)
  16. Sayf ad-Din Abu Bakr (pemerintahan 1341)
  17. Ala'a ad-Din Kujuk (pemerintahan 1341–1342)
  18. Al-Nāṣir Aḥmad (pemerintahan 1342)
  19. Imad ad-Din Abu'l Fida Isma'il (pemerintahan 1342–1345)
  20. Sayf ad-Din Sha'ban (pemerintahan 1345–1346)
  21. Sayf ad-Din Hajji (pemerintahan 1346–1347)
  22. An-Nasir Hasan (pemerintahan ke-1: 1347–1351)
  23. Salah ad-Din Salih (pemerintahan 1351–1354)
  24. An-Nasir Hasan (pemerintahan ke-2: 1354–1361)
  25. Salah ad-Din Muhammad (pemerintahan 1361–1363)
  26. Zayn ad-Din Sha'ban (pemerintahan 1363–1377)
  27. Ala'a ad-Din Ali (pemerintahan 1377–1381)
  28. Salah ad-Din Hajji (pemerintahan ke-1: 1381–1382)

Mamluk Burji (Sirkasia) (1382–1517)

  1. Barquq (pemerintahan ke-1: 1382–1389; pemerintahan ke-2: 1390–1399)
  2. Nasir ad-Din Faraj (pemerintahan 1399–1412) (terdapat beberapa gangguan singkat)
  3. Izz ad-Din Abd al-Aziz (pemerintahan 1405)
  4. Barsbay (pemerintahan 1422–1438)
  5. Jaqmaq (pemerintahan 1438–1453)
  6. Sayf ad-Din Inal (pemerintahan 1453–1461)
  7. Khushqadam (pemerintahan 1461–1467)
  8. Sayf ad-Din Bilbay (pemerintahan 1467)
  9. Timurbugha (pemerintahan 1467–1468)
  10. Qaitbay (pemerintahan 1468–1496)
  11. Muhammad (pemerintahan 1496–1498; sekali lagi 1498–1500)
  12. Qansuh al-Ghawri (pemerintahan 1501–1516)
  13. Tuman Bay II (pemerintahan 1516–1517)

Uthmaniyah (1517–1924)

[sunting | sunting sumber]

Pemerintah Uthmaniyah sejak penaklukan Mesir Mamluk pada tahun 1517, yang menuntut hak kekhalifahan sehinggalah ia dimansuhkan pada tahun 1924, memegang gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci":

  1. Selim I (pemerintahan 1517–1520)
  2. Suleiman I (pemerintahan 1520–1566)
  3. Selim II (pemerintahan 1566–1574)
  4. Murad III (pemerintahan 1574–1595)
  5. Mehmed III (pemerintahan 1595–1603)
  6. Ahmed I (pemerintahan 1603–1617)
  7. Mustafa I (pemerintahan 1617–1618)
  8. Osman II (pemerintahan 1618–1622)
  9. Mustafa I (pemerintahan 1622–1623)
  10. Murad IV (pemerintahan 1623–1640)
  11. Ibrahim (pemerintahan 1640–1648)
  12. Mehmed IV (pemerintahan 1648–1687)
  13. Suleiman II (pemerintahan 1687–1691)
  14. Ahmed II (pemerintahan 1691–1695)
  15. Mustafa II (pemerintahan 1695–1703)
  16. Ahmed III (pemerintahan 1703–1730)
  17. Mahmud I (pemerintahan 1730–1754)
  18. Osman III (pemerintahan 1754–1757)
  19. Mustafa III (pemerintahan 1757–1774)
  20. Abdul Hamid I (pemerintahan 1774–1789)
  21. Selim III (pemerintahan 1789–1807)
  22. Mustafa IV (pemerintahan 1807–1808)
  23. Mahmud II (pemerintahan 1808–1839)
  24. Abdülmecid I (pemerintahan 1839–1861)
  25. Abdulaziz (pemerintahan 1861–1876)
  26. Murad V (pemerintahan 1876)
  27. Abdul Hamid II (pemerintahan 1876–1909)
  28. Mehmed V (pemerintahan 1909–1918)
  29. Mehmed VI (pemerintahan 1918–1922)
  30. Abdülmecid II (khalifah: 1922–1924) – khalifah Uthmaniyah terakhir, penjaga tituler sehingga kekhalifahan dimansuhkan

Saudi (1986–kini)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1986, Raja Fahd dari Arab Saudi menggantikan sebutan panggilan "Kebawah Duli Yang Maha Mulia" (*His Majesty*) dengan gelaran "Penjaga Dua Masjid Suci." Kesemua Raja Saudi yang berikutnya terus menggunakan gelaran ini:

  1. Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud (pemerintahan 1982–2005) – mula menggunakan gelaran rasmi ini pada tahun 1986
  2. Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud (pemerintahan 2005–2015)
  3. Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud (pemerintahan 2015–kini)
  1. 1 2 Wood, Paul (1 Ogos 2005). "Life and legacy of King Fahd". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 6 April 2011.
  2. 1 2 "Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah bin Abdulaziz". The Saudi Embassy in Tokyo, Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2011. Dicapai pada 6 April 2011.
  3. ↑ Hopkins, Daniel J.; 편집부 (2001). Merriam-Webster's Geographical Dictionary. Merriam-Webster. m/s. 479. ISBN 0-87779-546-0. Dicapai pada 17 Mac 2013.
  4. ↑ "The Five Most Influential Muslims in the World - British Muslim Magazine". 18 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2023. Dicapai pada 28 Julai 2023.
  5. 1 2 Fakkar, Galal (27 Januari 2015). "Story behind the king's title". Arab News. Jeddah. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2016. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  6. ↑ Templat:TDV Encyclopedia of Islam
  7. ↑ İlber Ortaylı, "Yavuz Sultan Selim" Diarkibkan 14 November 2016 di Wayback Machine, Milliyet (Dalam bahasa Turki)
  8. ↑ "İlber Ortaylı, "Surre alayı Topkapı Sarayı'ndan geçiyor"" [İlber Ortaylı, "The Surre procession passes through Topkapı Palace"]. Milliyet (dalam bahasa Turki). 20 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2016. Dicapai pada 13 November 2016.
  9. ↑ "Fahad played pivotal role in development". Gulf Daily News. 2 Ogos 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2013. Dicapai pada 2 Februari 2013.

Templat:Saudi Arabia topics Templat:Ottoman Empire topics Templat:Imperial and royal styles