Penjara Taiping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penjara Taiping terletak dikawasan Taman Tasik Taiping dan dipersimpangan Jalan Taming Sari, Jalan Kamunting Lama, Jalan Lumba Kuda dan Jalan Taman Tasik. Bangunan yang berhampiran yang boleh dilihat ialah Muzium Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klian Pauh dan Hotel Seri Malaysia. Ia ditadbir di bawah Jabatan Penjara Malaysia.

Penjara Taiping ditubuhkan pada tahun 1879 dan merupakan kompleks penjara yang pertama, dan penjara moden tertua di Malaysia. Ia juga merupakan kompleks penjara terbesar pada masanya. Pada tahun 1881 [warden Sikh dibawa masuk untuk membantu warden tempatan dan pelatih vokational dibawa masuk dari Hong Kong bagi memperkenalkan industri berguna dalam penjara.

Pada tahun 1882 terdapat tindakan bagi menempatkan tahanan menurut kategori. Pada tahun 1889 seorang warden Eropah dilantik. Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, penjara Taiping menjadi pusat tahanan bagi tahanan tempoh panjang dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923 sistem "Lawatan Hakim" telah diperkenalkan. Industri penjara telah dikembangkan dan termasuk kerja cetakan, penghasilan kain, menjait dan kerja tangan rotan dan kerja besi. Pada tahun 1924 kerja batu dihentikan dan diganti dengan mengupas kelapa.

Semasa Perang Dunia Kedua semasa pendudukan Jepun (1941-1945), penjara Taiping digunakan sebagai penjara awam dan juga sebagai pusat tahanan perang Jepun. Pada tempoh ini kesemua rekod mengenai penjara dan tahanannya musnah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dibina dalam tahun 1879, Penjara Taiping merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta di Malaysia. Cetusan penjara ini bermula dengan Taiping Goal dan yang terbesar ketika itu.

Sekolah Latihan Pegawai Penjara[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1952 di Taiping, dalam kawasan tanah seluas 22 ekar, satu sekolah latihan untuk pegawai wadar telah ditubukan dan berjaya menghasilkan pegawai wadar yang berkualiti. Pada tahun 24 Julai 1952, Majlis Tamat Latihan pertama telah dilaksanakan. Dengan sekolah latihan pertama ini, ia berjaya mencetus dan melahirkan kursus bagi Wadar Kanan Penjara (1961), Kursus Asas Bagi Pegawai Wanita (1980) dan kemudiannya sekolah ini dinaiktaraf dan dinamakan sebagai Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
  1. Jabatan Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Malaysia, Bukit Wira, Kajang 43000, Selangor