Penjaga zoo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A zookeeper with earless seals at the Paris Zoological Park.

Penjaga zoo juga disebut sebagai pengembala haiwan di zoo ialah karier pekerjaan bagi seseorang yang bertanggungjawab memastikan pengurusan dan kemandirian sesuatu haiwan di zoo terbela. Individu bertanggungjwab memastikan haiwan dalam kurungan sentiasa sihat dan sesuai untuk ditayangkan kepada pengunjung atau pelawat.[1] Antara tugas penting lain yang dilakukan oleh penjaga atau pengembala haiwan di zoo termasuklah memberi makan haiwan, menjaga kebajikan haiwan dan melaporkan kepada doktor veterinar sekiranya haiwan di bawah jagaan mengalami kesakitan atau masalah kesihatan yang lain. Pengembala juga harus memiliki keupayaan menerangkan fakta menarik kepada pengunjung mengenai haiwan, menjalankan lawatan pendidikan dalam zoo dan mampu membantu dalam menjalankan kajian saintifik bersama para akademik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengumpulan spesimen haiwan hidup di zoo khususnya berkaitan spesimen haiwan liar sudah menapak sebagai suatu karier penting sejak 3,000 tahun sebelum masihi. [2]

Tamadun awal Mesopotamia (kini Iraq), Mesir, China dan Pakistan / Barat laut India telah membenarkan pemerintah dan masyarakat bangsawan kelas atasan untuk membela haiwan berkarisma tinggi misalnya haiwan liar seperti gajah, harimau, singa, serigala dan lain-lain. Dalam kalangan individu ini juga terdapat individu yang boleh membela haiwan seperti ternakan ruminan, ikan dan burung.[2]

Raja Hammurabi (Babylonia, 1728-1686 SM) telah memperkenalkan suatu Kanun Perundangan dimana membenarkan pengenalan suatu caj bayaran kepada "doktor bontot dan ekor", atau kini dikenali sebagai doktor veterinar.[2]

Ada sesetengah koleksi haiwan zaman purba yang turut disimpan dalam repositori khusus terdiri dalam banyak spesies berbeza, walaupun kebanyakan koleksi yang dikumpul tidak direkodkan. Budaya-budaya lain seperti China kuno, Mesir purba, masyarakat Parsi kuno, Yunani kuno, Arab dan orang-orang India juga mempunyai koleksi haiwan hidup. Terdapat beberapa andaian kini yang mengaitkan bahawa masyarakat tersebut membela haiwan untuk tujuan pengangkutan, persembahan dan perlawanan. Terdapat bukti bahawa terdapat suatu tempat pameran gajah yang dijaga di luar Rom. Terdapat juga bukti bahawa manusia menjaga dan merawat haiwan sakit seperti tugas doktor haiwan.[2]

Dalam beberapa kawasan yang dikenali sebagai Dunia Baru, masyarakat Aztec dan Inca menjaga koleksi haiwan, ada diantara banyak koleksi tersebut diperolehi dari penemuan krun ke-16 dan lebih tua dari itu. Montezuma (Bandar Mexico) diketahui sebagai kawasan yang mengandungi koleksi terbesar. Terdapat koleksi burung yang dilihat penting untuk dilaksanakan oleh 300 orang penjaga. Lain-lain koleksi termasuklah haiwan mamalia dan reptilia juga memerlukan lebih 300 orang penjaga.[2]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hurwitz, Jane. Choosing a Career in Animal Care (World of Work). New York: Rosen Group, 2001. ISBN 0-8239-3356-3
  2. ^ a b c d e Kisling, Vernon N., Jr. History of the Zoo Keeper Profession. Diarkibkan 2011-07-24 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Zoos