Penjagaan kesihatan sejagat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Penjagaan kesihatan sejagat (juga disebut liputan kesihatan sejagat, liputan sejagat, atau perawatan sejagat ) adalah sistem penjagaan kesihatan di mana semua penduduk negara atau wilayah tertentu diberi jaminan akses kepada penjagaan kesihatan. Secara amnya, penjagaan kesihatan sejagat menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada semua penduduk dan mereka yang tidak berkemampuan. [1]

Penjagaan kesihatan sejagat bermaksud semua orang mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, bukan bermaksud liputan untuk semua kes dan untuk semua orang. Sesetengah negara mempunyai sistem penjagaan kesihatan sejagat yang dibiayai oleh kerajaan, manakala sesetengah yang lain menetapkan syarat agar semua warganegara membeli insurans kesihatan swasta. Penjagaan kesihatan sejagat dapat ditentukan dengan tiga dimensi kritikal: siapa yang dilindungi, perkhidmatan apa yang dilindungi, dan berapa banyak kos yang ditanggung. [1] Organisasi Kesihatan Sedunia menyatakan ia bermakna semua warganegara dapat mengakses perkhidmatan kesihatan tanpa menanggung kesulitan kewangan. [2] Ketua Pengarah WHO menggambarkan liputan kesihatan sejagat sebagai "satu konsep paling kuat yang ditawarkan oleh kesihatan awam" kerana menyatukan "perkhidmatan dan memberikannya secara menyeluruh dan bersepadu". [3] Salah satu tujuan penjagaan kesihatan sejagat adalah untuk mewujudkan sistem perlindungan yang memberi peluang yang sama rata untuk semua orang menikmati tahap kesihatan paling tinggi. [4]

Sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari, negara-negara anggota PBB telah bersetuju untuk berusaha mencapai liputan kesihatan sejagat di seluruh dunia pada tahun 2030. [5]

  1. ^ a b World Health Organization (November 22, 2010). The world health report: health systems financing: the path to universal coverage. Geneva: World Health Organization. ISBN 978-92-4-156402-1. Dicapai pada April 11, 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "WHO 2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Universal health coverage (UHC)". Dicapai pada November 30, 2016.
  3. ^ Matheson, Don * (2015-01-01). "Will Universal Health Coverage (UHC) Lead to the Freedom to Lead Flourishing and Healthy Lives? Comment on "Inequities in the Freedom to Lead a Flourishing and Healthy Life: Issues for Healthy Public Policy"". International Journal of Health Policy and Management. 4 (1): 49–51. doi:10.15171/ijhpm.2015.09. PMC 4289038. PMID 25584354.
  4. ^ Abiiro, Gilbert Abotisem; De Allegri, Manuela (2015-07-04). "Universal health coverage from multiple perspectives: a synthesis of conceptual literature and global debates". BMC International Health and Human Rights. 15: 17. doi:10.1186/s12914-015-0056-9. ISSN 1472-698X. PMC 4491257. PMID 26141806.
  5. ^ "Universal health coverage (UHC)". World Health Organization. 12 December 2016. Dicapai pada 14 September 2017.