Penjaga gol (bola sepak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penjaga gol.

Di dalam bola sepak, penjaga gol mengambil kedudukan yang mewakili garis akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya. Peranan utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan gol. Penjaga gol juga adalah satu-stunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada semua ketika semasa suatu perlawanan berlangsung. Jika penjaga gol terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua penggantian yang diuntukkan.

Penjaga gol sering disingkatkan kepada GK (bahasa Inggeris: goalkeeper) dalam kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sari kata TV. Perkataan keeper dan goalie juga biasa digunakan. Posisi ini digunakan dalam percakapan dirujuk sebagai 'penjaga' atau 'orang di antara palang'.

Apabila memberi nombor kepada pemain dalam pasukan, jersi nombor 1 biasanya dikhaskan kepada penjaga gol sekiranya nombor skuad tidak diamalkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]