Penjinak ular

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penjinak ular atau 'ahli sihir dengan ular' biasa membuat persembahan di beberapa buah negara timur seperti Malaysia, India,Pakistan,Bangladesh,Mesir , Sri Lanka, Thailand, Maghribi ,Tunisia dan lain-lain yang penuh warna-warni dan mengkagumkan.

Di Malaysia , penjinak ular membuat persembahan di pasar-pasar pagi atau pasar malam . Biasanya mereka menjual 'ubat kuat lelaki' dan ular sebagai daya penarik supaya ramai berkeliling menontonnya. Ada juga yang hidup dalam kandang ular selama beberapa hari atau bulan bagi mendapatkan anugerah . Ada juga yang membuat membuat persembahan bersama ular tedung, ular albino, ular sawa dan lain-lain. Utara Semenanjung Malaysia banyak terdapat ular liar dan sebuah taman ular telah didirikan di Perlis.

Penjinak ular akan mengeluarkan ular tedung dari dalam raga atau kotak yang penuh misteri . Ular akan menari bersama iringan muzik dan meliuk lintuk mengikut gerakan buluh seruling . Penjinak ular akan memberi 'arahan' tertentu sehingga ular akan berdiri tinggi atau tunduk ke bawah. Seterusnya penjinak ular akan bercium dengan muncung ular dan menangkap kepala ular. Ada unsur suspen dalam persembahan tersebut .

Pejuang alam sekitar menentang keras penggunaan binatang kerana bimbang ia akan pupus. Oleh itu di India sejak 1972 , pertunjukan ular dilarang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]