Penjaga sah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penjaga sah adalah orang yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang (dan tugas yang seiringan) bagi menjaga diri dan harta orang lain, dikenali sebagai anak jagaan (ward). Biasanya seseorang memiliki status penjaga disebabkan tanggunggannya (ward) tidak mampu menjaga diriya atau kepentingan dirinya disebabkan masih bayi, tidak mampu, atau kecacatan. Kebanyakan negara dan negeri memiliki undang-undang yang menetapkan bahawa ibu-bapa kepada kanak-kanak bawah umur (minor) merupakan penjaga sah bagi anak tersebut, dan ibu-bapa boleh menetapkan siapa yang boleh menjadi penjaga sah anak sekiranya berlaku kematian.

Mahkamah biasanya mempunyai kuasa bagi melantik penjaga bagi individu yang memerlukan perlindungan khas. Penjaga bertanggungjawab bagi kedua-dua kebahagian diri dan kepentingan kewangan bagi tanggunggan merupakan penjaga awam. Seseorang juga munkin dilantik sebagai penjaga khas, memiliki kuasa terhad bagi kepentingan tangunggan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]