Penjantinaan automatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penjantinaan automatik pada baka-baka unggas merujuk pada proses pengenalan jantina ke atas anak-anak unggas yang baru menetas boleh ditentukan berdasarkan warna dan tanda-tanda yang terdapat di bulu down. Beberapa baka ayam, angsa dan merpati mempunyai ciri-ciri ini.[1] Idea untuk menghasilkan baka seperti ini berdasarkan Reginald Punnett, yang mana telah menghasilkan baka ayam penjantinaan automatik pertama, Cambar, di Institut Genetical, Cambridge pada tahun 1928.[2]:318[3]:73

Ayam[sunting | sunting sumber]

Konsep untuk menghasilkan baka penjantinaan automatik telah dimulakan oleh ahli genetik Reginald Punnett, di mana semasa Perang Dunia I telah mencadangkan teknik kacukan silang ke atas baka ayam yang membawa gen berbelang (B) dengan baka ayam lain untuk menghasilkan anak ayam pautan seks dengan perbezaan bulu yang memudahkan pembezaan jantina.[2]:317

Beliau bekerja di Genetical Institute, Universiti Cambridge. Pada tahun 1928, beliau serta Michael Pease telah mengacuk-silang baka Golden Campine Plymouth Rock berbelang, menghasilkan Cambar.[3]:73 Kira-kira 10 tahun kemudian, mereka menghasilkan Legbar dengan mengacukkan Leghorn perang dengan Plymouth Rock berbelang.[2]:318

Baka-baka "Cambridge" yang dibangunkan kemudian adalah:

  • Brockbar, dihasilkan pada tahun 1940 daripada Plymouth Rock berwarna buff (kuning cair) dan berbelang, mula pupus sekitar tahun 1950[4]:54
  • Brussbar, dihasilkan pada tahun 1952 daripada Sussex kecil, Sussex perang dan Plymouth Rock berbelang[4]:55
  • Dorbar, satu baka penjantinaan automatik yang mempunyai banyak daging hasil daripada Dorking dan Plymouth Rock berbelang, dibiakkan bermula pada 1941 sehingga tahun 1949, apabila pembangunannya dihentikan[4]:59
  • Rhodebar, terhasil daripada baka ayam Merah Rhode Island dan Plymouth Rock berbelang, dipiawaikan di Britain pada tahun 1951; satu kacukan silang yang serupa telah dibangunkan di Kanada[4]:63
  • Welbar, bukan dihasilkan di Cambridge tetapi oleh seorang pembiak daripada Devon, hasil daripada Welsumer dan Plymouth Rock berbelang;[4]:65 dan
  • Wybar, juga tidak dihasilkan di Cambridge tetapi oleh seorang pembiak individu, terhasil daripada baka Wyandotte, Brussbar dan Plymouth Rock berbelang.[4]:68

Banyak lagi baka-baka lain yang dihasilkan melalui kaedah yang sama, semuanya menggunakan Plymouth Rock berbelang untuk menghasilkan gen berbelang:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ W. F. Hollander (1942). Auto-sexing in the Domestic Pigeon. Journal of Heredity. 33 (4, April 1942): 135–140. doi:[http://dx.doi.org/10.1093%2Foxfordjournals.jhered.a105150 10.1093/oxfordjournals.jhered.a105150. (langganan diperlukan).
  2. ^ a b c F. A. E. Crew (1967). Reginald Crundall Punnett. 1875-1967. Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society 13: 309–326.
  3. ^ a b Lewis Stevens (1991). Genetics and Evolution of the Domestic Fowl, digital edition (2005). Cambridge; New York; Port Chester: Melbourne; Sydney: Cambridge University Press. ISBN 9780521403177.
  4. ^ a b c d e f J. Ian H. Allonby, Philippe B. Wilson (editors) (2018). British Poultry Standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain, seventh edition. Chichester; Hoboken, New Jersey: Wiley Blackwell. ISBN 9781119509141.
  5. ^ Janet Vorwald Dohner (2001). The Encyclopedia of Historic and Endangered Livestock and Poultry Breeds. New Haven, Connecticut; London: Yale University Press. ISBN 0300088809.
  6. ^ a b c Frederick Bruce Hutt (1949). Genetics of the Fowl, reprint edition, 2003. Blodgett, Oregon: Norton Creek Press. ISBN 9780972177030.
  7. ^ R. George Jaap (1940). Methods for producing auto sexing varieties of chicks. U.S. Egg Poultry Magazine. 46: 36–39.
  8. ^ W. F. Lamoreux (1941). The Autosexing Ancobar Journal of Heredity. 32 (7, July 1941): 221–226. doi:10.1093/oxfordjournals.jhered.a105045. (langganan diperlukan).
  9. ^ Magdalena Gryzinska, Ewa Blaszczak, Aneta Strachecka, Grazyna Jezewska-Witkowska (2013). Analysis of Age-Related Global DNA Methylation in Chicken. Biochemical Genetics 51 (7–8): 554–563. doi:10.1007/s10528-013-9586-9.
  10. ^ Fritz Schöne (2008). Bielefeler Kennhühner: Attraktiv durch Leistung und Kennfarbigkeit (in German). Geflügelzeitung 18 (2006): 6–8.